Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Thursday 23 June 2011

Inokulan Gaharu Biotech -Inokulasi Selepas 5.5 bulan.

Menjelang tengah hari Ahad yang  lepas setelah pulangnya tetamu saya iaitu Tuan Shuib dan Cik Aminah Saad dari UPM, saya terus ke Pekan Lanchang untuk menyambut kedatangan Tuan suhaily dari Tampin. Kedatangan yang sememangnya ditunggu-tunggu. Setelah berehat sebentar kami terus ke tempat projek Inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Inilah antara pokok karas yang sempat dirakamkan pada pertemuan kami pada hari itu.

Inokulasi selepas 18 hari


Inokulasi selepas 38 Hari


Inokulasi selepas 5.5 bulan
Tuan Suhaily menunjukkan teras gaharu yang terbentuk dan telah merebak ke sebelah kanan pokok. 

Inokulasi selepas 5.5 bulan
Inilah hasilnya setelah 5.5 bulan suntikan menggunakan teknik suntikan bawah. Teras terbentuk dengan warna yang agak menarik hanya pada usia 5.5 bulan inokulasi. Sungguhpun begitu, jumlah inokulan yang digunakan adalah kurang dari yang sepatutnya.

Inokulasi selepas 4.5 bulan
Gambar di atas adalah teras gaharu yang terbentuk selepas 4.5 bulan disuntik menggunakan Inokulan gaharu Biotech. Jumlah inokulan yang digunakan adalah mencukupi dan bertepatan dengan formula penggunaan inokulan untuk dapatkan hasil optima seperti posting sebelumnya. Pada pertemuan saya dengan Tuan Suhaily mencetuskan idea untuk menambah baik teknik suntikan dibawah pokok dengan menambah teknik lubang udara. Secara teorinya, Inokulan Gaharu Biotech adalah diperbuat dari sejenis hidupan dan dengan memberinya lubang udara supaya ianya terus garang dan gagah menyerang pokok karas untuk menghasilkan teras gaharu dengan pantas, banyak dan berkualiti. Nantikan saya kemaskinikan posting seterusnya mengenai teknik lubang udara. Persoalannya, adakah ianya lebih baik dari teknik ketukan buluh yang agak popular sekarang ini. Sama sama kita berkongsi ilmu inokulasi. Tiada apa yang perlu disembunyikan mengenai teknik Inokulasi terbaik. Imu itu milik Allah.

Semoga ada manfaatnya.

Tuesday 21 June 2011

Inokulan Gaharu Biotech - Kenapa bayar lebih


Alhamdulillah. Inokulan Gaharu Biotech akhirnya pada hari ini dilancarkan untuk jualan. Inokulan gaharu Biotech diperbuat dari bahan organik yang selamat digunakan dan tidak beracun. Penggunaan Inokulan Gaharu Biotech tidak menyebabkan daun pokok karas kekuningan dan gugur sehingga mengganggu pembentukan resin gaharu. Pokok tetap hidup subur dan menghijau bagi menggalakkan pembentukan resin yang cepat. Ramuan Inokulan gaharu Biotech dirumus khas dengan teliti supaya pokok karas mendapat makanan dan air yang membantunya terus hidup subur meskipun dalam masa yang sama disakitkan untuk menghasilkan gaharu dengan cepat. Tindakbalas Inokulan Gaharu Biotech dapat dilihat seawal 2 minggu. Disamping teknik Inokulasi yang mudah dan murah, ianya telah diuji dan terbukti menghasilkan teras gaharu dari akar hingga ke ranting pokok.

Sempena hari pelancaran Inokulan Gaharu Biotech yang mula dibuka untuk jualan secara terbuka, kami menawarkan dengan setiap pembelian 9 liter Inokulan Gaharu Biotech, anda akan diberi percuma 1 liter. Harga adalah dikekalkan pada RM200 bagi setiap liter.

Kenapa Bayar Lebih?   Gunakanlah Inokulan Gaharu Bioteh yang telah diuji dan terbukti.

Semoga ada manfaatnya.

Gaharu Terhasil Hingga Ke Ranting


Awal pagi Ahad lepas menyaksikan kunjungan dari Encik Shuib dan Cik Aminah Saad dari UPM yang cukup terkenal dengan laman blognya  gaharuinfo.blogspot.com   Kunjungan yang sememangnya saya nantikan untuk mengutip ilmu mengenai gaharu. Setelah beberapa persiapan ringkas dibuat, kami terus ke tempat projek suntikan gaharu menggunakan Inokulan Gaharu Biotech yang tidak sampai 5 kilometer dari rumah ibu saya.



Inlah kesan serapan Inokulan Gaharu Biotech yang diserap pada paras melebihi 7 kaki dengan menggunakan teknik suntikan bawah. Usia inokulasi adalah 4 bulan. Kesan positif pembentukan gaharu mula dapat dilihat.





Ranting pokok gaharu kemudian dibelah untuk melihat kesan serapan Inokulan Gaharu Biotech. Kesan kekuningan di empulurnya menandakan Inokulan Gaharu Biotech telah diserap hingga ke hujung ranting. Gaharu mula terbentuk hasil dari bantuan ulat yang membuat lubang pada ranting tersebut. Gaharu mula terbentuk pada tempat yang paling lemah dahulu umpamanya kesan dimakan ulat dan akan merebak keseluruh empulur ranting. Ulat ini sebenarnya mengajar saya sesuatu, bagaimana memaksimakan penggunakan Inokulan Gaharu Biotech dan nenghasilkan gaharu yang maksima. Insya Allah akan saya ceritakan pada posting seterusnya.



 Inilah hasil gaharu yang terbentuk di ranting setelah dibelah. Gaharu lebih cepat terbentuk di tempat yang lemah seperti kesana tebukan ulat, paku dan seumpamanya.


Ini adalah kesan dari paku yang saya buat untuk menggantung botol yang di isi dengan Inokulan Gaharu Biotech. Gaharu terhasil kesan dari luka oleh paku. Dari sinilah timbul idea untuk membuat teknik pakuan yang dicetuskan dari kunjungan sahabat dari UPM ini. Saya rasa sungguh bertuah dengan kesudian mereka berkunjung dan tanpa lokek mencurahkan banyak ilmu gaharu kepada saya. Terima kasih En Shuib dan Cik Aminah Saad.

Untuk kupasan lain mengenainya boleh lawat laman blog    gaharuinfo.blogspot.com


Semoga ada manfaatnya.

Monday 30 May 2011

Gaharu Terhasil Hingga Ke Akar

Pada Mei 2010 saya telah melakukan suntikan ke atas beberapa batang pokok karas menggunakan teknik suntikan di pangkal pokok. Pokok karas di gambar adalah berukurlilit 38 inci telah disuntik menggunakan vaksin keluaran tempatan. Bermakna pada tarikh ini genap 1 tahun inokulasi menggunakan teknik suntikan di pangkal pokok. Sebanyak 4 lubang di pangkal pokok dibuat pada masa itu dan disuntik menggunakan vaksin  keluaran tempatan . Saya tidak mahu memperincikan mengenai hasil suntikan menggunakan vaksin keluaran tempatan tersebut. Apa yang menarik minat saya untuk dikongsi pada kali ini adalah dengan menggunakan teknik suntikan di pangkal pokok, teras gaharu boleh terhasil dengan izinNya hingga ke akar pokok karas. Bagi saya ianya sangat menarik untuk dimanfaatkan bersama kerana teras gaharu bukan hanya terhasil hingga ke dahan tetapi juga hingga ke akar. Dengan menggunakan teknik suntikan yang mudah, teras gaharu boleh terhasil bukan sahaja sampai ke dahan-dahan tetapi juga hingga ke akar pokok karas. Pastinya gaharu bergred tinggi bakal terhasil andainya menggunakan inokukan yang tepat.



