Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Friday, 24 September 2010

gaharu cara tradisional

Gaharu Cara Tradisional
Gambar diambil pada Jun 2010.
Ukurlilit 37 inci.
Menggunakan teknik takikan parang. Kelihatan semut membuat sarang pada batang pokok yang sakit dan memburuk, bermakna gaharu telah terbentuk. Berhasil membentuk gaharu dalam jumlah yang sangat sedikit berbanding dengan baki batang pokok yang tidak menghasilkan teras gaharu. Penghasilan gaharu tidak berada pada tahap optima. Sangat tidak berbaloi untuk ditebang kerana pada bahagian takikan parang itu sahaja yang menghasilkan gaharu yang sedikit berbanding masa menunggu untuk menghasilkan gaharu dan umur pokok. Untuk menunggu pokok sebesar ini mengambil masa berapa tahun agaknya. Emas memang mahal tapi mesti tahu dimana tempatnya, Gaharu memang mahal tapi mesti tahu cara menghasilkannya. Emas tidak boleh ditanam tetapi gaharu boleh ditanam. Selamat menanam pokok karas / gaharu.


Gaharu Cara Tradisional
Orang sering berkata mati semut kerana gula. Rupanya hidup gaharu kerana semut. Jelas kelihatan semut berbelang oren membuat sarang pada bekas takikan. Pada tempat tersebut sahaja gaharu terhasil. Ditempat lain yang tidak ditakik, langsung tiada gaharu. Percayalah dalam masa 2 tahun pokok ini akan kembali pulih seperti sediakala. Itulah hebatnya gaharu, mampu pulih dengan cepat meskipun mengalami sakit yang teruk. Atas sebab keistimewaan itulah manusia mencarinya untuk dijadikan penawar.

Sekiranya ditunggu, gaharu tidak akan bertambah banyak atau menaik grednya atau bertambah harganya. Kalau ditebang sekalipun ianya tidak membantu menaikkan taraf ekonomi. Rupanya gaharu membantu menaikkan taraf ekonomi kita. Sudah gaharu cendana pula. Sudah tahu gaharu boleh jadi kaya bertanya pula. Semoga menjadi jutawan muslim terbaik.
Posted by Picasa

Monday, 6 September 2010

Candan Gajah

Gaharu Candan Gajah
Candan gajah merupakan salah satu spesis gaharu yang terdapat di Malaysia. Daun candan gajah hampir menyerupai daun aquilaria malaccensis. Bahagian bawah daunnya adalah berbulu yang mana adalah merupakan sifat utama candan. Bersesuaian dengan namanya sebagai candan gajah daunnya adalah sangat lebar berbanding daun spesis gaharu yang lain. Pada masa gambar ini diambil, panjang daunnya adalah sepanjang 5 inci. Batang pokoknya adalah berwarna kemerahan dan berbeza dengan aquilaria hirta (candan bulu) dan aquilaria malaccensis dan agallocha yang warna batang pokoknya agak keputihan. Ketinggian anak pokok pada masa gambar diambil adalah mencecah 7 kaki. Harga teras candan gajah dikatakan sangat mahal. Ini adalah bertepatan dengan sukarnya spesis candan gajah ini ditemui dan ditanam bagi tujuan komersial. Candan Gajah perlu ditanam dikawasan yang teduh dan tidak terlalu berbahang. Sekiranya ditanam di kawasan yang suhunya agak panas, daunnya mudah gugur dan kadar kematian adalah tinggi. Sungguhpun begitu ianya bukanlah terlalu sukar untuk ditanam asalkan ditanam ditempat yang redup dan disiram air secukupnya. Saya memperolehinya dari sahabat saya orang asli yang bersusah payah mencarinya di hutan Rompin pada penghujung 2009. Memandangkan pada pertengahan tahun 2010 yang lepas berlaku kemarau yang agak lama, saya menangguhkan sementara rancangan seterusnya untuk mendapatkan spesis candan gajah ini. Pada perancangannya saya akan mengusahakan untuk berjumpa sahabat saya orang asli  yang lebih mesra dipanggil Abang Wahab pada bulan Oktober 2010 ini untuk mendapatkan anak pokok candan gajah bagi ditanam di kebun gaharu / karas saya. Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan spesis candan gajah ini bolehlah menghubungi saya.

