Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Tuesday 8 March 2011

Kesan Penggunaan Inokulan Gaharu Biotech - 50 hari



Inokulasi dibuat pada 15.01.2011
Pokok karas disuntik menggunakan Inokulan gaharu Biotech pada 15.01.2011.

Kesan Penggunaan Inokulan Gaharu Biotech - 50 hari
Alhamdulillah pada 06.03.2011 saya menerima kunjungan sahabat gaharu dari Semenyih yang berminat untuk mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech.  Beliau memiliki nursery pokok gaharu sendiri di tempatnya dan mempunyai pengalaman tersendiri dalan industri gaharu. Saya dengan gembira menunjukkan teknik teknik inokulasi secara praktikal menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.  Banyak perkara yang saya sempat belajar dengannya mengenai gaharu. Dapat juga 3 batang pokok karas disuntik dan kemudian kami menakik pokok karas yang disuntik pada usia 50 hari inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Saya merakamkan gambar ini bagi menghargai kesungguhannya untuk datang bersama anak lelakinya dan anak saudaranya bagi melihat sendiri hasil penggunaan Inokulan Gaharu Biotech. Teras kecoklatan itu kemudiannya dibakar pada ketika itu juga dan Alhamdulillah terbit aroma gaharu. Terima kasih Tuan Bakri.

Semoga ada manfaatnya.

10 comments:

  1. Saya tertarik dengan inokulan bitech yang bapak kembangkan, mohon penjelasan lebih lanjut agar saya dapat menggunakan di tempat saya. casyif@yahoo.co.id

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..cara menggunakan Inokulan Gaharu Biotech ini sangat mudah. Jika bapak berminat untuk menggunakan di tempat bapak..saya usahakan untuk mengepos ke tempat bapak..Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  3. mungkinkah dikirim keindonesia? bisa minta info cara penggunaan? faliansyah@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Insya Allah bisa dikirimkan ke indonesia...cara penggunaan mengikut formula inokulan gaharu biotech..teknik suntikan seperti di gambar iaitu teknik inducement..hanya menggunakan botol yang diisi dengan inokulan gaharu biotech dan digantung mengikut cara yang ada saya tunjukkan di blog ini.. terima kasih

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum..saya puan wati dari bahau, n.s..saya amat berminat untuk menanam pokok gaharu ni...tp ilmu tentangnya amat sedikit...saya ada 3 ekar tanah yang belum di usahakan...perlu ke saya menyediakan modal yang banyak?...pasaran bagaimana?...en jamal ada mengadakan kursus ke?

    ReplyDelete
  6. aya mau pean Inokulan Gaharu Biotech bapak...
    Harganya berapa ?? daan4481@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Terima kasih bapak Aan..harganya saya emel sama bapak...

    ReplyDelete
  8. emelkan pula harga dan caranya pak.
    oklahklobegitu@gmail.com

    ReplyDelete
  9. berapa 1 liter vaksin bos

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Inokulan Gahru Biotech. Berapa harganya dan bagaimana menggunakannya. Boleh ke dihantar memalui pos? TQ. Abg Zul. Sarawak

    ReplyDelete