Ukurlilt pokok adalah lebih kurang 38 inci. Disuntik menggunakan teknik suntikan pangkal pokok. Genap 1 tahun usia Inokulasi menggunakan vaksin keluaran tempatan.



Bahagian akar digali untuk memudahkan kerja menggerudi bagi melihat kesan serapan vaksin hingga ke akar pokok.


Akar pokok digerudi pada jarak lebih kurang 2 kaki dari pangkal pokok. Tujuannya adalah untuk menganggar sejauh mana vaksin diserap oleh akar. Dapat dilihat kesan tindakbalas vaksin hingga ke akar melalui warna kehitaman dari tempat yang digerudi.

Inilah hasil yang dikumpul dari kerja menggerudi tadi. Jelas akar telah mempunyai teras gaharu yang kehitaman.


Lubang ke 2 seterusnya digerudi pada anggaran jarak 1 kaki dari pangkal pokok.



Teras kehitaman jelas lagi ketara. Pasti teras yang terhasil bergred tinggi andai menggunakan inokulan yang tepat.

 

Lubang ke 3 digerudi di pangkal pokok. Kesan kehitaman hasil dari vaksin menandakan di pangkal pokok tersebut padat dengan teras kehitaman hasil dari vaksin yang disuntik menggunakan teknik suntikan di pangkal pokok. Sebanyak 3 lubang dibuat bagi memudahkan perbandingan dan pada pengiraan saya kesan vaksin sudah pun memenuhi keseluruhan akar pokok pada usia inokulasi 1 tahun.


Kesan vaksin yang terhasil di pangkal pokok. Teras kehitaman telah terbentuk.



Hasil yang dikumpul dan diasingkan kepada 3 bahagian untuk memudahkan anggaran pengiraan hasil yang bakal diperolehi.

Mungkin setelah melihat hasil dari teknik suntikan di pangkal pokok ini orang akan mengatakan tepuk dada tanya selera. Tetapi saya lebih suka mengatakan lihatlah, renunglah dan bertindaklah. Tindakan yang kita buat pada hari ini akan memberi petunjuk di mana kita pada masa akan datang.

Semoga ada manfaatnya.

Thursday 26 May 2011

Pilihlah Yang Termudah


Suatu petang ketika saya membeli barang keperluan anak, terpandang saya pada suratkhabar I Luv Islam terbitan Kumpulan Karangkraf  bil: 61 yang memberikan paparan berikut::

Daripada Aisyah r.a., katanya.

" Tidak pernah sama sekali Rasulullah SAW itu diberi
pemilihan antara dua macam perkara, melainkan
Baginda SAW tentu mengambil (memilih) yang termudah
antara keduanya itu, asalkan yang dianggapnya termudah
ini bukanlah merupakan suatu hal yang dosa."

"Jikalau hal itu berupa suatu dosa, maka Baginda SAW
adalah sejauh-jauh manusia daripadanya. Rasulullah SAW
juga tidak pernah
sama sekali membalas sesuatu yang ditujukan
kepada diri peribadinya, melainkan jikalau
kehormatan Allah itu dilanggar,
maka beliau SAW pasti membalasnya
semata-mata kerana mengharapkan
keredaan Allah belaka."


Saya tertarik pada satu karya tulis oleh Anwar Astuti Sari Dewi seperti link dibawah. Beliau sejelasnya menerangkan bagaimana air dibawa melalui pembuluh xilem dari sistem perakaran hingga ke daun. Teori bagaimana air diangkut ke daun diperincikan misalnya teori vital, teori tekanan akar, teori kekuatan fisika (transpirasi dan kohesi), teori kapiler dan teori tekanan atmosfer.