Kebun Karas / gaharu

Kebun Karas
Ini adalah kebun  karas/gaharu yang ditanam lebih 1000 pokok karas sejak tahun 2008. Ianya ditanam dengan jarak  6' X 6' dengan pelbagai spesis karas seperti Aquilaria malaccensis, Aquilaria Agallocha, sub integra, Aquilaria Crassna, Aquilaria Hirta (candan) dan Cendana (santalum Album). Saya menanam dengan pelbagai spesis antara sebabnya adalah bagi mengurangkan risiko. Umum mengetahui  bahawa tanaman karas secara ladang adalah suatu perkara yang baru bagi tahun 2008. Kesesuaian pokok karas impot misalnya sub intergra dan crassna dengan cuaca di Malaysia perlu di congak setepat mungkin. Banyak kes dimana pokok baka impot tidak tumbuh menegak seperti melentur, patah dan tumbang seolah-olah batang pokoknya lembik tidak dapat menampung berat daun yang subur menghijau. Pada pemerhatian saya faktor cuaca dan spesis itu sendiri yang kurang sesuai dengan cuaca yang agak panas apabila tiba musim kemarau. Bahkan sekiranya lambat disedari ianya boleh mati meskipun pokok karas tersebut pada asalnya begitu subur. Itulah antara risiko pelaburan yang penting untuk direnung. Mampukah pokok karas tersebut menghasilkan gaharu apabila mencapai tempoh matang  sekurang kurangnya 6 tahun.

Baka karas tempatan misalnya Aquilaria Malaccensis dan Agallocha disamping Hirta (candan) adalah sangat disyorkan untuk ditanam secara ladang.  Pastinya cuaca di Malaysia tidak menjadi masalah untuk terus hidup sehingga tempoh tuaian hasil. Spesis karas tempatan adalah lebih tahan lasak dan kuat daya hidupnya ditambah dengan sifatnya yang tidak mudah patah atau tumbang disamping harga gaharunya yang semestinya mahal. Penjagaannya sangat mudah disamping menggunakan teknik-teknik penanaman dan penjagaan tertentu. Bahkan sangat sesuai sebagai pelaburan jangka pendek juga pendapatan sampingan untuk golongan yang bekerjaya yang hanya mempunyai masa terluang dihujung minggu. Anggaplah ianya sebagai pelaburan hari tua anda atau pelaburan untuk pendidikan anak anak yang kosnya semakin meningkat.

Inokulan Nano Tech

Inokulan Nano Tech 2 bulan
Gambar diatas diambil setelah genap 2 bulan suntikan nano tech dibuat. Batang pokok adalah padu pada asalnya. Batang pokok berlubang kesan dari dimakan kengkiak iatitu sejenis serangga yang memakan kayu kayu mati. Habis dilubangnya sehingga 3 kaki tinggi. Terdapat kesan kehitaman dalam batang pokok karas ini. Pada sangkaan awal saya ianya adalah teras gaharu. Setelah diamati teras kehitaman itu adalah kesan inokulan nano tech yang diserap oleh pokok karas. Apabila dibakar tiada aroma gaharu. Kedapatan juga kulat dan anai anai yang bersarang didalamnya. Pada masa itu saya yakin pokok karas ini pasti menghasilkan jualan gaharu pertama saya.


Inokulan Nano Tech selepas 10 bulan


Selepas 10 bulan suntikan menggunakan inokulan nano tech, teras kehitamanyang terhasil pada mulanya telah mereput. Apabila ditakik, tanda adanya teras gaharu tidak ditemui setakat 10 bulan suntikan. Tanda adanya teras gaharu tidak ditemui meskipun pokok kelihatan sakit.


Inokulan Nano Tech selepas 10 bulan





Setelah lebih 10 bulan menggunakan Inokulan Nano tech., tanda adanya gaharu masih gelap. Saya menakik dipokok untuk mencari kesan gaharu tetapi tidak berjaya. Bermakna tiada tanda gaharu setelah ditakik berbanding dengan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech yang selepas 18 hari sahaja tanda gaharu terhasil sudah boleh dijumpa.


Semoga ada manfaatnya

Cendana


Cendana


Ini adalah cendana yang diperolehi dari orang asli di sungai lembing. Harga cendana dikatakan lebih murah dari gaharu, Cendana digunakan sebagai bahan untuk membuat colok. Juga dijadikan antara bahan utama dalam urusan kematian. Batang pokoknya berwarna kemerahan. Cendana mudah ditanam dan merupakan jenis pokok renek. Candan dan cendana adalah spesis yang berbeza. Cendana bukan dari keluarga gaharu. Ianya boleh dibezakan dengan meneliti urat daunnya. Tepatlah kata pepatah melayu sudah gaharu cendana pula.




















Aquilaria Agallocha


Alhamdulillah. Setelah sekian lama, akhirnya berkesempatan juga saya mengemaskini berkenaan pokok karas spesis Aquilaria Agallocha. Saya mendapat pengesahan bagi pengecaman spesis pokok karas ini dari sebuah universiti tempatan. Gambar di atas di emel dan jawapannya adalah Aquilaria Agallocha. Spesis ini terkenal di India dan menghasilkan gaharu yang sangat mahal harganya. Agak terkejut saya apabila disahkan spesis tersebut kerana melalui carian dalam internet dan buku, spesis ini tidak termasuk sebagai spesis yang tersenarai dikenalpasti tumbuh liar di hutan Malaysia.

