Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Tuesday 18 January 2011

Tawar Tawaran - Inokulan Gaharu Biotech

Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya berhasil saya menemukan Inokulan bagi menghasilkan teras gaharu yang saya gelarkan sebagai INOKULAN GAHARU BIOTECH. Dengan penemuan Inokulan Gaharu Biotech ini saya mengharapkan ianya dapat dimanfaatkan oleh pemilik atau pengusaha pokok karas sedia ada untuk mendapatkan hasil seperti yang dicanangkan di akhbar, internet, televisyen dan seumpamanya. Matlamat ke arah jutawan gaharu mungkin sukar dicapai sekiranya inokulan bagi menghasilkan gaharu sangat mahal. Pada harga RM450.00 ke atas hanya untuk seliter pastinya menghasilkan jutawan hutang dahulu selama beberapa tahun sebelum berjaya menjadi jutawan gaharu. Saya menerima beberapa panggilan untuk mendapatkan inokulan gaharu yang sedia ada di pasaran tetapi memandangkan kos inokulan yang sangat mahal membantutkan semangat untuk menginokulasi pokok karas. Bayangkan sekiranya sepokok berukurlilit 50 inci memerlukan 5.5 liter inokulan pada harga RM450.00 seliter. Pastinya kos permulaan untuk sepokok sahaja adalah menjangkau RM2500.00. Hanya untuk satu pokok? Bagaimana pula sekiranya pemilik pokok karas itu mempunyai 15 pokok atau 50 pokok atau lebih 100 pokok. Adakah mereka perlu meminjam berpuluh ribu ringgit atau ratusan ribu ringgit hanya untuk memastikan pokok karas mereka disuntik atau terpaksa membiarkan begitu sahaja pokok karas yang mampu memberi wang bernilai ribuan ringgit kepada mereka hanya kerana kemampuan kewangan yang sangat terbatas. Pastinya rata rata pemilik pokok karas sedia ada tidak memiliki kemampuan sebegitu.

Di tempat kelahiran saya misalnya, pokok karas melebihi 100 pokok yang sedia untuk disuntik yang tumbuh meliar di kebun kebun getah adalah suatu cerita biasa. Tiada perkara pelik untuk diceritakan sekiranya pokok bersaiz sepemeluk atau dua pemeluk dewasa hidup gagah di kebun kebun getah mereka. Bahkan ianya semakin bertambah tanpa perlu ditanam terutama selepas musim buah gaharu pada penghujung 2010 baru baru ini. Perkara ini bukanlah cerita dongeng tetapi saya lihat sendiri terjadi di tanah bertuah tempat saya dilahirkan. Meskipun tidak terdapat sebatangpun  pokok karas yang berbuah bagi radius 300 meter dari tempat kedapatan anak anak pokok karas. Tanpa sedar anak pokok karas baru ditemui membesar, entah bila kecilnya.Itulah kuasa Tuhan.

Atas kekangan kewangan, pokok karas yang sepatutnya membuahkan jutawan gaharu tidak kesampaian sebaliknya jutawan hutang pula yang menjelma dulu. Justeru itu saya terpanggil untuk menawarkan Inokulan Gaharu Biotech kepada sesiapa yang berminat pada harga yang sangat berpatutan atas rundingan bersama. Harga yang ditawarkan adalah bergantung kepada ukurlilt pokok karas dan jarak. Bagi sekitar negeri Pahang minimum RM500 kos Inokulan Gaharu Biotech boleh dipertimbangkan. Bagi luar negeri Pahang ianya bergantung pada jumlah KM pergi balik dari tempat saya di Lanchang Pahang. Misalnya jumlah KM pergi dan balik dari Lanchang ke  tempat pokok karas untuk disuntik adalah 600 KM maka minimum RM600.00 kos inokulasi diperlukan dan saya akan tiba kesana untuk membuat inokulasi.

Bagi pengiraan kos inokulasi pula bergantung kepada ukurlilit pokok karas. Bagi setiap 10 inci ukurlilit, kos inokulasi adalah sebanyak RM150.00. Jika 40 Inci ukurlilit, kos inokulasi adalah sebanyak RM600.00. Sungguh mudah pengiraannya. Sungguhpun begitu, khidmat suntikan ini hanya bermula pada bulan April 2011 atas sebab yang tidak dapat di elakkan dan sekadar makluman, khidmat suntikan ini dibuat pada hujung minggu sahaja atau cuti cuti umum atau pada tarikh yang dipersetujui. Semoga Inokulan Gaharu Biotech ini dapat dimanfaatkan bersama.













10 comments:

  1. salam tuan.

    penguasaha macam ni yang patut dipuji, tidak mencekik darah walaupun inokulan yang digunakan mampu menghasilkan gaharu.....

    teruskan usaha untuk memajukan agama dan bangsa kita.....

    ReplyDelete
  2. Wasalam tuan,

    Terima kasih atas dorongan tuan. Tuan sememangnya hebat kerana tahu usaha saya untuk memajukan agama dan bangsa kita. Harap mendapat tunjuk ajar dari tuan. Terima kasih .

    ReplyDelete
  3. salam tuan...

    berapa jarak dari pangkal pokok utk lubang pertama...bagaimana dengan jarak antara lubang pertama-kedua, kedua-ketiga....berapa cm jaraknya tuan.

    ReplyDelete
  4. Wasalam tuan,

    Sebolehnya nanti saya perincikan dalam posting seterusnya bertajuk Teknik Inokulasi Gaharu Biotech. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Sallam ,

    Saya sangat terharu dengan usaha tuan dalam memajukan indusri Gaharu ini . Saya bercadang untuk mengunakan khidmat tuan pada bulan April nanti
    Selamat Maju Jaya , Semoga 'ALLAH ' Merahmati Usaha Tuan

    Abd Ghani

    ReplyDelete
  6. Wasalam tuan,

    Saya sangat berterima Kasih atas doa dan dorongan tuan. Saya usahakan post seterusnya bertajuk Hasil dari Inokulan Gaharu Biotech.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah,

    Tahniah untuk tuan juga. Tuan memang hebat. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Di tunggu tulisan selanjutnya..

    Tahniah En Jamar.

    ReplyDelete
  9. Tahniah untuk cik Aminah Saad juga,

    Terima kasih. Insya Allah tulisan selanjutnya diusahakan.

    ReplyDelete