Mungkin teori-teori tersebut dapat membantu kita memahami bagaimana dengan hanya membuat beberapa lubang di pangkal pokok untuk tujuan inokulasi dan hasil terasnya dapat diperolehi hingga ke dahan pokok dan yang hebatnya teras juga dapat dihasilkan hingga ke akar pokok. Bermakna pokok menghasilkan teras gaharu pada tahap yang sungguh-sungguh berbaloi.

Bagi penerangan lebih lanjut mengenai Mekanisme Air Pada Tumbuhan boleh klik di link dibawah.

Semoga ada manfaatnya.




http://earlmate.files.wordpress.com/2008/06/mekanisme-air-pada-tumbuhan1.pdf


Wednesday 25 May 2011

Inokulasi Pokok Karas 100 Kaki Tinggi


Saya menerima beberapa pertanyaan berkenaan keberkesanan Inokulan Gaharu Biotech ke atas pokok gaharu liar yang bersaiz besar. Ini adalah pokok spesis Aquilaria Malaccencis berketinggian 100 kaki. Uniknya pokok gaharu ini ialah ianya berkembar dengan ukurlilit yang sama dan ketinggian yang sama. Saya mengambil gambar dari jarak yang agak jauh. Sungguhpun begitu saya masih tidak dapat mengambil gambar pokok tersebut secara jelas dan penuh. Pokok disuntik pada 03.04.2011 menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.



Pokok karas berkembar dua. Bukan rumah sahaja berkembar dua rupanya.


Ini gambar terbaik saya untuk menampakkan pucuk pokok karas. Oleh kerana terlalu tinggi, setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan.




Pokok karas seterusnya digerudi menggunakan mata bor berukuran 16 Inci panjang. Mata bor terpanjang yang dapat saya perolehi dari pembekal bagi saiz 5/8. Deruman enjin mesin drill membayangkan tiada masalah langsung untuk menggerudi pokok karas pada kedalaman melebihi 1 kaki.





Inokulan Gaharu Biotech kemudiannya diberi minum kepada pokok untuk mengasilkan teras gaharu yang diharapkan. Pada pandangan mata saya seolah olah pokok karas dikelilingi oleh pacat yang rakus.


Usia Inokulasi - 42 hari

Inilah hasil penggunaan Inokulan Gaharu Biotech pada usia 42 hari disuntik. Gambar diambil pada 15.05.2011.


Semoga ada manfaatnya.

Saturday 26 March 2011

Inokulan Gaharu Biotech



Rebutlah peluang ketika ada. Promosi istimewa bakal berakhir pada 15.04.2011. Harga promosi sekarang adalah RM200 seliter bagi pembelian 6 liter ke atas dan dapat peruma 1 liter. Bermakna dengan pembelian RM1200 dapat 7 liter. Jadi harga seliter jatuh kepada RM171. Apabila tiba tarikh 16.04.2011 iaitu pada tarikh Inokulan Gaharu Biotech dilancarkan sepenuhnya ianya dijual pada harga pengenalan RM250 seliter Peluang yang baik tidak datang sekerap yang kita sangka.

Semoga ada manfaatnya.

Friday 25 March 2011

Inokulasi Mudah Murah Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech


Hose joint dipotong dua seperti gambar di atas.


Tudung botol ditebuk menggunakan mata bor bersaiz 5/8. Hose joint yang telah dipotong dua kemudiannya dilekatkan seperti gambar di atas.


Gam disekeliling sambungan antara hose joint dan tudung botol untuk mengelakkan dari Inokulan Gaharu Biotech dari bocor.


Gam dibahagian luar juga untuk mengelakkan dari bocor. Jika inokulan yang disi ke dalam botol menitis keluar ketika proses inokukasi dijalankan, ianya akan melambatkan kerja inokulasi.


Botol yang telah siap untuk inokulasi pokok karas menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.





Bahagian bawah botol ditebuk untuk dimasukkan tali supaya memudahkan disangkut. Kemudian ditebuk lagi lubang yang sesuai untuk disumpitkan Inokulan Gaharu Biotech.