Perbezaan dapat dilihat dari segi daun. Daun spesis Aquilaria Agallocha adalah besar berbanding spesis A. Malaccensis yang agak kecil daunnya. Kulit pokok seperti berbintil-bintil ketika pokok masih kecil dan mula merekah merah apabila membesar. Teras yang terhasil agak kedalam. Takikan perlu dibuat lebih dalam untuk melihat teras gaharu. Bagi A. Malaccensis teras terhasil apabila disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech hanya perlu ditakik sedikit sahaja untuk melihat terasnya.


Apabila disuntik menggunakan Inokulan Gaharu Biotech pada usia melebihi sebulan, teras kekuningan mula menyerlah. Takikan agak kedalam untuk melihat terasnya dan dapat dilihat perbezaan kulit pokok karas ini berbeza dengan kulit spesis A. Malaccensis.




Pokok karas spesis A. Agallocha yang kecil juga terbukti menghasilkan teras gaharu dengan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.




Teras gaharu terhasil setelah 4.5 bulan inokulasi. Teras gaharu semakin menghitam. Sebelumnya saya ada menerima pertanyaan dari sahabat FB di India samada Inokulan Gaharu Biotech mampu menghasilkan teras gaharu pada pokok karas spesis Aquilaria Agallocha. Gambar-gambar ini memberikan jawapannya. Alhamdulillah.

Semoga ada manfaatnya.

Aquilaria Hirta - Candan

Candan - Aquilaria Hirta

 Aquilaria Hirta adalah antara spesis karas/ gaharu yang terdapat di Malaysia. Ianya lebih dikenali sebagai candan. Pokok candan hanya terdapat ditempat tempat tertentu sahaja. Meskipun di kampung saya pokok gaharu spesis malaccensis dan agallocha tumbuh merata rata dibelakang, depan kiri dan kanan rumah tetapi spesis candan ini tidak dikenali langsung. Bahkan spesis karas tersebut ada yang ditebas diracun begitu sahaja sebelum ini. Sekarang, masa telah berubah, saya lihat ramai yang mulai sedar dan ada yang memulihara pokok karas yang tumbuh sendiri dikebun kebun getah. Sungguhpun begitu sangat sedikit yang mengambil usaha menanam pokok gaharu sepertimana menanam pokok getah dan sawit. Berbalik kepada candan daunnya berbulu dibahagian bawahnya dan batang pokok berwarna tompok keputihan. Saya mendapatkannya dari sahabat saya orang asli di Rompin Pahang. Candan perlu ditanam di kawasan yang teduh dan mendapat siraman air yang mencukupi. Daunnya mudah gugur sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi. Melalui pembacaan saya, candan dikatakan mempunyai harga yang lebih mahal dari spesis karas yang lain menyebabkan saya begitu teruja untuk menanamnya. Menurut sahabat saya ini candan menghasilkan gaharu sendiri tanpa perlu ditakik. Bermakna tidak perlu stress atau suntikan untuk menghasilkan gaharu candan.  Candan boleh menghasilkan gaharu tanpa inokulan. Bermakna bila sampai masanya, tidak memerlukan  modal tambahan untuk membeli vaksin inokulan. Beliau dengan penuh kesungguhan dalam terkejut menceritakan pernah menjual gaharu jenis candan yang sebesar ibu jari tangan dan tidak sampai 100 gm pada harga RM900.00 kepada peraih gaharu.  Menurutnya pokok candan tu hanya sebesar lengan budak saja.  Bermakna kalau sepokok boleh menghasilkan RM900. Bagaimana pula kalau menanam sebanyak 1000 pokok untuk seekar dengan jarak 6' X 6'. Pasti sekurang kurangnya RM900000 boleh terhasil. InsyaAllah. Itu baru pada harga peraih, harga kita menjual sendiri berapa harga gamaknya.  Dia sendiri dengan penuh confident berkata kepada saya ketika saya tengah membelek belek beratus ratus pokok candan yang saya  tempah darinya, "Jadi juntawan engkau'" saya bertanya balik "apa dia abang wahab?" takut pulak kot kot saya perasan lebih. "Jadi juntawan engkau" ulangnya lagi. Saya bertanya lagi "jutawan?" dan dia menganggukkan kepala. Tanpa sedar bulat mata hitam saya dibuatnya. Saya pula yang terkejut. Jarang saya terkejut. Alamak... Dalam diam dia pun tahu. Handalnya.. Pepatah melayu sering meyebut, diam ubi berisi, nampaknya sekarang ini diam gaharu jutawan  engkau. Sekiranya ada yang berhasrat untuk menanam candan bolehlah menghubungi saya.