Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Tuesday, 10 July 2012

Harapkan semut, semut makan gaharu.

Beberapa tahun sebelumnya kedengaran khabar bahawa semut membawa petanda gembira kepada pengimpi gaharu. Dengan penuh yakin dan dalam senyum menguntum kita terus membiarkan semut bermaharajalela di dalam pokok gaharu. Dengan keyakinan gaharu bermutu bakal terhasil dengan bantuan semut hingga keluar istilah gaharu sarang semut dsb.

Jutaan ekor semut telah menghuni pokok ini melebihi 2 tahun. Dari pangkal pokok hingga melepasi 20 kaki tinggi kelihatan semut dengan tangkasnya mundar mandir mempertahankan koloninya.

Pokok ini telah disuntik melebihi 1.5 tahun. Pada awalnya disangkakan dengan dibantu jutaan semut bakal menghasilkan teras gaharu bermutu dengan banyak.

Rupanya... Ohhh... Tidakkkk...

Benarlah kata penggiat gaharu dari Kuala Lipis beberapa tahun yang lepas. SEMUT MEMAKAN GAHARU.. Memang haru.

Mungkin semut memakan bibit-bibit resin yang terhasil dari inokulasi. Mungkin juga bakteria dari inokulan terbunuh dek semut.

Hati-hati jika ingin menginokulasi pokok gaharu bersemut. Jika dulu mati semut kerana gula, sekarang mati semut kerana gaharu.

Harapkan semut, semut makan gaharu. 

Jika mendung sediakan payung sebelum hujan. Jika pokok bersemut sediakan tuala pengelap air mata. Sungguh terharu....

Semoga ada manfaatnya...

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment