Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad (dalam penubuhan) bekerjasama dengan syarikat Naturextract Sdn Bhd yang memproses pati minyak gaharu menggunakan teknologi yang dihasilkan oleh seorang SAINTIS. Kayu minyak yang terhasil menggunakan Inokulan IGB akan diproses menggunakan Teknologi pemprosesan Pati Minyak Gaharu ini.
Kajian yang bertahun dilakukan untuk menghasilkan teknologi pemprosesan pati minyak gaharu ini akan diDEDAHKAN pada hari tersebut.
Pada 30.04.16 pihak Naturextract akan mengadakan perbincangan mengenai halatuju industri gaharu bagi menghasilkan bekalan Minyak gaharu yang lebih banyak dan berterusan. Hal ini adalah sangat penting bagi memberi keyakinan kepada pembeli pukal pati minyak gaharu.
Kami juga sedang mengumpul bakal anggota yang berminat untuk menyertai Koperasi Pengusaha Gaharu Johor Berhad yang bakal ditubuhkan.
Tarikh 30.04.16
Lokasi: Bilik kuliah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Batu pahat,
Johor
Semua dijemput hadir.
Jumpa kami di sana.
Share dan like supaya lebih ramai ANAK JOHOR dan orang yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai gaharu tahu mengenai program ini.