Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Friday 29 April 2016

Makluman Awal Cadangan Penubuhan Koperasi Pengusaha Gaharu Johor Berhad

  Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad (dalam penubuhan) bekerjasama dengan syarikat Naturextract Sdn Bhd yang memproses pati minyak gaharu menggunakan teknologi yang dihasilkan oleh seorang SAINTIS. Kayu minyak yang terhasil menggunakan Inokulan IGB akan diproses menggunakan Teknologi pemprosesan Pati Minyak Gaharu ini. 

Kajian yang bertahun dilakukan untuk menghasilkan teknologi pemprosesan pati minyak gaharu ini akan diDEDAHKAN pada hari tersebut. 

Pada 30.04.16 pihak Naturextract akan mengadakan perbincangan mengenai halatuju industri gaharu bagi menghasilkan bekalan Minyak gaharu yang lebih banyak dan berterusan. Hal ini adalah sangat penting bagi memberi keyakinan kepada pembeli pukal pati minyak gaharu. 

Kami juga sedang mengumpul bakal anggota yang berminat untuk menyertai Koperasi Pengusaha Gaharu Johor Berhad yang bakal ditubuhkan. 

Tarikh 30.04.16
Lokasi: Bilik kuliah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Batu pahat,
Johor 

Semua dijemput hadir. 

Jumpa kami di sana. 

Share dan like supaya lebih ramai ANAK JOHOR  dan orang yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai gaharu tahu mengenai program ini.



Monday 11 April 2016

Faedah Koperasi Kepada Anda

Ramai yang tertanya tanya apakah faedahnya menjadi anggota koperasi. 


Berikut adakah antara faedah yang bakal diperolehi oleh anggota koperasi. 

+ Anggota memiliki koperasi melalui modal syer dan yuran yang disumbangkan di samping menjadi pengguna perkhidmatan dan barangan yang ditawarkan oleh koperasi. 

+ Koperasi menawarkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang berpatutan kepada anggota-anggotanya. 

+ Anggota-anggota menikmati pulangan atas langganan, dividen atas modal yang disumbangkan dan penyertaan aktif di dalam pengurusan dan aktiviti koperasi. Sebahagian daripada keuntungan koperasi diperuntukkan kepada tabung atau kumpulan wang bagi membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan seperti tabung pendidikan anak-anak anggota, khairat kematian dan sumbangan kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. 


Semoga ada manfaatnya. 

Apa itu Prinsip-Prinsip Koperasi

Prinsip-prinsip koperasi adalah:-

+ Keanggotaan sukarela dan terbuka. 

+ Kawalan secara demokrasi oleh anggota. 

+ Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi.

+ Kebebasan San autonomi. 

+ Pendidikan, Latihan dan maklumat. 

+ Bekerjasama di antara koperasi-koperasi. 

+ Mengambil berat terhadap masyarakat. 

Apakah itu koperasi dan ciri-cirinya.

Koperasi ialah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi1993 dengan matlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi. 

Apakah curi-ciri koperasi:-

+ Koperasi melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi bagi memenuhi keperluan anggotanya. 

+ Koperasi bukannya berunsurkan politik. Anggotanya tidak boleh menggunakan koperasi sebagai tempat berpolitik. 

+ Koperasi bukannya Kesatuan Sekerja (Trade Union). Konsep koperasi ialah tolong menolong antara satu sama lain, bukannya dengan cara berjuang menuntut hak-hak dari majikan. 

+ Koperasi bukannya badan kebajikan. 

+ Anggota-anggota koperasi mengurus dan mengawal perjalanan koperasi berdasarkan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi. 

+ Syer dan Yuran disumbangkan oleh anggota sebagai modal menjalankan perniagaan koperasi. 

+ Setiap anggota mempunyai hak yang sama dalam membuat keputusan mengenai masa depan koperasi. 

+ Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal dan atau yuran ya sahaja. 

+ Koperasi mengutamakan keperluan dan perkhidmatan kepada anggota terlebih dahulu daripada mencari keuntungan semata-mata. 


Friday 8 April 2016

Mesyuarat Agung Permulaan bagi menubuhkan Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad

Tanggal 07.04.16. 

