Teknik Takikan Sisik.
Tanggal 24 November 2014 saya mula membuat teknik Takikan Sisik untuk mendapatkan kayu minyak dibahagian luar. Teknik ini tidak menyiat kulit. Hanya perlu menakik serperti sisik ikan dan menyapu Inokulan Gaharu Biotech (IGB) pada batang pokok karas yang ditakik. Cukup mudah dan boleh dilakukan sendiri.
Teknik ini saya usahakan apabila menerima permintaan dari sahabat gaharu yang meminta saya menginjek pokok karasnya bagi tujuan hanya mendapatkan kayu minyak bagi keseluruhan batang pokok.
Saya mencadangkan pokok karas diinjek menggunakan teknik Injek IGB dan digabungkan dengan teknik Takikan Sisik. Mudah-mudahan kayu minyak dapat diperolehi dari dalam dan luar batang pokok karas. Pokok karas boleh dituai untuk mendapatkan kayu minyak yang bagus selepas 10 bulan.
Cara yang cukup mudah.
+ Buat takikan seperti sisik ikan.
+ Tidak perlu menyiat kulit pokoknya. Kerja lebih mudah.
+ Sapu dengan berus ke tempat Takikan.
Semoga ada manfaatnya.
No comments:
Post a Comment