Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Wednesday 12 January 2011

Teknik Inokulasi Gaharu Biotech



Teknik Inokulasi Gaharu Biotech



Teruja saya untuk menjawab pertanyaan dari sahabat blog ini berkenaan teknik inokulasi Gaharu Biotech. Gambar menceritakan seribu kisah. Ini adalah pokok karas spesis aquilaria malaccensis Menggunakan mata bor yang ditebuk bersaiz 5/8. Memerlukan 6 liter Inokulan Gaharu Biotech. Bermakna perlukan 5 lubang ditebuk dan 5 botol setiap satu diisi 1.2 liter Inokulan Gaharu Biotech. Mata bor adalah perlu bersaiz 5/8 supaya sama saiz dengan peyambung paip getah yang dilekat ketat di lubang yang ditebuk di pokok karas. Botol kemudian digantung menggunakan tali lalu dipaku dan inokulan tersebut habis diserap dalam tempoh  24 jam. Cukup mudah tanpa memerlukan kemahiran atau kegagahan atau stamina luarbiasa untuk melakukan inokulasi Gaharu Biotech. Cuma memerlukan sedikit pengetahuan mengenai teknik menebuk lubang supaya habuk kayu tidak tertinggal dalam lubang tebukan yang akan mengganggu proses serapan Inokulan Gaharu Biotech. Hanya 5 lubang perlu dibuat disekeliling pokok yang mana jarak antara lubang  hanya perlu di agak sahaja. Tidak perlu terlalu tepat. Paling penting lubang yang dibuat tidak bertemu ditengah batang pokok. Jarak antara lubang dari tanah bergantung kepada saiz ukurlilit pokok. Bagi pokok seperti gambar di atas jarak dari tanah kurang lebih 1 kaki. Cuma perlu diteliti jangan terlalu rapat ke bahagian akar pokok kerana bahagian tersebut agak keras dan daya serapan agak lambat. dan akhirnya tidak menyerap langsung. Pastikan lubang di tebuk pada  batang pokok karas yang agak lembut.


Teknik Inokulasi Gaharu Biotech

Pokok karas spesis Aquilaria Malaccensis berukurlilit 34 cm. Memerlukan 1.50 liter Inokulan Gaharu Biotech. Perlu ditebuk sebanyak 3 lubang setiap satu diisi sebanyak 500 ml Inokulan Gaharu Biotech. Jarak lubang dari tanah kurang lebih 1 kaki. Lubang ditebuk menggunakan teknik spiral supaya tidak bertembung di tengah tengah batang pokok apabila 3 lubang ditebuk bersekali. Hanya menggunakan Drill berbateri 18 volt tanpa wayar. Mudah memang mudah. Semoga ada manfaatnya.








   

6 comments:

  1. salam tuan

    terima kasih tuan....moga murah rezeki ....dan bertambah amalan agama....

    ReplyDelete
  2. Wasalam tuan,
    Terima kasih, semoga tuan sama dimurahkan rezeki dan bertambah amalan agama. Teknik inokulasi Gaharu Biotech - hasil Optima untuk dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  3. boleh x saya nak tahu lokasi tempat nie.. sebab saya nak tahu lebih lanjut lagi mengenai teknik nie..

    ReplyDelete
  4. Lokasinya di lanchang, Pahang. Boleh datang untuk melihatnya dalam waktu terdekat.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum tuan..

    Saya berminat tentang inokulasi gaharu. Saya ada mempunyai anggaran 200 pokok, pokok gaharu pelbagai saiz. Saya perlukan tunjuk ajar teknik inokulasi gaharu yang betul dan ingin mendapatkan inokulan bagi pokok gaharu saya. Berapa keperluan inokulan/pokok dan berapa harga/liter.
    H
    mendapat tunjuk ajar dari tuan.
    Terima kasih.

    ReplyDelete