Beberapa hari ini saya didatangi dan juga dihubungi oleh beberapa kenalan gaharu yang baharu. Masing masing penuh dengan cerita suka duka dalam industri gaharu. Ada yang sudah lama bergelumang dengan industri gaharu dan tidak kurang pula yang baharu mencari cari info untuk terus menanam pokok karas secara besar besaran.
Persoalan yang ditanya adalah mengenai Teknologi Inokulan. Tanpa Inokulan yang bagus, spesis pokok karas yang bagus juga hampir tidak mampu menghasilkan teras gaharu yang bagus dalam tempoh masa yang singkat. Teras gaharu secara alami mengambil masa bertahun tahun malah mungkin puluhan tahun untuk menghasilkan teras. Suatu jangka masa yang tidak mungkin memberikan pulangan yang mengembirakan kerana terlalu lama untuk memperolehi teras gaharu yang boleh ditukar menjadi duit.
Inokulan Gaharu Biotech (IGB) telah diuji dan terbukti tidak menghasilkan toksin apabila ianya bertindak balas dengan pokok karas dalam usaha menghasilkan gaharu. Perkara ini adalah sangat perlu diambil berat dalam pemilihan Inokulan bagi menghasilkan teras, minyak dan juga teh gaharu yang tidak bertoksin.
Menjelang penghujung tahun 2014 ini, saya menawarkan IGB918 pada harga RM150 seliter. Harga biasa adalah RM200 seliter.
Harga adalah termasuk kos penghantaran.
Tawaran ini terhad untuk hanya 50 liter IGB918 sahaja.
Cepat tawaran hujung tahun bermula sekarang.
Semoga ada manfaatnya.
No comments:
Post a Comment