Saya bersamaan dengan Jawatankuasa Penaja Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad telah datang ke Pejabat Suruhajaya Koperasi Malaysia Wilayah Temerloh untuk mendapatkan nasihat lanjut berkenaan penubuhan Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad. Maklumat yang diberikan sangat menggembirakan hati kami. 

Hasil dari pertemuan tersebut, kami mencadangkan tarikh bagi bagi Mesyuarat Agung Permulaan diadakan pada 16.04.16 hari Sabtu jam 11.00 pagi. Lokasi tepat bagi mesyuarat tersebut telah dimaklumkan kepada kesemua bakal anggota yang telah memberikan nama kepada saya. 

Seramai lebih 100 orang pengusaha gaharu dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah menyatakan minat dan kesungguhan untuk menjadi anggota koperasi ini. Namun atas sebab kekangan tertentu pihak kami hanya mengambil 25 orang sahaja yang memenuhi syarat untuk menjadi anggota Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad. 

Sungguhpun begitu, tawaran bagi anak Pahang yang memenuhi syarat untuk bersama sama dengan Koperasi ini masih terus dibuka. Mohon pihak tuan terus call/SMS/whatsapp untuk mendapatkan tempat. Buat masa ini sehingga 16.04.16, hanya 5 tempat kosong sahaja yang ditawarkan. 

Semoga ada manfaatnya 

Sunday 27 March 2016

Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad





Ramai yang bertanya saya berkenaan hasil gaharu yang diinjek:-

Bagaimanakah menginjek pokok karas tanpa memerlukan modal yang sangat banyak. 
Adakah Ianya mempunyai harga seperti yang dicanangkan. 
Ke manakah Ianya akan dipasarkan 
Siapakah pembelinya. 
Bagaimana cara menjualnya
Bolehkah pengusaha gaharu menjana wang hasil dari pelaburan yang bertahun-tahun selama ini. 



Saya bergerak dari Utara hingga ke selatan tanah air, bertemu petani biasa, golongan profesional, hinggalah kepada pengusaha gaharu berstatus  Doktor, Profesor malah Juga berpangkat Dato dan Datuk Seri. Soalan yang sama terus bertalu-talu diajukan kepada saya. Malah ramai di kalangan mereka seakan putus asa dengan situasi industri gaharu yang seakan sangat kabur halatujunya. 

Tahun 2015, saya sangat berharap dapat bertemu dengan syarikat yang dapat bekerjasama dengan syarikat milik saya Agarwood Biotech Expert. Kerjasama yang dapat membantu pengusaha gaharu memproses hasil gaharu yang diinjek menggunakan Inokulan IGB dan memasarkannya. Proses ini sangat penting untuk membantu memulihkan keyakinan mereka  sekaligus melonjakkan taraf ekonomi pengusaha gaharu.

2015 saya bertemu syarikat yang bersedia untuk bersama-sama membantu pengusaha gaharu di. malaysia khususnya.  Syarikat yang bekerjasama dengan Agarwood Biotech Expert adalah Nature Extract Sdn Bhd. Syarikat ini menjalankan penyelidikan dalam pemprosesan Pati Minyak Gaharu menggunakan teknologi penyulingan Stim. Hasil dari penyelidikan tersebut yang diterajui oleh seorang saintis, Ianya dapat menghasilkan Pati Minyak Gaharu pada kadar yang lebih cepat, lebih banyak bersama dengan kualiti Pati Minyak Gaharu yang terjamin. Kini penyelidikan beliau sampai seperti yang dihajati dan bermulalah kerjasama tersebut dalam bentuk Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad. 

Kini kerjasama tersebut menyerlahkan sinarnya dengan lulusnya permohonan penubuhan Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad. Dalam waktu terdekat pihak jawatankuasa penaja akan bertemu dengan pihak SKM di Temerloh, Pahang bagi mendapatkan nasihat berkenaan penubuhan Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad ini sekaligus menetapkan tarikh Mesyuarat Agung Penubuhan (MAP). Mesyuarat ini adalah mesyuarat yang sangat penting bagi memungkinkan tertubuhnya Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad. 

Setelah tertubuhnya Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad ini, anggota koperasi dapat menginjek pokok karas mereka menggunakan Inokulan IGB, pihak Koperasi juga akan membantu anggotanya memproses hasil gaharu yang diinjek tersebut menjadi Pati Minyak Gaharu dan menjualnya pada harga setinggi mungkin. Hasil jualan akan dibahagikan bersama pemilik pokok karas dan keuntungannya akan diagihkan kepada anggota koperasi lainnya dalam bentuk Dividen. 

