Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Saturday 28 March 2015

Teknik Cantasan Teras Mangkuk




Ketika saya ke Lenggong, Perak baru baru ini, bertemu tuan Suhaimi pemilik ladang karas. Tim Injek IGB menerima jemputan dari tuan Suhaimi untuk menginokualsi pokok karasnya nya yang melepasi usia 5 tahun. 

Sempat saya merakamkan gambar teras mangkuk yang terhasil secara alami. 

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan teras mangkuk ini. 

+ Lakukan cantasan secara kerap dan berkala. 
  Cantasan perlu dilakukan supaya pokok karas lebih besar dan tinggi. Pokok karas yang lebih besar     dan lebih tinggi menghasilkan jumlah teras gaharu  dan kayu minyak yang lebih banyak. 

+ Potong cabangnya secara rata. Bukan mengiring seperti kebiasaan yang Kita buat. 
   Potong pada kecondongan 45 darjah. 

+ Seeloknya sembur baja di tempat tunas yang bakal tumbuh bagi membantu pertumbuhan tunas yang cepat dan sihat. 

+ Untuk mempercepatkan lagi proses Teras Mangkuk terhasil, sapukan sedikit IGB ke tempat yang telah dipotong tadi. Buat setiap 3 bulan. Insya Allah ada hasilnya. 

Apabila tunas mula muncul dan semakin membesar, Teras Mangkuk yang terhasil semakin cantik. 

Semoga ada manfaatnya. 


Benarkah Harga Gaharu Begitu Mahal...


Ini lah hasil dari injek IGB711 selepas diinjek selama 2 tahun 6 bulan. Proses mencuci atau melarik kayu gaharu bagi mendapatkan teras gaharu bukanlah kerja yang mudah dan cepat. Ianya mengambil masa yang agak lama. Perlukan mood tertentu untuk melarik bagi membuang kayu kayu putih yang menyelaputi teras gaharu. Jika tidak kena moodnya teras gaharu yang dilarik tidak menjadi teras gaharu yang cantik. Akan ada yang terkopak si sana sini dan ianya akan mengurangkan kualiti sekaligus harga teras gaharu itu sendiri. 

Kemahiran melarik sangat penting bagi menghasilkan teras gaharu yang berkualiti dan memiliki harga yang diimpikan. Persoalannya  adalah berapa lama masa yang perlu diambil untuk melarik dan berapa kos upahnya. 

Kerja melarik memerlukan tenaga kerja yang mahir. Upah bagi tenaga kerja yang mahir semestinya lebih mahal dari tenaga kerja yang kurang mahir. 

Harga gaharu sangat bergantung kepada hasil kerja melarik. Walaupun teras gaharu yang dihasilkan dari inokulasi mempunyai kualiti yang sangat bagus, tetapi hanya disebabkan ianya dilarik oleh pekerja yang kurang mahir. Menyebabkan Ianya menghasilkan teras gaharu yang kurang cantik. Harganya juga kurang cantik. Hasilnya adalah teras gaharu yang kurang mahal harganya. 

Semoga ada manfaatnya. 

Sunday 22 March 2015

Teknik Takikan Sisik.



Kayu minyak yang terhasil sekepas 3 bulan menggunakan teknik Takikan Sisik. 



Teknik Takikan Sisik. 

Tanggal 24 November 2014 saya mula membuat teknik Takikan Sisik untuk mendapatkan kayu minyak dibahagian luar. Teknik ini tidak menyiat kulit. Hanya perlu menakik serperti sisik ikan dan menyapu Inokulan Gaharu Biotech (IGB) pada batang pokok karas yang ditakik. Cukup mudah dan boleh dilakukan sendiri. 

Teknik ini saya usahakan apabila menerima permintaan dari sahabat gaharu yang meminta saya menginjek pokok karasnya bagi tujuan hanya mendapatkan kayu minyak bagi keseluruhan batang pokok. 

Saya mencadangkan pokok karas diinjek menggunakan teknik Injek IGB dan digabungkan dengan teknik Takikan Sisik. Mudah-mudahan kayu minyak dapat diperolehi dari dalam dan luar batang pokok karas. Pokok karas boleh dituai untuk mendapatkan kayu minyak yang bagus selepas 10 bulan. 

Cara yang cukup mudah. 

+ Buat takikan seperti sisik ikan. 
+ Tidak perlu menyiat kulit pokoknya. Kerja lebih mudah. 
+ Sapu dengan berus ke tempat Takikan. 


Semoga ada manfaatnya. 


Friday 20 March 2015

Tanda Inokulasi Yang Gagal.


