Tipisnya keyakinan tehadap pasaran gaharu masih melekat kemas di pemikiran ramai kalangan kita. Mungkinkah keraguan tersebut akan gugur terus atau sedikit demi sedikit atau terus melekat kukuh dipemikiran. Umum mengetahui apabila ada permintaan pasti ada penawaran. Sekiranya penawaran berkurangan harga akan meningkat. Gaharu sudah diketahui sebagai berharga mahal sehingga diumpamakan seperti emas. Harganya mahal kerana ada permintaan yang tinggi. Sekiranya tiada permintaan ke atas gaharu, bagaimana harga gaharu sebegitu tinggi. Oleh kerana gaharu yang dapat dibekalkan adalah sedikit, menyebabkan harga menjadi sangat mahal. Sedangkan harga gula pernah menjadi tinggi gara gara bekalan gula dikurangkan walhal ramai yang memintanya. Begitulah terjadinya pada gaharu. Harganya mahal atas sebab banyak permintaan dan bekalan yang ada adalah sangat terhad. Hanya 20% dari pasaran gaharu dapat dipenuhi bermakna 80% masih tidak dapat dipenuhi. Pasarannya terlalu luas. Gaharu diperlukan oleh negara negara Arab, Taiwan, Jepun dan pelbagai negara lagi dan ianya bukan setakat dibuat minyak wangi atau dibakar untuk aromanya tetapi juga untuk perubatan. Untungnya gaharu ini ialah ianya dibeli dan dipakai dan habis lalu dibeli lagi dan seterusnya. Bermakna penggunaannya berterusan dan permintaannya pasti berterusan. Tidak seperti kayu jati yang dibeli dan terus tidak dibeli lagi sebab beratus tahun tahannya. Bertuahnya kita adalah pokok gaharu tidak boleh ditanam di negara negara yang disebutkan tadi dan hanya boleh ditanam antaranya di negara kita sahaja misalnya. Itulah dikatakan tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu.
Perniagaan gaharu masih baru di negara kita. Kenapa agaknya. Tidak seperti komoditi lain seperti getah dan kelapa sawit. Kedai membeli hasil getah mudah dikunjungi dan semakin dekat dengan rumah penoreh getah. Sehinggakan sekarang akibat harga getah yang tinggi pembeli getah menawarkan perkhidmatan mengambil hasil getah secara terus di kebun getah tanpa perlu penoreh getah menghantarnya. Pembeli getah mampu menggajikan pekerja tetap yang ramai bahkan bersedia meminjamkan puluhan kereta tolak bagi memudahkan kerja mengutip hasil getah. Penoreh getah jarang berlama lama bersembang di kedai kopi dan menoreh bukan sahaja di pagi hari tetapi tengah hari, lewat petang bahkan malam hari sekalipun. Hebatnya, resit hasil jualan getah laku diunjukkan di bank tempatan untuk mendapatkan pinjaman kenderaan. Cuka getah tidak digunakan lagi sebagai pencepat proses pembekuan getah tetapi menggunakan teknologi sejenis garam. Hebat sungguh penangan getah. Perkara yang tidak pernah terfikir oleh kita 5 tahun dahulu telah terjadi sekarang. Kenapa? Kerana kita tidak pernah mahu atau tidak peduli atau malas berfikir mengenainya meskipun terdapat tanda tanda awalnya.
Begitulah senario gaharu 5 tahun akan datang. Kedai membeli gaharu yang pada masa sekarang sukar ditemui pasti dengan mudah ditemui. Getah mempunyai harga yang tinggi antara sebabnya ia tidak boleh ditiru. Begitu juga gaharu, ia tidak boleh ditiru secara sintetik. Permintaan gaharu gred A adalah sangat tinggi. Malangnya gaharu gred A sangat sukar ditemui. Akibat sukarnya gaharu bermutu dihasilkan maka kedai yang membeli gaharu tidak muncul. Itulah sebabnya kedai gaharu tidak sebanyak kedai getah. Dengan terhasilnya pelbagai variasi inokulan yang mampu menghasilkan gaharu gred A maka pastinya masalah kedai gaharu akan selesai. Sekiranya kita mampu memenuhi permintaan gaharu gred A pasti berebut rebut peniaga gaharu akan muncul. Gaharu adalah perniagaan untung berjuta. Peniaga yang bijak pasti tidak melepaskan peluang.
Isu mutu gaharu yang dihasilkan adalah isu kritikal. Peniaga sememangnya berhak untuk memilih gaharu yang bermutu dan tidak beracun. Dahulu gaharu terhasil dengan menyapu racun paraquat di batang pokok gaharu. Ianya menyebabkan kesan racun pada gaharu lalu permintaan keatasnya berkurangan sekaligus memberi kesan menjadi harga murah. Gaharu bukan setakat dibakar tetapi turut diminum. Dengan terhasilnya inokulan tanpa bahan kimia berbahaya bermakna isu mutu gaharu hampir selesai.
Apabila inokulan tanpa kimia ditemui, penawaran gaharu gred A dapat dihasilkan bagi memenuhi permintaan maka akan wujudlah peniaga gaharu yang mencari keuntungan. Percayalah ketandusan peniaga gaharu pada masa sekarang akan menjadi seperti peniaga getah saat ini dalam 5 tahun akan datang.
Teringat saya pada seorang motivator di radio IKIM yang mengatakan orang melayu sememangnya kreatif, jadilah melayu yang cukup kreatif mencipta kejayaan. Jangan jadi seperti pak pandir yang cukup kreatif mencipta alasan.
Dalam kesempatan ini saya mengalu alukan para peniaga gaharu agar sudi memberikan alamat kedai dan nombor telefon untuk dihubungi diruangan komen bagi para penjual dan bakal penjual gaharu menjual hasil gaharu mereka. Pandangan dari pembaca budiman amat dihargai.
Bersama memajukan Ummah.
Semoga ada manfaatnya.