Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Thursday, 23 June 2011

Inokulan Gaharu Biotech -Inokulasi Selepas 5.5 bulan.

Menjelang tengah hari Ahad yang  lepas setelah pulangnya tetamu saya iaitu Tuan Shuib dan Cik Aminah Saad dari UPM, saya terus ke Pekan Lanchang untuk menyambut kedatangan Tuan suhaily dari Tampin. Kedatangan yang sememangnya ditunggu-tunggu. Setelah berehat sebentar kami terus ke tempat projek Inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Inilah antara pokok karas yang sempat dirakamkan pada pertemuan kami pada hari itu.

Inokulasi selepas 18 hari


Inokulasi selepas 38 Hari


Inokulasi selepas 5.5 bulan
Tuan Suhaily menunjukkan teras gaharu yang terbentuk dan telah merebak ke sebelah kanan pokok. 

Inokulasi selepas 5.5 bulan
Inilah hasilnya setelah 5.5 bulan suntikan menggunakan teknik suntikan bawah. Teras terbentuk dengan warna yang agak menarik hanya pada usia 5.5 bulan inokulasi. Sungguhpun begitu, jumlah inokulan yang digunakan adalah kurang dari yang sepatutnya.

Inokulasi selepas 4.5 bulan
Gambar di atas adalah teras gaharu yang terbentuk selepas 4.5 bulan disuntik menggunakan Inokulan gaharu Biotech. Jumlah inokulan yang digunakan adalah mencukupi dan bertepatan dengan formula penggunaan inokulan untuk dapatkan hasil optima seperti posting sebelumnya. Pada pertemuan saya dengan Tuan Suhaily mencetuskan idea untuk menambah baik teknik suntikan dibawah pokok dengan menambah teknik lubang udara. Secara teorinya, Inokulan Gaharu Biotech adalah diperbuat dari sejenis hidupan dan dengan memberinya lubang udara supaya ianya terus garang dan gagah menyerang pokok karas untuk menghasilkan teras gaharu dengan pantas, banyak dan berkualiti. Nantikan saya kemaskinikan posting seterusnya mengenai teknik lubang udara. Persoalannya, adakah ianya lebih baik dari teknik ketukan buluh yang agak popular sekarang ini. Sama sama kita berkongsi ilmu inokulasi. Tiada apa yang perlu disembunyikan mengenai teknik Inokulasi terbaik. Imu itu milik Allah.

Semoga ada manfaatnya.

Tuesday, 21 June 2011

Inokulan Gaharu Biotech - Kenapa bayar lebih


Alhamdulillah. Inokulan Gaharu Biotech akhirnya pada hari ini dilancarkan untuk jualan. Inokulan gaharu Biotech diperbuat dari bahan organik yang selamat digunakan dan tidak beracun. Penggunaan Inokulan Gaharu Biotech tidak menyebabkan daun pokok karas kekuningan dan gugur sehingga mengganggu pembentukan resin gaharu. Pokok tetap hidup subur dan menghijau bagi menggalakkan pembentukan resin yang cepat. Ramuan Inokulan gaharu Biotech dirumus khas dengan teliti supaya pokok karas mendapat makanan dan air yang membantunya terus hidup subur meskipun dalam masa yang sama disakitkan untuk menghasilkan gaharu dengan cepat. Tindakbalas Inokulan Gaharu Biotech dapat dilihat seawal 2 minggu. Disamping teknik Inokulasi yang mudah dan murah, ianya telah diuji dan terbukti menghasilkan teras gaharu dari akar hingga ke ranting pokok.

Sempena hari pelancaran Inokulan Gaharu Biotech yang mula dibuka untuk jualan secara terbuka, kami menawarkan dengan setiap pembelian 9 liter Inokulan Gaharu Biotech, anda akan diberi percuma 1 liter. Harga adalah dikekalkan pada RM200 bagi setiap liter.

Kenapa Bayar Lebih?   Gunakanlah Inokulan Gaharu Bioteh yang telah diuji dan terbukti.

Semoga ada manfaatnya.

Gaharu Terhasil Hingga Ke Ranting


Awal pagi Ahad lepas menyaksikan kunjungan dari Encik Shuib dan Cik Aminah Saad dari UPM yang cukup terkenal dengan laman blognya  gaharuinfo.blogspot.com   Kunjungan yang sememangnya saya nantikan untuk mengutip ilmu mengenai gaharu. Setelah beberapa persiapan ringkas dibuat, kami terus ke tempat projek suntikan gaharu menggunakan Inokulan Gaharu Biotech yang tidak sampai 5 kilometer dari rumah ibu saya.



Inlah kesan serapan Inokulan Gaharu Biotech yang diserap pada paras melebihi 7 kaki dengan menggunakan teknik suntikan bawah. Usia inokulasi adalah 4 bulan. Kesan positif pembentukan gaharu mula dapat dilihat.





Ranting pokok gaharu kemudian dibelah untuk melihat kesan serapan Inokulan Gaharu Biotech. Kesan kekuningan di empulurnya menandakan Inokulan Gaharu Biotech telah diserap hingga ke hujung ranting. Gaharu mula terbentuk hasil dari bantuan ulat yang membuat lubang pada ranting tersebut. Gaharu mula terbentuk pada tempat yang paling lemah dahulu umpamanya kesan dimakan ulat dan akan merebak keseluruh empulur ranting. Ulat ini sebenarnya mengajar saya sesuatu, bagaimana memaksimakan penggunakan Inokulan Gaharu Biotech dan nenghasilkan gaharu yang maksima. Insya Allah akan saya ceritakan pada posting seterusnya.



 Inilah hasil gaharu yang terbentuk di ranting setelah dibelah. Gaharu lebih cepat terbentuk di tempat yang lemah seperti kesana tebukan ulat, paku dan seumpamanya.


Ini adalah kesan dari paku yang saya buat untuk menggantung botol yang di isi dengan Inokulan Gaharu Biotech. Gaharu terhasil kesan dari luka oleh paku. Dari sinilah timbul idea untuk membuat teknik pakuan yang dicetuskan dari kunjungan sahabat dari UPM ini. Saya rasa sungguh bertuah dengan kesudian mereka berkunjung dan tanpa lokek mencurahkan banyak ilmu gaharu kepada saya. Terima kasih En Shuib dan Cik Aminah Saad.

Untuk kupasan lain mengenainya boleh lawat laman blog    gaharuinfo.blogspot.com


Semoga ada manfaatnya.