Kebelakangan ini agak sukar untuk saya menulis menggunakan ayat-ayat yang panjang-panjang. Agak sibuk dengan pelbagai aktiviti gaharu, bergaharu melalui Facebook, menjawab pertanyaan melalui sms, Whatsapp dan panggilan telefon. Nampaknya saya kena gunakan ayat-ayat yang ringkas sahaja. 

Gambar di atas menggunakan vaksin dari negara Thailand. Selepas lebih 2 tahun, lubang yang digerudi dan diisi vaksin telah tertutup rapat

Tanda-tanda inokulasi yang gagal adalah:-

+ Lubang yang digerudi telah tertutup rapat. 

+ Bila digerudi kayu didalamnya berwarna keputih putihan. 

+ Hanya kayu mereput yang ada tepat didalam lubang gerudi. 

+ Bila dibakar kayu kehitaman yang reput, tiada bau gaharu. 

Semoga ada manfaatnya. 

Wednesday 18 March 2015

Bagaimana mengetahui tanda pokok karas hilang gaharunya selepas diinjek.



Gaharu hilang sekepas 2 tahun diinokulasi. 


Pokok karas ditebuk untuk melihat samada masih ada gaharu ataupun sudah hilang. Kelihatan pokok seperti sudah ada gaharu di dalamnya. Selepas ditebuk. Kosong. 



Dalam industri gaharu, terdapat pelbagai jenis dan variasi Inokulan @ vaksin yang digunakan untuk membantu menghasilkan gaharu. Jika dikira, terdapat puluhan jenis Inokulan atau vaksin yang datang dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, kemboja dan Vietnam.

Inokulan sangat diperlukan bagi membantu pokok karas menghasilkan gaharu. Tanpa Inokulan, pokok karas yang ditanam untuk mencapai impian jutawan hanya tinggal impian yang tidak mungkin dapat dicapai. Inokulan yang bagus dapat memberi anggaran berat dan harga bagi sebatang pokok karas. 

Sungguhpun begitu, Inokulan juga telah banyak membuatkan pengusaha gaharu serik untuk menginokulasi pokok karas mereka. Puluhan ribu ringgit yang dilaburkan untuk menginokulasi pokok karas mereka hilang begitu sahaja selepas 2 tahun. 

Apakah tandanya. 

Lubang yang diinjek akan mula bertaut kembali. Jika dilihat pada lubang Injek gambar di atas, kelihatan kesan kemek pada paip. Tanda pokok karas kembali pulih dan gaharu yang baharu mula menjadi pada  6 bulan pertama hilang selepas 2 tahun diinjek. 

Nota:- gambar diatas tidak menggunakan Inokulan Gaharu Biotech - IGB. 

Semoga ada manfaatnya. 

Sunday 15 March 2015

Hasil IGB711 Selepas 2 Tahun 6 Bulan Bulan Diinjek.


Hasil teras IGB711 selepas diinjek selama 2 tahun 6 bulan. Belum sempat dicuci bersih. 



Tanggal 21 Februari 2015. Tim IGB mengambil peluang untuk melihat sendiri hasil Injek menggunakan IGB711 selepas 2 tahun 6 bulan. Pokok karas spesis Malaccensis milik seorang saudara di kampung berdekatan. Hasrat untuk membantu beliau membuat duit untuk puluhan pokok karas spesis Malaccensis sebesar sepemeluk yang tumbuh liar di dalam kebun getah miliknya. Tarikh inilah dijadualkan untuk Tim Injek IGB mula menuai hasil bagi pokok pokok karas yang di buat secara perkongsian keuntungan dengan pemilik pokok karas. 

Tahun inilah mudah mudahan membawa hasil yang menggembirakan kepada pemilik pokok karas liar yang tumbuh didalam tanah bergeran yang telah bersetuju membuat perkongsian untung dengan syarikat di bawah naungan Tim IGB. 

Telah lama kedengaran Inokulan yang terdapat dipasaran rata ratanya tidak dapat bertahan terus menerus menghasilkan gaharu sekepas usia injek melepasi 2 tahun. Adalah sesuatu yang biasa kedengaran pokok karas yang diinjek dengan vaksin @i Inokulan lain yang pulih kembali. Gaharu hilang selepas diinjek melepasi 2 tahun. 

Alhamdulillah. IGB711 terbukti terus menghasilkan gaharu selepas 2 tahun 6 bukan diinjek. Hasilnya semakin mengembirakan saya. Teras gaharu terhasil lebih hitam, keras, tebal dan berbau lebih sedap berbanding IGB311 sebelumnya. 

Semoga ada manfaatnya.