Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Sunday 29 January 2012

Teras Terhasil Selepas 6 Bulan Inokulasi


Alhamdulillah. Sempat saya kemaskini hasil inokulasi selepas 6 bulan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.


Spesis                 : Aquilaria Malaccensis
Ukurlilir               : 11  inci
Tempoh Suntikan : 6 Bulan
Teras terhasil sehingga 6 kaki. Menggunakan teknik suntikan bawah.



Ukurlilit hanya 11 inci. Gambar pada paras 4 kaki.


Gambar pada pangkal pokok di bahagian akar.


Inilah hasil setelah 6 bulan inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Teras terhasil setinggi 6 kaki dan dipotong sepanjang 4 kaki untuk memudahkan masuk bonet kereta. Belum sempat dicuci teras sepenuhnya. Minggu hadapan dijangka ditebang sepokok lagi yang lebih besar dan lebih lama inokulasinya. Insya Allah.

Semoga ada manfaatnya.

6 comments:

  1. Alhamdulillah inilah hasilnya berbakti kepada tanah selepas 6 bulan...
    Dari karas menjadi gaharu,
    gaharu harum baunya wangi,
    sudah mendapat hasilnya itu,
    hasil rezeki dari Ilahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm. En. Jamar bleh saya tau, 6 kaki gaharu yg terbentuk itu, berapa kaki ke atas dan berapa kaki ke bawah ianya terbentuk daripada lubang suntikan..

      Delete
    2. Alhamdulillah...

      Sudah mendapat hasilnya itu,
      hasil rezeki dari Ilahi,
      dari karas menjadi gaharu,
      sama sama kita berbahagi,

      Terima kasih tuan...

      Delete
  2. Wasalam En Othman. lubang pertama pada paras 2 kaki dan lubang kedua pada paras 3.5 kaki dari tanah


    Kalau dibuat lebih tinggi lubangnya akan lebih tinggi terasnya. Insya Allah

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Jadi ke teras nie tuan..mcm xdak gred je..gred apa ni dan berapa nilai anggaran harga?

    ReplyDelete
  4. Mungkin tuan mempunyai kepakaran yang luarbiasa untuk menghasilkan teras yang lebih baik untuk tempoh 6 bulan bagi pokok spesis Malaccensis..

    Semoga tuan berjaya dan boleh kita kongsikan bersama...

    ReplyDelete