Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Thursday 20 March 2014

Teknik Injek IGB - Aquilaria Malaccensis

Baharu sahaja tadi saya dihubungi oleh rakan Facebook bertanyakan bagaimana menginokulasi pokok karas spesis Aquilaria Malaccensis. Seperti posting saya sebelumnya saya menjanjikan akan berkongsi teknik Injek IGB bagi spesis Aquilaria Malaccensis.

Cara-caranya:-

+ 1 lubang diisi sebanyak 150ml  IGB911. 

+ Setiap 10 inci ukurlilit pokok karas, gunakan 150ml IGB911. Sekiranya ukurlilit pokok karas adalah 20 inci,  buat 2 lubang bagi setiap tingkat. Cuma pastikan ke dua -dua lubang tersebut tidak bertembung di tengah-tengah. 

+ Jarak antara lubang pertama dari tanah adakah maksima 2 kaki.

+  Jarak antara tingkat pertama ke tingkat ke dua dan seterusnya adalah 4 kaki. Seeloknya tidak melebihi 5 kaki. 

= Perbezaan teknik Injek IGB bagi spesis Aquilria Malaccensis adalah pada jarak lubang antara tingkat ke 2, 3 dan seterusnya. Ini adalah kerana pokok spesis A. Malaccensis lebih mudah menyerap IGB berbanding spesis A. Subintegra dan A. Crassna. Kayu A. Malaccensis adalah lebih lembut dah lebih mudah menyerap IGB. 

Bagi pokok karas spesis Aquilaria malaccensis yang melebihi 30 inci ukurlilitnya, jumlah penggunaan IGB bagi satu lubang adalah berbeza. Insya Allah saya kongsikan kemudian. 


Saya kongsikan gambar pokok karas spesis Aquilaria Malaccensis ketika Tim Injek IGB melakukan tugas di Sepang, Selangor pada 15 Februari 2013 yang lalu. 

Semoga ada manfaatnya. 





1 comment:

  1. Saya dari Brunei ada menanam banyak juga pokok gaharu jenis Aquilaria Malaccensis yang sudah berumur 5 hinnga tujoh tahun, sukacita untuk mendapat nasihat dan penerangan lanjut mengenai inokulan Gaharu Biotech, saperti teknik meninokulasi, prosedur, harga, pembayaran dan cara pengiriman bahan IGB ke Brunei.Atau jika ada sebarang cadangan tertentu lain yang bersesuaian untuk penghasilan.
    Terima kasih.
    ABU BAKAR
    21abubak@gmail.com

    ReplyDelete