Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Monday 17 January 2011

Kesan Awal Penggunaan Inokulan Gaharu Biotech

Inokulan Gaharu Biotech


Inokulan Gaharu Biotech


Suntikan semangat dari blogger gaharu menyuburkan lagi langkah untuk menyuntik pokok karas saya seterusnya. Ini adalah spesis Aquilaria Malaccensis. Berukurlilit 17 Inci dengan ketinggian lingkungan 7 meter. Pokok karas ini adalah antara yang bertuah kerana terselamat dari ditebang. Hidup subur kira kira 45 meter dari rumah ibu saya di Lanchang. Pokok karas bertuah inilah yang menjadi pokok eksperimen untuk inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Saya tidak dapat memberikan usia inokulasi menggunakan  Inokulan Gaharu Biotech secara tepat kerana pada awal eksperimen inokulasi, saya menghadapi sedikit masalah dengan teknik menggerudi  lubang untuk disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech. Inokulan yang disuntik tidak dapat diserap sepenuhnya atas tersilap teknik menggerudi. Habuk kayu yang digerudi tertinggal didalamnya dan agak lama baharu saya dapat mengenalpasti akan punca yang menyebabkan Inokulan Gaharu Biotech tidak dapat diserap sepenuhnya. Beberapa lubang telah digerudi, digerudi dan digerudi lagi sebelum saya menemui teknik mengerudi yang betul .  Pemerhatian  dibuat berminggu minggu untuk mendapatkan maklumat kecekapan pokok menyerap Inokulan Gaharu Biotech yang disuntik. Begitu juga dengan formula jumlah inokulan yang diperlukan untuk setiap lubang mengikut ukurlilit supaya kesemua inokulan dapat diserap tanpa berbaki sedikitpun dalam tempoh 24 jam. Kelihatan garis kecoklatan mula terbentuk disekeliling batang pokok. Setelah kering serpihan kayu yang ditakik dan dibakar kemudiannya, semerbak aroma gaharu yang menceriakan terbit dari kayu yang dibakar. Ceria kerana aroma gaharu  sulong dihidu sebagai petanda gaharu bakal terhasil dari Inokulan Gaharu Biotech.

Semoga ada manfaatnya.



2 comments:

  1. waaa....ni baru inokulan......tahniah bos

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah

    Terima kasih. Tahniah kembali untuk tuan. Sememangnya tuan hebat dalam gaharu. Sekerling gambar di blog sudah tahu itu gaharu. Bagi saya inilah mimpi jadi kenyataan.

    ReplyDelete