Dengan tertubuhnya Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad, semula persoalan yang tersebut pada awalnya tadi akan terungkai. Pengusaha gaharu sudah boleh mula tersenyum. 

Penyertaan untuk menjadi anggota masih terus dibuka dan bagi sesiapa yang berminat bolehlah terus menghubungi saya

Call /SMS /whatsapp  012 3790215


Semoga ada manfaatnya

Jama Rusli
Founder
Agarwood Biotech Expert

Sunday 13 September 2015

Anak Pokok Karas / Gaharu untuk Di Jual

ADAKAH TUAN BERCADANG UNTUK MENANAM POKOK KARAS TETAPI MASIH :-

+ Mencari-cari spesis pokok karas apakah yang terbaik untuk ditanam dan bersesuaian dengan jenis tanah milik tuan. 

+ Kabur dalam kaedah penanaman dan penjagaan pokok gaharu. 

+ Bimbang dengan bekalan inokulan apabila sampai masa untuk menginokulasi pokok karas milik tuan nanti. 

+ Risau bagaimana caranya untuk menginokulasi pokok karas apabila umur melepasi 4 tahun. 

+ Khuatir bagaimana mahu melakukan proses melarik untuk mengeluarkan teras gaharu. 

+ Keliru apakah pokok karas nanti menghasilkan Pati Minyak Gaharu atau Teras Gaharu sahaja atau kedua-duanya sekali. 

+ Merasa ragu ke manakah nanti mahu dijual selepas pokok karas milik tuan di inokulasi nanti. 



KAMI MEMBANTU TUAN MENDAPATKAN:-

+  Spesis anak pokok gaharu yang terbaik. 

+ Khidmat nasihat profesional berkenaan kaedah penanaman dan penjagaan terbaik untuk pokok karas yang dipilih. 

+ Bekalan Inokulan IGB yang telah diuji dan terbukti. 

+ Tim Injek IGB untuk menginjek pokok karas tuan apabila matang kelak. 

+ Tunjuk ajar bagaimana proses melarik dibuat sekiranya pihak tuan mahu mengeluarkan teras gaharu. 

+ Maklumat terperinci apakah hasil terbaik yang boleh diperolehi dari pokok karas milik tuan samada dari Pati Minyak Gaharu atau Teras Gaharu atau kedua duanya sekali. 

+ Bantuan lengkap untuk memasarkan hasil pokok karas milik tuan yang telah diinjek menggunakan Inokulan IGB 


KAMI MENAWARKAN:-

Anak pokok karas spesis Aquilaria Malaccensis yang diambil dari:-

+ Induk yang berusia melebihi 40 tahun ke atas.
 Induk yang lebih tua menjamin anak pokok karas hidup lebih lama. 

+ Induk yang telah mempunyai teras hasil Injek menggunakan Inokulan IGB.
 Anak pokok karas yang terhasil dari Induk yang telah mempunyai teras lebih mudah menghasilkan Teras Gaharu dengan lebih banyak dan berkualiti. 

Pokok karas yang mempunyai akar tunjang menghasilkan pokok karas yang lebih besar, tinggi dan boleh menghasilkan Teras dan Pati Minyak Gaharu yang lebih banyak. 


HARGA YANG KAMI TAWARKAN:-

+ Aquilaria Malaccensis RM7.00 sepokok. Tinggi 1.5 kaki. 

+ Aquilaria Hirta 
   - RM15.00 sepokok. Tinggi 1.5 kaki. 
   - RM25.00 sepokok. Tinggi 2.5 kaki. 


Hubungi kami SEGERA sebelum kehabisan stok. 

Call / SMS / Whatsapp / Telegram :- 012 3790215 








Monday 8 June 2015

Gaharu terhasil hingga ke dahan kecil sekepas 18 bulan diinjek.

Teras gaharu yang terhasil sekelas 18 bulan diinjek menggunakan IGB911. Menular hingga ke dahan kecil. Padat. 

Pokok karas spesis Aquilaria Malaccensis yang tumbuh liar. Telah diinjek menggunakan IGB911 pada 01.01.2014


Tanggal 02.05.2015 hingga 03.95.2015, Tim IGB berada di negeri Kedah dan Perak atas beberapa urusan gaharu dengan beberapa pertemuan penting bagi tugasan Injek pokok karas dan sesi beberapa perbincangan gaharu yang lain. 

