Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Friday, 14 December 2012

Seminar Kebangsaan Dan Pameran Gaharu 2012

Alhamdulillah. Tanggal 18 Disember 2012 hingga 20 Disember 2012 akan di adakan Seminar Kebangsaan dan Pameran Gaharu 2012 di Bukit Jalil. Dengan izinNya saya dijangka membentangkan kertas kerja   'Kaedah Inokulasi dan Pengolahan Teras'. Insya Allah.

Di sinilah berkumpulnya pakar-pakar gaharu dari seluruh Malaysia membentangkan kertas kerja berkenaan industri gaharu. Cukup hebat.

Setahu saya, tahun 2010 Seminar Kebangsaan Dan Pameran Gaharu ini telah diadakan di Universiti Putra Malaysia. Bermakna 2 tahun yang lepas.

Ayuh... Bersama sama kita ke Seminar Kebangsaan dan Pameran Gaharu 2012. Jangan lepaskan peluang yang ada.

Jumpa saya di sana. Insya Allah.

Semoga ada manfaatnya.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, 7 December 2012

Menjelang Seminar Kebangsaan Dan Pameran Gaharu 2012.

Kunjungan  En. Ismail Muhammad dari Universiti Putra Malaysia dan Cik Aminah Saad yang cukup sinonim dengan laman blog beliau
gaharuinfo.blogspot.com.  sememangnya ditunggu-tunggu. Jam 11.20 pagi, seperti dijanjikan saya menjemput pakar gaharu ini di tol Lanchang, Pahang

Kami langsung ke tapak projek dan melihat sendiri hasil tindakbalas pokok gaharu terhadap Inokulan Gaharu Biotech.

Sebatang pokok gaharu berukurlilit 11 inci yang telah 1 tahun disuntik menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711 dicabut hingga ke akar untuk di pamerkan pada pembentangan kertas kerja di Seminar Kebangsaan Dan Pameran Gaharu 2012 bertajuk ' Kaedah Inokulasi dan Pengolahan Teras'. Teras terhasil setinggi 7 kaki dengan hanya 2 lubang suntikan.

Teras gaharu belum dicuci sepenuhnya. Insya Allah saya tunjukkannya di Seminar nanti.

Semoga ada manfaatnya.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, 6 December 2012

Suntikan Gaharu Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech - 3.5 bulan

Alhamdulillah pada 01 Disember 2012 semasa kunjungan En. Ismail Muhammad dan Cik Aminah Saad dari Universiti Putra Malaysia ke tempat suntikan IGB, sempat saya merakamkan gambar hasil inokulasi berusia 3.5 bulan.

Suntikan pokok gaharu ini menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711 (IGB 711). Saya menerima beberapa pertanyaan dari penggiat gaharu samada hasil sebegini sudah boleh dituai untuk mendapatkan minyak gaharu.

Pada pandangan saya seeloknya pokok gaharu ditunggu sekurangnya 6 bulan untuk mendapatkan minyak gaharu bermutu.

Jika dilihat tindakbalas pokok terhadap Inokulan Gaharu Biotech adalah sedikit berbeza mengikut umur pokok gaharu.

Gambar di atas adalah pokok gaharu berukurlilit lebih 30 inci dan gambar dibawah adalah berukurlilit 11 inci. Itulah uniknya pokok gaharu. Setiap pokok adalah tersendiri uniknya. Hatta komposisi kimianya juga tidak sama bagi setiap minyak gaharu yang dihasilkan meskipun menggunakan inokulan yang sama. Itulah antara perkara yang sempat saya pelajari dari kunjungan sahabat gaharu dari UPM ini. Maha Suci Allah.

Semoga ada manfaatnya.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, 5 December 2012

Kenali Buah Gaharu Spesis Aquilaria Malaccensis

Beberapa bulan lepas saya menerima pertanyaan oleh seorang kenalan  facebook dari negara Indonesia. Beliau cukup tertarik untuk membuat pelaburan dalam industri gaharu.

Langkah pertama adalah kenalpasti spesis terbaik untuk di tanam. Spesis yang bukan sahaja tahan dan lasak serta sesuai dengan cuaca setempat. Bahkan juga spesis ysng dicari-cari oleh pembeli kerana baunya yang harum unik.

Bagi mengelakkan ditipu oleh penjual gaharu, beliau meminta saya mengirimkan gambar buah Aquilaria Malaccensis. Pada waktu itu saya tidak dapat mengirimkan gambar tersebut kerana tiada dalam simpanan. Maklumlah, pokok gaharu hanya berbuah setahun sekali dan tidak semua pokok matang mengeluarkan buah.

Tanggal 01 Disember 2012, En Ismail Muhammad dari Universiti Putra  Malaysia telah sudi bertandang ke Lanchang, Pahang bersama Cik Aminah Saad yang cukup terkenal dengan laman blognya  http://gaharuinfo.blogspot.com.

Pada pertemuan tersebut, sempat beliau menunjukkan buah gaharu spesis Aquilaria Malaccensis. Berbentuk bulat dan besarnya dibuat perbandingan dengan duit syiling.

Semoga ada manfaatnya.

Published with Blogger-droid v2.0.9