Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Wednesday 3 October 2012

Kesan Tindak Balas IGB 711 Selepas 5 Bulan Inokulasi.

Tanggal 01.09.2012 adalah hari yang sungguh gembira bagi saya apabila tetamu dari Selangor sudi bertandang ke Lanchang, Pahang untuk melihat sendiri kesan inokukasi menggunakan IGB 711. Beliau datang bersama seorang anak lelakinya serta isteri.

Saya bergegas pulang dari Kuantan dan tiba seperti dijanjikan. Saya sungguh kagum dengan beliau yang tiba lebih 1 jam awal dari waktu yang dijanjikan. Ketibaan awal beliau sekeluarga membawa kepada rekod baru dalam sejarah pecutan saya di jalanraya. Saya bukanlah pemandu laju.

Beliau adalah orang lama dalam gaharu dan telah banyak pengalaman dalam suntikan gaharu. Beliau datang dengan membawa beberapa keping gambar suntikan vaksin yang gagal setelah lebih 2 tahun menunggu.

Inilah kesan tindakbalas yang dapat saya tunjukkan pada beliau. Pokok karas berukurlilit 12 inci menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711. Jika sebelumnya saya menunjukkan hasil dari pokok yang lebih besar tetapi pada kali ini saya tunjukkan pokok yang lebih kecil pula.

Semoga ada manfaatnya.

Published with Blogger-droid v2.0.6

2 comments:

  1. salam tuan,saya yusof dari perak..kalau dah suntik mcm ni dah boleh tebang ke?

    ReplyDelete
  2. salam brp inci minima pokok gaharu ne dah boleh di suntik. dan paling cepat brp lama gaharu ne dah boleh dituai.? brpa lama paling baik selepas di suntik gaharu ne utk di tuai? adakah lebih lama lebih baik? maximum brp lama?

    ReplyDelete