Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Friday 4 March 2011

Mana Pasaran Gaharu...

Tipisnya keyakinan tehadap pasaran gaharu masih melekat kemas di pemikiran ramai kalangan kita. Mungkinkah keraguan tersebut akan gugur terus atau sedikit demi sedikit atau terus melekat kukuh dipemikiran. Umum mengetahui apabila ada permintaan pasti ada penawaran. Sekiranya penawaran berkurangan harga akan meningkat. Gaharu sudah diketahui sebagai berharga mahal sehingga diumpamakan seperti emas. Harganya mahal kerana ada permintaan yang tinggi. Sekiranya tiada permintaan ke atas gaharu, bagaimana harga gaharu sebegitu tinggi. Oleh kerana gaharu yang dapat dibekalkan adalah sedikit, menyebabkan harga menjadi sangat mahal. Sedangkan harga gula pernah menjadi tinggi gara gara bekalan gula dikurangkan walhal ramai yang memintanya. Begitulah terjadinya pada gaharu. Harganya mahal atas sebab banyak permintaan dan bekalan yang ada adalah sangat terhad. Hanya 20% dari pasaran gaharu dapat dipenuhi bermakna 80% masih tidak dapat dipenuhi. Pasarannya terlalu luas. Gaharu diperlukan oleh negara negara Arab, Taiwan, Jepun dan pelbagai negara lagi dan ianya bukan setakat dibuat minyak wangi atau dibakar untuk aromanya tetapi juga untuk perubatan. Untungnya gaharu ini ialah ianya dibeli dan dipakai dan habis lalu dibeli lagi dan seterusnya. Bermakna penggunaannya berterusan dan permintaannya pasti berterusan. Tidak seperti kayu jati yang dibeli dan terus tidak dibeli lagi sebab beratus tahun tahannya. Bertuahnya kita adalah pokok gaharu tidak boleh ditanam di negara negara yang disebutkan tadi dan hanya boleh ditanam antaranya di negara kita sahaja misalnya. Itulah dikatakan tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu.

Perniagaan gaharu masih baru di negara kita. Kenapa agaknya. Tidak seperti komoditi lain seperti getah dan kelapa sawit. Kedai membeli hasil getah mudah dikunjungi dan semakin dekat dengan rumah penoreh getah. Sehinggakan sekarang akibat harga getah yang tinggi pembeli getah menawarkan perkhidmatan mengambil hasil getah secara terus di kebun getah tanpa perlu penoreh getah menghantarnya. Pembeli getah mampu menggajikan pekerja tetap yang ramai bahkan bersedia meminjamkan puluhan kereta tolak bagi memudahkan kerja mengutip hasil getah. Penoreh getah jarang berlama lama bersembang di kedai kopi dan menoreh bukan sahaja di pagi hari tetapi tengah hari, lewat petang bahkan malam hari sekalipun. Hebatnya, resit hasil jualan getah laku diunjukkan di bank tempatan untuk mendapatkan pinjaman kenderaan. Cuka getah tidak digunakan lagi sebagai pencepat proses pembekuan getah tetapi menggunakan teknologi sejenis garam. Hebat sungguh penangan getah. Perkara yang tidak pernah terfikir oleh kita 5 tahun dahulu telah terjadi sekarang. Kenapa? Kerana kita tidak pernah mahu atau tidak peduli atau malas berfikir mengenainya meskipun terdapat tanda tanda awalnya.

Begitulah senario gaharu 5 tahun akan datang. Kedai membeli gaharu yang pada masa sekarang sukar ditemui pasti dengan mudah ditemui. Getah mempunyai harga yang tinggi antara sebabnya ia tidak boleh ditiru. Begitu juga gaharu, ia tidak boleh ditiru secara sintetik. Permintaan gaharu gred A adalah sangat tinggi. Malangnya  gaharu gred A sangat sukar ditemui. Akibat sukarnya gaharu bermutu dihasilkan maka kedai yang membeli gaharu tidak muncul. Itulah sebabnya kedai gaharu tidak sebanyak kedai getah. Dengan terhasilnya pelbagai variasi inokulan yang mampu menghasilkan gaharu gred A maka pastinya masalah kedai gaharu akan selesai. Sekiranya kita mampu memenuhi permintaan gaharu gred A pasti berebut rebut peniaga gaharu akan muncul. Gaharu adalah perniagaan untung berjuta. Peniaga yang bijak pasti tidak melepaskan peluang.

Isu mutu gaharu yang dihasilkan adalah isu kritikal. Peniaga sememangnya berhak untuk memilih gaharu yang bermutu dan tidak beracun. Dahulu gaharu terhasil dengan menyapu racun paraquat di batang pokok gaharu. Ianya menyebabkan kesan racun pada gaharu lalu permintaan keatasnya berkurangan sekaligus memberi kesan menjadi harga murah. Gaharu bukan setakat dibakar tetapi turut diminum. Dengan terhasilnya inokulan tanpa bahan kimia berbahaya bermakna isu mutu gaharu hampir selesai.