Semoga ada manfaatnya.

Tuesday 15 March 2011

Inokulan Gaharu Biotech - Diuji dan Terbukti

Inokulan Gaharu Biotech adalah antara variasi inokulan hebat yang dihasilkan di Malaysia. Formula Inokulan Gaharu Biotech ditemui pada November 2010 dan Alhamdulillah pada awal Disember 2010 telah bersedia untuk diuji pada pokok karas yang tumbuh liar yang kebanyakannya adalah spesis Aquilaria Malaccensis. Inokulan Gaharu Biotech diperbuat dari bahan organic dan selamat digunakan serta dihasilkan menggunakan kaedah biotech. 

Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech amat mudah dan murah. Teknik inokulasi yang digunakan amat mudah dan tidak memerlukan kepakaran, stamina dan peralatan yang luarbiasa. Membawa maksud kos inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech amat murah dan boleh dilakukan sendiri tanpa perlu mengupah pasukan penyuntik gaharu yang hebat. Sungguhpun ianya murah dan mudah tetapi hasilnya adalah menakjubkan.

Penghasilan resin gaharu melalui penggunaan Inokulan Gaharu Biotech ini sememangnya menakjubkan. Pada usia inokulasi 18 hari sahaja teras gaharu mula terbentuk dan mengeluarkan aroma gaharu apabila dibakar. Saat usia mencecah inokulasi mencecah 35 hari teras gaharu mula menghitam dan menjalar ke atas pada ketinggian melebihi 10 kaki. Ketika itu juga teras kehitaman mula terbentuk di akar pokok karas yang bakal menghasilkan gaharu gred super A. Pada pengiraan saya apabila usia inokulasi mencecah 1 tahun bagi pokok karas berukurlilit 40 inci teras gaharu yang terhasil adalah melebihi 8 kg. Itu adalah pengiraan minima dan saya penuh yakin teras gaharu mampat bermutu sangat tinggi bakal terhasil sehingga boleh mencecah minima 15 kg setelah mencapai tempoh matang inokulasi 2 tahun.  Pengiraan ini adalah berdasarkan pada lebih 50 batang pokok karas pelbagai ukurlilit dan ketinggian yang telah saya suntik sebelumnya. Inokulan Gaharu Biotech terbukti menghasikan teras gaharu kehitaman bermutu sangat tinggi yang berbau harum.

Harga yang ditawarkan adalah sungguh murah berbanding dengan hasil yang bakal diperolehi. Murah  kerana pelbagai kos yang biasanya diserap pada harga inokulan itu sendiri telah secara drastik berjaya dikurangkan supaya semua oang boleh memilikinya.

Inokulan Gaharu Biotech telah terbukti menghasilkan teras yang bermutu sangat tinggi. Pembuktian bergambar pasti mengujakan.



16 Hari

18 Hari

38 Hari


35 Hari


35 Hari

43 Hari


43 Hari

50 Hari



Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech adalah amat berbaloi sebagai pelaburan untuk pokok karas. Pengedar Inokulan Gaharu Biotech adalah amat dialu alukan. Tawaran menakjubkan pasti menungg.

Semoga ada manfaatnya.

Tuesday 8 March 2011

Kesan Penggunaan Inokulan Gaharu Biotech - 50 hari



Inokulasi dibuat pada 15.01.2011
Pokok karas disuntik menggunakan Inokulan gaharu Biotech pada 15.01.2011.

