Fenomena ulat menebuk batang pokok karas adalah suatu yang lumrah bagi penggiat gaharu. Gaharu bakal terhasil dari kesan tebukan ulat tersebut tetapi memakan masa yang sungguh lama untuk menghasilkan gaharu yang bergred baik.
Sekarang, dengan adanya teknologi Inokulan Gaharu Biotech kesan tebukan lubang yang dibuat oleh ulat terbukti menghasilkan gaharu dengan cepat, banyak dan bergred bagus. Gambar di atas adalah hasil gaharu yang terhasil di ranting pokok karas. Usia inokulasi baharu 4.5 bulan tetapi telah menjalar hingga ke ranting dan menyerang kesan tebukan ulat.
Lihatlah kesan serangan fungus dari teknologi Inokulan Gaharu Biotech yang terbukti menghasilkan gaharu pada tempat luka yang dibuat oleh ulat. Ianya terhasil hingga ke ranting padahal teknologi Inokulan Gaharu Biotech hanya menggunakan teknik suntikan dibawah sahaja.
Kulit pokok karas disiat untuk melihat kesan serangan fungus oleh teknologi Inokulan Gaharu Biotech dari luar. Ketara kesan kehitaman di bahagian luar hasil dari 3 tebukan ulat. Apabila dibakar semerbak bau gaharu menandakan gaharu telah mula terhasil hingga ke ranting.
Ini adalah pokok yang lain . Spesis Aquilaria agallocha. Lubang yang dibuat oleh ulat pada paras 8 kaki.
Kulit di siat untuk melihat kesan serangan Fungus dari teknologi Inokulan Gaharu Biotech. Inilah hasil dari teknologi Inokulan Gaharu Biotech pada usia inokulasi 2 bulan.
Batang pokok karas ditakik sedikit oleh Tuan Harun untuk melihat lebih jelas kesan serangan fungus dari teknologi Inokulan Gaharu Biotech. " Ini boleh jadi gred super ni " masih saya ingat katanya tempohari. Sedikit sahaja ditakiknya. Sayang katanya. Saya tersenyum akur. Dari sinilah timbul idea untuk menambah baik teknik suntikan bawah dengan menambah Teknik Lubang Ulat. Nantikan dalam posting lainnya untuk saya tunjukkan teknik Suntikan Lubang Ulat dengan turutan lubang yang tertentu untuk memaksimakan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech seterusnya mendapatkan hasil yang maksima. Yang penting ianya mudah dan murah tetapi hasilnya sangat menakjubkan. Insya Allah. Nantikan saya kemaskini kesan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech hasil dari tebukan ulat setelah usia inokulasi 4.5 bulan. Gaharu sepanjang sejengkal atau 6 inci terhasil hanya dengan satu lubang tebukan ulat.
Hasil gaharu menggunakan teknologi Inokulan Gaharu Biotech selama 22 hari. Gambar diambil pada 22.05.2011
Gambar didekatkan lagi untuk melihat dengan lebih jelas. Tidak terdapat tanda xylem mati. Bermakna gaharu terhasil adalah padat. Warna gaharu yang kecoklatan akan semakin lama semakin menghitam. Hanya 22 hari sudah menghasilkan warna gaharu yang cantik.
Inilah teknik suntikan bawah. Sungguh mudah, murah dan cepat tetapi menghasilkan gaharu yang menakjubkan. Suntikan dibuat pada 01.05.2011.
Semoga ada manfaatnya.