Apabila inokulan tanpa kimia ditemui, penawaran gaharu gred A dapat dihasilkan bagi memenuhi permintaan maka akan wujudlah peniaga gaharu yang mencari keuntungan. Percayalah ketandusan peniaga gaharu pada masa sekarang akan menjadi seperti peniaga getah saat ini dalam 5 tahun akan datang. 

Teringat saya pada seorang motivator di radio IKIM yang mengatakan orang melayu sememangnya kreatif, jadilah melayu yang cukup kreatif mencipta kejayaan. Jangan jadi seperti pak pandir yang cukup kreatif mencipta alasan.

Dalam kesempatan ini saya mengalu alukan para peniaga gaharu agar sudi memberikan alamat kedai dan nombor telefon untuk dihubungi diruangan komen bagi para penjual dan bakal penjual gaharu menjual hasil gaharu mereka. Pandangan dari pembaca budiman amat dihargai.

Bersama memajukan Ummah.

Semoga ada manfaatnya.

19 comments:

  1. ..saya memang menantikan ramalan Sdra Jamar jadi kenyataan .. >> lima tahun dari sekarang peniaga/pembeli hasil gaharu macam pembeli getah pada masa sekarang ramainya .. baru ramai org akan bertumpu kepada usaha pengeluaran barangan dari pokok karas .. tapi beranikah ramai mengambil risiko memulakan gerak `head-start' sekarang?? .. masih ingat cerita seorang Melayu pertama menanam getah d Perak setelah pokok getah d perkenal British dulu .. dia d tertawakan dan jadi bahan ejekan olih org kampung kerana langkahnya .. tapi akhirnya dia pula berpeluang mentertawakan pengkritiknya bila terbukti getah memberi hasil luar jangkaan org ramai ..

    malik

    ReplyDelete
  2. Wah... Saudara memang hebat bab sejarah. Pada masa tulisan ini dibuat telah ada orang melayu yang menjadi jutawan hasil jualan pokok karas berpuluh ekar pada harga RM60 juta yg dibeli borong seingat saya dari negara Taiwan yang ditanamnya hampir 10 tahun lalu. Masa kini lagikan ditertawa zaman sebelumnya apatah lagi.

    ReplyDelete
  3. Sangat bersetuju dengan artikel yang ditulis. Semoga para pengusaha gaharu terus sabar menghadapi cabaran sebelum mencapai kejayaan.

    All d best !!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas sokongan dari blogger yang saya cukup kagumi.

    ReplyDelete
  5. askum. Good prospek bagi peminat gaharu, sekarang ramalan 1 ekar boleh menghasil nilai gaharu 2juta, kalau dahulunya 1 ekar cuma 1juta, mungkin 5thn akan datang 10juta, kaya kita

    ReplyDelete
  6. Wasalam.

    Kita perlukan lebih ramai usahawan cemerlang yang sentiasa pemurah dan prihatin terhadap kebajikan Islam seperti Syed Mokhtar Bukhary.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Sesungguhnya saya amat bersetuju dengan pandangan tuan Jamar dan yang lain2. Semoga kita menjadi ummah terbaik.

    ReplyDelete
  8. Saya juga mengharapkan begitu..

    Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Askum. Pandangan saya, jika kita tekad berusaha di saat orang lain masih menunggu dan melihat hasil yang kita usahakan selama lebih kurang 5 tahun bermula dari sekarang, pasti kita akan mendengar keluhan orang yang melengah-lengahkan usaha murni ini berkata "kalaulah saya usahakan 5 tahun dulu, dah tentu.....".
    Kita wajar mempercayai teknologi buatan tempatan meskipun kita agak ketinggalan sedikit dari segi perladangan gaharu serta teknologi berbanding negara lain. Namun, itu bukan alasan untuk tidak menghasilkan teknologi kita sendiri.
    Seandainya kita tekad berusaha dan tidak mudah berputus asa, tidak mustahil hasil tuaian 5 tahun dengan teknologi lain menjadi 4 tahun sahaja dengan teknologi tempatan.
    Tentang pasaran, insyaaallah... saya antara orang yang mengambil inisiatif awal mendpatkan pembeli terus dari beberapa negara tanpa melibatkan mana-mana saudagar, peraih atau orang tengah.

    ReplyDelete
  10. Wasalam tuan...

    Pandangan tuan ternyata jauh ke hadapan. Melihat sesuatu dengan mata lebah bukan dengan mata lalat. Melihat sesuatu dengan positif, pandangan yang akhirnya dapat dimanfaatkan kepada muslim yang lain. Bukan melihat sesuatu dengan pandangan yang busuk dan kotor seperti pandangan mata lalat yang akhirnya mewabak penyakit. Antaranya penyakit was-was terhadap teknologi tempatan.

    Masyarakat muslim melayu di Malaysia khasnya telah lama didodoikan sedari kecil bahawa produk tempatan tiada mutu apatah lagi unggul. Gaya, mutu dan keunggulan hanya dimiliki oleh rokok Dunhill.

    Orang kita akan menjuihkan bibir dan memperlekeh-lekeh apabila bercerita tentang teknologi yang berjaya dihasilkan oleh orang Malaysia terutamanya muslim melayu. Ketawa mengekeh-ngekeh semakin menjadi bila kata perli dijuih di kiri dan kanan.

