Saya pernah membicarakannya sebelum ini iaitu teras bakar yang baik adalah setelah 2 tahun inokulasi dan bagi teras IGB yang berusia di bawah 1 tahun inokulasi, ianya merupakan teras minyak. Iaitu teras yang mampu menghasilkan minyak gaharu yang berkualiti tinggi. Semuanya dengan izin Allah.
Dengan IzinNya juga dapat saya merakamkan kesan bintik-bintik minyak pada kayu gaharu tersebut. Gambar tersebut dirakam saat menghampiri jam 12 tengah malam di bawah cahaya lampu yang kurang terang. Terima kasih kepada Tuan hj Shamsor yang dengan susah payahnya membawa kayu gaharu tersebut untuk saya lihat sendiri walaupun harus menempuh malam yang hening. Mudah mudahan usaha ini mendapat redhaNya.
Semoga ada manfaatnya.