Kesan Penggunaan Inokulan Gaharu Biotech - 50 hari
Alhamdulillah pada 06.03.2011 saya menerima kunjungan sahabat gaharu dari Semenyih yang berminat untuk mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech.  Beliau memiliki nursery pokok gaharu sendiri di tempatnya dan mempunyai pengalaman tersendiri dalan industri gaharu. Saya dengan gembira menunjukkan teknik teknik inokulasi secara praktikal menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.  Banyak perkara yang saya sempat belajar dengannya mengenai gaharu. Dapat juga 3 batang pokok karas disuntik dan kemudian kami menakik pokok karas yang disuntik pada usia 50 hari inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Saya merakamkan gambar ini bagi menghargai kesungguhannya untuk datang bersama anak lelakinya dan anak saudaranya bagi melihat sendiri hasil penggunaan Inokulan Gaharu Biotech. Teras kecoklatan itu kemudiannya dibakar pada ketika itu juga dan Alhamdulillah terbit aroma gaharu. Terima kasih Tuan Bakri.

Semoga ada manfaatnya.

Friday 4 March 2011

Mana Pasaran Gaharu...

Tipisnya keyakinan tehadap pasaran gaharu masih melekat kemas di pemikiran ramai kalangan kita. Mungkinkah keraguan tersebut akan gugur terus atau sedikit demi sedikit atau terus melekat kukuh dipemikiran. Umum mengetahui apabila ada permintaan pasti ada penawaran. Sekiranya penawaran berkurangan harga akan meningkat. Gaharu sudah diketahui sebagai berharga mahal sehingga diumpamakan seperti emas. Harganya mahal kerana ada permintaan yang tinggi. Sekiranya tiada permintaan ke atas gaharu, bagaimana harga gaharu sebegitu tinggi. Oleh kerana gaharu yang dapat dibekalkan adalah sedikit, menyebabkan harga menjadi sangat mahal. Sedangkan harga gula pernah menjadi tinggi gara gara bekalan gula dikurangkan walhal ramai yang memintanya. Begitulah terjadinya pada gaharu. Harganya mahal atas sebab banyak permintaan dan bekalan yang ada adalah sangat terhad. Hanya 20% dari pasaran gaharu dapat dipenuhi bermakna 80% masih tidak dapat dipenuhi. Pasarannya terlalu luas. Gaharu diperlukan oleh negara negara Arab, Taiwan, Jepun dan pelbagai negara lagi dan ianya bukan setakat dibuat minyak wangi atau dibakar untuk aromanya tetapi juga untuk perubatan. Untungnya gaharu ini ialah ianya dibeli dan dipakai dan habis lalu dibeli lagi dan seterusnya. Bermakna penggunaannya berterusan dan permintaannya pasti berterusan. Tidak seperti kayu jati yang dibeli dan terus tidak dibeli lagi sebab beratus tahun tahannya. Bertuahnya kita adalah pokok gaharu tidak boleh ditanam di negara negara yang disebutkan tadi dan hanya boleh ditanam antaranya di negara kita sahaja misalnya. Itulah dikatakan tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu.

Perniagaan gaharu masih baru di negara kita. Kenapa agaknya. Tidak seperti komoditi lain seperti getah dan kelapa sawit. Kedai membeli hasil getah mudah dikunjungi dan semakin dekat dengan rumah penoreh getah. Sehinggakan sekarang akibat harga getah yang tinggi pembeli getah menawarkan perkhidmatan mengambil hasil getah secara terus di kebun getah tanpa perlu penoreh getah menghantarnya. Pembeli getah mampu menggajikan pekerja tetap yang ramai bahkan bersedia meminjamkan puluhan kereta tolak bagi memudahkan kerja mengutip hasil getah. Penoreh getah jarang berlama lama bersembang di kedai kopi dan menoreh bukan sahaja di pagi hari tetapi tengah hari, lewat petang bahkan malam hari sekalipun. Hebatnya, resit hasil jualan getah laku diunjukkan di bank tempatan untuk mendapatkan pinjaman kenderaan. Cuka getah tidak digunakan lagi sebagai pencepat proses pembekuan getah tetapi menggunakan teknologi sejenis garam. Hebat sungguh penangan getah. Perkara yang tidak pernah terfikir oleh kita 5 tahun dahulu telah terjadi sekarang. Kenapa? Kerana kita tidak pernah mahu atau tidak peduli atau malas berfikir mengenainya meskipun terdapat tanda tanda awalnya.