Antaranya adalah pertemuan dengan ustaz Hakimi dari Bertam, Pulau Pinang. Pertemuan yang telah diatur lebih awal untuk bertemu beliau pada 02.05.2015 tidak tertunai. Pada tanggal 07.06.2015 akhirnya ustaz Hakimi telah sudi bertandang ke Lanchang, Pahang untuk suatu pertemuan bagi melihat sendiri kesan tindakbalas IGB terhadap pokok karas liar Aquilaria Malaccensis yang tumbuh melata. 

Pada pertemuan saya dengan ustaz Hakimi yang mengusahakan sendiri sekolah tahfiz di Pulau Pinang. Antara yang Sempat saya rakamkan di sini adalah tips bagi melahirkan anak-anak yang hafal Al Quran. 

- Pada usia 5 -6 tahun mestilah sudah menamatkan pelajaran Iqra. 
- Pada usia 7 - 12 tahun adalah masa untuk menghafal 30 juzuk Al Quran. Anak-anak diajar untuk menghafal Al Quran dan diletakkan di asrama bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk hafazan. 
- Pada usia 13 - 17 tahun, anak-anak sebolehnya berada dekat dengan kita. Usah diletakkan di asrama. Biarkan mereka membesar bersama-sama ibu dan ayah mereka. 

Itulah antara ilmu yang sempat saya rakamkan di sini. Agak tersentak saya kerana saya telah melakukan yang sebaliknya seperti kebiasaan orang. Bersekolah rendah dan tinggal bersama kita dan bersekolah menengah dan tinggal di asrama. 

Saya membawa ustaz Hakimi ke sebatang pokok spesis Aquilaria Malaccensis yang telah 18 bulan diinjek menggunakan IGB911. Jika sebelumnya saya menggunakan teknik selak tingkap bagi melihat kesan tindakbalas IGB. Tetapi kali ini saya memotong dahan kecil bagi melihat penularan IGB sehingga ke dahan dan ranting kecil. 

Subhanallah... Itulah ucapan yang tidak lekang di mulut ustaz Hakimi. Insya Allah Tim IGB akan bertandang ke kebun ustaz Hakimi di Gemenceh, Negeri Sembilan untuk perbincangan seterusnya bagi menginjek pokok karas Aquilaria Malaccensis beliau yang tumbuh liar didalam kebun getah miliknya yang mencecah 1 000 pokok. Subhanallah. Besar-besar pokoknya. 

Semoga ada manfaatnya. 

Monday 18 May 2015

Benarkah Anai-Anai Membunuh Pokok Karas?



Pada kunjungan saya ke Kuala Selangor, Selangor pada 16.05.2015 bagi memeriksa tindakbalas pokok karas terhadap IGB, sempat saya merakamkan gambar anai-anai yang memakan pokok karas sehingga tumbang. 

Pokok karas ini pada asalnya tetap tegak. Tetapi keseluruhan daunnya telah habis gugur dan batang pokok karas mula menampakkan kesan mati. Pokok karas ditolak dan dengan mudah terus rebah menyembah bumi. 

Saya menerima pertanyaan dari sahabat gaharu berkenaan masalah anai-anai yag dikhuatiri akan membunuh pokok karasnya. 

Jawapan saya adalah anai-anai tidak dapat membunuh pokok karas. Anai-anai hanya memakan pokok karas yang telah mati.

 Pokok mati mungkin disebabkan oleh masalah kulat yang menyerang akar pokok. Akar pokok tidak dapat menyerap air untuk diagihkan kepada pokok akibat dari disekat oleh kulat yang merebak didalam tanah dan menyerang akar pokok karas. 

Saya sendiri mempunyai pokok karas yang hidup bersebelahan busut dan sudah lebih 10 tahun ianya masih terus segar berjirankan busut. 

Semoga ada manfaatnya. 

Friday 17 April 2015

Makluman

Saya akan berada di Timur Tengah pada 18.04.2015 hingga 29.04.2015 atas beberapa urusan yang penting. 

Talian telefon saya akan ditutup sepanjang tempoh tersebut. 

Semoga terus dipermudahkanNya.