    Pandangan kita masih terus dijajah hinggakan selipar pun kita masih mencari selipar jepun. Tidak seperti muslim kita di Indonesia yang cukup berbangga andainya ada teknologi tempatan yang berjaya dihasilkan oleh mereka. Tiada istilah selipar jepun atau selipar belanda di sana meskipun mereka pernah dijajah ratusan tahun.

    Tanah, cuaca, hujan juga spesis pokok yang tumbuh di Malaysia, Thailand dan Indonesia adalah agak berbeza meskipun banyak persamaan. Saiz buah, rasa, warna dan musim buah adalah berbeza walhal ianya adalah jenis buah yang sama. Disinilah letak hebatnya teknologi.

    Teknologi Inokulan Gaharu Biotech adalah teknologi menghasilkan benda hidup (bio) yang kuat dan gagah mengatasi perbezaan tanah, cuaca dan hujan di negara Thailand dan Indonesia untuk merangsang dengan cepat dan cekap penghasilan gaharu melalui pokok karas. Benda hidup (bio) adalah antara teknologi terbaik bagi menghasilkan gaharu kerana ia terus hidup didalam sel-sel pokok karas untuk terus menerus menyakitkan pokok karas bagi menghasilkan gaharu. Peperangan menggunakan teknologi Bio (benda hidup) misalnya adalah peperangan yang sangat ditakuti kerana teknologi bio boleh merebak dengan cepat, sukar dikawal dan menghasilkan bencana yang dasyat. Umpama berlawan dengan suatu kerajaan hebat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

    Pasaran telah tersedia. Kita perlu memulakannya. Melangkahlah ke depan meskipun langkah itu sumbang, tempang atau kudung. Jadilah seperti jentayu..patah kaki bertongkat siku, patah siku bertongkat dagu, patah dagu bertongkat...Langkah tetap melangkah.

    Terima kasih tuan. Semoga kita boleh bekerjasama disuatu masa nanti.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    Inilah khazanah hutan yg dimonopoli oleh org melayu,harapan kita semoga khazanah ini menjadi warisan kepada anak cucu kita kelak insyaalah.Inilah yang dikatakan harta karun bumi....dari yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  12. sy ada 3600 pokok gaharu berusia 2 tahun dan berminat untuk mencari straegic partner yang berminat untuk melabur, sekian terima kasih, satuemas@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Wasalam zaminvest..

    Saya bersetuju khazanah hutan yang dimonopoli oleh org melayu..Ingatlah khazanah hutan semakin pupus dan andai kita alpa dan asyik mengenang sejarah lampau, percayalah tanpa sedar kita akan tergolong dalam minoriti apabila gaharu ditanam secara komersial. Lihatlah dan kajilah berapa ekar gaharu ditanam oleh orang kita. Siapakah yang memperolehi untung besar hasil dari dari urusniaga gaharu. Adakah orang kita... Terimalah kenyataan, tidak ramai orang kita yang bijak berniaga. Apa yang pasti adalah dalam tempoh 3 tahun persoalan siapa majoriti dan siapa minoriti akan terjawab.

    Semoga orang kita akan terus berfikir betapa perlunya muslim menjadi manusia terkaya didunia.

    ReplyDelete
  14. sekarang ni orang cina pun sudah mula menanam gaharu secara besar-besaran di malaysia.....

    ReplyDelete
  15. Benar kata tuan.

    Ramai orang kita masih ragu ..ye ker??? Walhal anak gaharu tumbuh merata dibelakang rumah. Modal mendapatkan anak gaharu hampir tiada. Namun tiada usaha untuk menanam secara ladang hanya menebas keliling pokok yang tumbuh liar di kebun getah.

    ReplyDelete
  16. saya berminat nak tanam gaharu, dlm 1 ekar maybe muat 1000 pokok, tiada pengalaman, mana lebih baik usaha sendiri atau dgn join venture??? kalau buat sendiri takut tiada pembeli atau pembeli menipu quality dsbg nya. harap beri komen terima kasih.

    ReplyDelete
  17. ASSALAMUALAIKUM..SAYA BERMINAT UNTUK MENANAM GAHARU..SAYA MAHU TAHU JENIS BENIH YANG DAPAT MENGHASILKAN GAHARU GRED A..JASA BAIK TUAN DAN PUAN BOLEHLAH BERKONGSI DENGAN SAYA ILMU GAHARU YANG TUAN DAN PUAN MILIKI...

    ReplyDelete
  18. salam,
    berapa sebenarnya harga getah gaharu ?
    ada yang bilang 100 juta, ada yang bilang 150 juta, bahkan ada yang bilang 200 juta.
    harga sebenarnya berapa ya ?
    saya punya getah gaharu lebih kurang 75 kg dari jambi.
    apakah ada yang tahu pembeli untuk area Medan ?
    mohon arahan dari para senior

    ReplyDelete
  19. Salam tuan.
    Hasil pertemuan kita malam sabtu baru ni di teluk cempedak sangat2 bermakna. Trm kasih bnyak atas pencerahan...

    ReplyDelete