Begitulah senario gaharu 5 tahun akan datang. Kedai membeli gaharu yang pada masa sekarang sukar ditemui pasti dengan mudah ditemui. Getah mempunyai harga yang tinggi antara sebabnya ia tidak boleh ditiru. Begitu juga gaharu, ia tidak boleh ditiru secara sintetik. Permintaan gaharu gred A adalah sangat tinggi. Malangnya  gaharu gred A sangat sukar ditemui. Akibat sukarnya gaharu bermutu dihasilkan maka kedai yang membeli gaharu tidak muncul. Itulah sebabnya kedai gaharu tidak sebanyak kedai getah. Dengan terhasilnya pelbagai variasi inokulan yang mampu menghasilkan gaharu gred A maka pastinya masalah kedai gaharu akan selesai. Sekiranya kita mampu memenuhi permintaan gaharu gred A pasti berebut rebut peniaga gaharu akan muncul. Gaharu adalah perniagaan untung berjuta. Peniaga yang bijak pasti tidak melepaskan peluang.

Isu mutu gaharu yang dihasilkan adalah isu kritikal. Peniaga sememangnya berhak untuk memilih gaharu yang bermutu dan tidak beracun. Dahulu gaharu terhasil dengan menyapu racun paraquat di batang pokok gaharu. Ianya menyebabkan kesan racun pada gaharu lalu permintaan keatasnya berkurangan sekaligus memberi kesan menjadi harga murah. Gaharu bukan setakat dibakar tetapi turut diminum. Dengan terhasilnya inokulan tanpa bahan kimia berbahaya bermakna isu mutu gaharu hampir selesai.

Apabila inokulan tanpa kimia ditemui, penawaran gaharu gred A dapat dihasilkan bagi memenuhi permintaan maka akan wujudlah peniaga gaharu yang mencari keuntungan. Percayalah ketandusan peniaga gaharu pada masa sekarang akan menjadi seperti peniaga getah saat ini dalam 5 tahun akan datang. 

Teringat saya pada seorang motivator di radio IKIM yang mengatakan orang melayu sememangnya kreatif, jadilah melayu yang cukup kreatif mencipta kejayaan. Jangan jadi seperti pak pandir yang cukup kreatif mencipta alasan.

Dalam kesempatan ini saya mengalu alukan para peniaga gaharu agar sudi memberikan alamat kedai dan nombor telefon untuk dihubungi diruangan komen bagi para penjual dan bakal penjual gaharu menjual hasil gaharu mereka. Pandangan dari pembaca budiman amat dihargai.

Bersama memajukan Ummah.

Semoga ada manfaatnya.

Friday 25 February 2011

Kesan Penggunaan Inokulan Gaharu Biotech - 35 hari


Inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech
Pokok karas di atas disuntik menggunakan Inokulan Gaharu Biotech pada 16.01.2011



Inokulan Gaharu Biotech - 35 hari
Pada 20.02.2011 kemudiannya saya menakik pokok karas tersebut untuk melihat kesan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech pada hari ke 35. Ketara teras kehitaman telah terbentuk dengan begitu baik sekali.

Inokulan Gaharu Biotech - 35 hari

Saya terus menakik dibahagian bawah tempat yang digerudi. Pada kebiasaannya saya hanya menakik di bahagian atas lubang yang digerudi sahaja. Pada kali ini saya bertindak menakik di bahagian bawah lubang yang digerudi pula. Jelas kelihatan teras kehitaman juga telah terbentuk dan sedang menghasilkan gaharu dengan begitu baik.
Inokulan Gaharu Biotech - 35 hari
Inilah hasil penggunaan Inokulan Gaharu Biotech selepas hanya 35 hari. Teras yang ditonjolkan lebih 1 kaki panjangnya. Sebenarnya setelah diamati saya mendapati teras setinggi 10 kaki telah terbentuk. Insya Allah saya kemaskinikan hasilnya apabila mencapai usia 3 bulan inokulasi.


Semoga ada manfaatnya.

Thursday 24 February 2011

Kesan Penggunaan Inokulan Gaharu Biotech - 16 hari

Pokok karas berukurlilit 51 cm dan menggunakan 2.8 liter Inokulan Gaharu Biotech. Kulit pokok disiat sebahagiannya  pada hari disuntik untuk melihat kesan Inokulan Gaharu Biotech dari luar. Nampak jelas warna kemerahan yang agak gelap terbit dari batang pokok yang disuntik. Gambar kemudiannya diambil dari pangkal pokok karas untuk melihat kesan teras yang bakal terbentuk yang dapat dilihat dari luar.


Semoga ada manfaatnya.

Inokulan Gaharu Biotech - 16 hari  
Inokulan Gaharu biotech - 16 hari
Inokulan Gaharu Biotech - 16 hari

Tuesday 22 February 2011

Kesan Penggunaan Inokulan Gaharu Biotech - 35 hari


Gambar di atas diambil pada 02.05.2010.  Kesan takikan parang yang pada asalnya untuk menghasilkan resin gaharu. Jelas kesan semut membuat sarang di dalam batang pokok karas tersebut.

Pada 15.01.2011 saya pergi semula untuk melakukan suntikan. Pokok karas telah hampir pulih dari kecederaan dalam tempoh tidak sampai 8 bulan.





Inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech
Pokok karas kemudiannya disuntik pada 15.01.2011 menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.


Inokulan Gaharu Biotech - 35 hari
 
Saya kembali semula pada 22.02.2011 iaitu setelah 35 hari suntikan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Jika dilihat dari luar seolah olah tiada apa apa yang menarik boleh dijangkakan.

Jelas kelihatan semut masih terus damai meneruskan kehidupan di dalam batang pokok karas tersebut. Suntikan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech tidak mengganggu koloni semut melakukan tugas harian. Bermakna Inokulan Gaharu Biotech tidak menggunakan bahan kimia yang beracun atau merbahaya.

Inokulan Gaharu Biotech - 35 hari

Pokok ditakik untuk melihat kesan tindakbalas suntikan Inokulan Gaharu Biotech pada usia inokulasi 35 hari. Teras kecoklatan ketara menyembul keluar dari batang pokok karas yang disuntik,


Inokulan Gaharu Biotech - 35 hari
Gambar difokuskan lagi untuk melihat dengan lebih jelas. Teras kecoklatan telah mula terbentuk .  Agaknya gred apakah yang bakal terbentuk setelah genap usia inokulasi 2 tahun menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Mungkin sahabat boleh memberikan jawapannya.

Semoga ada manfaatnya.

Monday 24 January 2011

Heboh Heboh - Tawaran Terhad

 ANAK POKOK CANDAN GAJAH UNTUK DIJUAL 


  Menurut sebuah akhbar tempatan, candan gajah dikatakan mempunyai harga setinggi RM180,000 seilogram. Pokok candan gajah ditemui di tempat tempat tertentu sahaja dan semakin  pupus. Saya berkesempatan bertemu dengan sahabat saya orang asli di daerah Rompin, Pahang bagi mendapatkan anak pokok candan gajah dan beliau menjangkakan akan siap untuk dibekalkan kepada saya pada Februari 2011 ini. Oleh itu sekiranya ada yang berminat untu mendapatkannya bolehlah memesannya melalui ruangan komen dibawah. Saya tidak pasti samada akan meneruskan tawaran ini selepas Februari 2011 memandangkan masa yang agak terbatas kerana semakin sibuk menjalankan projek inokulasi Gaharu Biotech saya. Tawaran terhad sememangnya terhad.