Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Sunday 15 January 2012

Apakah spesis gaharu terbaik...

Saya menerima pertanyaan dari sahabat gaharu dari Indonesia apakah spesis gaharu terbaik. Agak lama untuk saya menjawabnya lantaran kesibukan tugas yang perlu dibereskan di akhir tahun 2011 ditambah dengan musim tengkujuh yang melanda bandar Kuantan. Sejuk sungguh. Hingga beberapa post yang saya rencanakan sebelumnya agak membeku. Hujan sudah semakin reda dan mentari menerjahkan sinarnya disebalik kumpulan awan yang tebal menghitam.

Pada awal penanaman gaharu yang saya usahakan secara ladang di tahun 2008. Saat tercari-cari maklumat mengenai gaharu. Langsung tiada buku mengenai gaharu di kedai-kedai buku bernama di Kuantan. Saya menyusuri jalan mencari kedai buku, bertanya sahabat dan pemilik kedai, dimana mungkin saya perolehi buku mengenai gaharu. Jawapannya hampa. Tiada sebuah buku pun ditemui yang dapat membantu saya mendapatkan maklumat tepat mengenai gaharu. Maklumat hanya diperolehi dalam internet. Forum-forum yang membincangkan mengenai gaharu dan beberapa laman blog yang mencatatkan maklumat berkaitan gaharu. Juga dari penjual benih gaharu yang turut banyak mendapatkan maklumat dari internet.

Maklumat yang diperolehi dari internet mengenai gaharu amat tidak memuaskan hati. Dari situlah saya mencuba untuk memberikan maklumat mengenai gaharu secara bergambar hasil dari sedikit pemerhatian dan pengalaman saya sendiri yang tidak seberapa ini. Lalu Alhamdulillah terhasil laman gaharucandanku.blogspot.com. Semoga ianya dapat memberikan sedikit manfaat.

Saya tertarik pada kata-kata seorang penceramah di radio IKIM suatu ketika dulu. "Seorang itu tidak dilahirkan dengan kebodohan tetapi dengan kebijaksanaan yang berbeza." Kata yang memandu saya apabila mencari sesuatu yang TERBAIK.

Sebelumnya, spesis Aquilaria subintegra dikatakan menjadi ranking terbaik gaharu. Maklumat di internet menyatakan begitu. Ramai dikalangan kita yang menanam spesis tersebut. Pokok gaharu yang ditanam secara ladang. Keghairahan untuk menjadi jutawan, tanpa sedar maka terhasil lambakan ladang gaharu spesis subintegra di Malaysia. Dari umur tanaman beberapa hari hinggalah melebihi 3 tahun. Sungguhpun begitu, ada kalangan penanam gaharu yang sungguh bijak menanam spesis Aquilaria Malaccensis yang saat ini usia tanaman melebihi 7 tahun.  


Aquilaria Subintegra

Saya merasakan spesis Subintegra ditanam secara ladang dan dicanangkan sebagai spesis terbaik mempunyai beberapa sebab. Faktor 'Hanya Ada' bibit gaharu itu sendiri adalah antaranya. Bibit spesis Subintegra dan Crassna adalah amat mudah diperolehi dan dijual pada harga yang murah. Disogok pula bahawa negara Kemboja dan Thailand telah jauh mendahului kita dari segi teknologi gaharu. Ramai yang telah percaya subintegra adalah yang terbaik. Kalau hanya bibit subintegra dan crassna yang ada dalam stok penjual bibit, masakan dikatanya pula bibit gaharu miliknya kurang berkualiti dan bukan yang terbaik.

Faktor teknologi inokulan juga memainkan peranannya. Pastinya pembeli bibit gaharu akan bertanya apa kesudahannya selepas ditanam. Inokulan apakah yang terbukti berjaya menghasilkan gaharu. Pokok gaharu tanpa inokulan pasti mengundang igauan ngeri kepada penanamnya. Beberapa tahun kebelakang, teknologi inokulan dari Thailand dikatakan adalah yang terbaik. Pembeli bibit gaharu spesis Subintegra dan Crassna di janjikan bahawa teknologi inokulan dari Thailand ini akan menyelesaikan masalah suntikan bagi menghasilkan gaharu yang menjanjikan pendapatan lumayan. Malangnya janji tesebut hilang disaat umur tanaman mencecah 3-4 tahun. Saat inokulan dari Thailand yang dijanjikan untuk disuntik entah ke mana. Business Card yang dihulurkan tatkala membeli bibit gaharu, sudah tiada dalam perkhidmatan apabila dihubungi. Syarikat yang menawarkan perkhidmatan selepas jualan tersebut tiada lagi kelibatnya dalam internet.

Akhir-akhir ini, inokulan dari negara jiran tersebut tidak lagi diyakini apatah lagi dipercaya. Inokulan yang dikatakan berjaya ditempat asalnya tetapi gagal di negara kita Malaysia. Alasan faktor cuaca, suhu, tanah, kelembapan dan sebagainya sungguh tidak dapat saya terima. Pokok dari spesis yang sama yang ditanam di Malaysia setelah disuntik menggunakan inokulan yang sama tetapi gagal memberikan hasil yang sama dan alasan tersebut diberikan bagi menyembunyikan sesuatu.

