Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Tuesday, 26 June 2012

Mengatasi pokok gaharu tumbang.

Pokok gaharu spesis Subintegra terkenal dengan mudah tumbangnya. Ianya dikatakan berpunca dari sifat akarnya, dibiak menggunakan tissue culture yang akhirnya gagal memegang tanah dengan kukuh untuk mengelakkan dari condong dan akhirnya tumbang.

Mungkin kaedah ini dapat sedikit membantu. Gambar diambil semasa percutian saya di Bangkok pada jun 2012.

Semoga ada manfaatnya.

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment