Alhamdulillah pada 26 November 2012 yang lalu Tuan Ahmad dari Kota Kinabalu Sabah mengirimkan gambar inokulasi pokok gaharu menggunakan Inokulan Gaharu Biotech melalui emel kepada saya.
Melihat pada gambar tersebut saya dapat rasakan betapa kesungguhan beliau menyuntik pokok gaharu menggunakan Inokulan Gaharu Biotech meskipun kami tidak pernah bertemu muka apatah lagi untuk saya menunjukkan teknik suntikan secara praktikal. Teknik suntikan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech dapat dilakukan oleh beliau dengan begitu cantik sekali meskipun hanya belajar dalam talian sahaja.
Beberapa kali beliau menghubungi saya melalui telefon dan emel dari Sabah untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai teknik inokulasi dan akhirnya tanpa diduga mengirimkan gambar pokok gaharu yang telah diinokulasi kepada saya dengan begitu sempurna sekali.
Ada beberapa tips menarik untuk dikongsi.
Pokok gaharu ini disuntik pada 17 November 2012. Suntikan dibuat pada 'otot' pokok gaharu. Di tempat yang berbonggol pada batang pokok gaharu. Jika diperhatikan bahagian yang berbonggol itu adalah selari dengan urat yang dibawahnya iaitu akar pokok gaharu. Maksudnya ialah lubang yang digerudi pada bonggol atau 'otot' tersebut merupakan urat akar.
Kelebihannya adakah inokulan yang disuntik dapat terus diserap naik setinggi 25 kaki dari tempat suntikan.
Insya Allah jika ada kesempatan saya akan memuat naik kesan serapan setinggi 25 kaki dari tempat suntikan selepas 2 tahun inokulasi.
Kelebihan ke 2 adalah ianya memudahkan kerja menakik untuk melihat kesan suntikan selepas 1 bulan. Cukup dengan menakik sedalam 1/2 inci sahaja, kesan tindakbalas Inokulan Gaharu Biotech sudah dapat dilihat. Berbanding jika disuntik di bahagian pokok yang berlekuk, takikan terpaksa dibuat dengan lebih dalam.
Kesan kehitaman dan berbau wangi mula terhasil tatkala dibakar. Insya Allah.
Sekiranya ada warga Sabah yang berminat untuk menyuntik pokok gaharu bolehlah menghubungi beliau.
Semoga ada manfaatnya.