Muta'akhir ini saya ditemukan dengan beberapa penggiat gaharu dari Kelantan yang menyatakan bahawa penggiat gaharu dari Kelantan sendiri sudah hilang kenyakinan terhadap inokulan gaharu dari Thailand dan mencari inokulan alternatif yang lain. Kelantan dikatakan mempunyai pokok gaharu liar terbanyak di Malaysia dan mereka telah terlebih dahulu melalui pengalaman menyuntik gaharu dari tempat lainnya atas kelebihan berhampiran dengan negara Thailand. Andai mereka telah hilang keyakinan terhadap inokulan dari Thailand, saya berpendapat kita perlu menambil pelajaran dari fenomena ini.

Bibit gaharu spesis Subintegra dan Crassna terbukti gagah hidup di ladang. Kedapatan juga yang tumbang jika hilang pantauan. Malaccensis pula perlukan sedikit teduhan dan kurang galak jika ditanam diladang. Itu adalah keistimewaan tersendiri.

Saya percaya hukum penawaran dan permintaan akan terpakai beberapa tahun akan datang. Apabila berlaku lambakan gaharu spesis Subintegra dan Crassna. Pada masa itu gaharu spesis Malaccensis akan meniti dari bibir ke bibir. Dalam 2 tahun akan datang pemilik gaharu spesis Subintergra dan Crassna masih memperolehi hasil lumayan atas harga yang mahal sebelum lambakan bermula. Pendahulu pasti bersorak girang. Orang yang menanam secara diam dan di beri kata sinis beberapa tahun lepas akan mula mengukir senyum.

Percayalah bahawa gaharu mahal atas sebab sukarnya ditemui. Spesis Malaccensis semakin pupus sedikit demi sedikit. Usaha menanam semula secara ladang kurang menyerlah. Ditambah dengan Inokulan Gaharu Biotech yang terbukti menghasilkan teras gaharu ke atas pokok malaccensis mula tersebar. Ketika itulah penanam Malaccensis dan penyuntik gaharu liar di Malaysia mula berkotek.

Aquilaria Malaccensis

Melaka pernah menjadi pusat hasil dagangan gaharu di rantau ini. Pedagang datang dari jauh semata-mata untuk mendapatkan gaharu bernilai tinggi yang pastinya adalah Malaccensis. Ingatlah, perkataan MALACCENSIS itu adalah berasal dari perkataan MALACCA (Melaka). Insya Allah, Malaccensis akan menjadi buruan kembali. Sejarah akan berulang.

Ditambah pula dengan adanya Teknologi Inokulan Gaharu Biotech yang telah diuji dan terbukti menghasilkan gaharu bagi spesis Malaccensis. Spesis gaharu TERBAIK. Inokulan yang diolah menggunakan bahan yang halal dan diperbuat dari bahan organik. Spesis gaharu terbaik memerlukan teknologi inokulan yang TERBAIK. 

Beralihlah ke Inokulan Gaharu Biotech. Tak cuba, RUGI BESAR...

Insya Allah saya usahakan post mengenai Kenali Inokulasi Yang Gagal.

Semoga ada manfaatnya.

11 comments:

  1. terasa puas dgn keyakinan sy selama ini ttg spesis malaccenis. seolah2 tidak mau trlintas utk menghebohkn spesis luar. selagi tidak dilihat mata dan kajian, sy sukar utk menerima apa yg diuar-uarkan. tq for tuan jamar post

    https://www.facebook.com/profile.php?id=100002910074913

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan Halim Muda atas kesudian tuan membaca post saya yang tidak seberapa ini.

      Semoga tuan terus dipermudahkanNya dalam semua urusan.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. buku-buku tentang gaharu silalah ke perpustakann berdekatan dgn.anda... tajuknya wang tumbuh di atas pokok..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih abg zaidi atas saranan..

    Sekadar makluman selain buku tersebut ada beberapa lagi buku misalnya Gaharu Komoditi Khazanah dari UPM Serdang serta 2 buku lagi berkenaan gaharu yang boleh dibeli di FRIM kepong,KL.

    Semoga ada manfaatnya...

    ReplyDelete
  4. Bukankah jenis Aquilaria Rugosa dari Vietnam yang terbaik ? Sila beri sedikit maklumat mengenai jenis pokoknya! Terima Kaseh.

    Ah Hing

    ReplyDelete
  5. dimana boleh dapat innokulon biotech tu

    ReplyDelete
  6. Nak tanya kepada otai2 gaharu.. antara spisis aquilaria subintegra dan malaccensis yang mana lebih memberi pulangan lumayan?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    Nak tanya tuan-tuan semua, di mana boleh dapat benih malaccensis tu.

    ReplyDelete
  8. Nanti saya datang utk dptkn specis Malaccensis

    ReplyDelete
  9. Salam...tuan sya suka dengan pendedahan tuan tntang jenis pokok gaharu.. Walaupun nmpak mcm x best je tpi ia cukup brmanfaat seperti sya yg mna budak baru belajar mgenainya...good job n keep it...

    ReplyDelete