Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Wednesday, 13 June 2012

Hasil Inokulasi 1.5 bulan menggunakan IGB 711

Alhamdulillah... Dengan teknologi yang semakin mengkagumkan sempat saya memuatnaik gambar2 hasil menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711.


Inilah hasil menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711 hanya selepas 1.5 bulan sahaja.


Dikesempatan lain saya kemaskinikan hasil bagi tempuh yang lebih lama.


Semoga ada manfaatnya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 4 June 2012

Makluman



Pada 06.06.2012 hingga  09.06.2012 saya akan ke Phnom Penh dan Bangkok.. Talian telefon saya akan ditutup bagi tempoh tersebut. Saya dapat dihubungi semula pada 10.06.2012.

Terimak kasih.

Tuesday, 27 March 2012

Tawaran Agen Inokulan Gaharu Biotech



Alhamdulillah berkesempatan juga saya mengemaskini blog gaharucandanku ini. Dengan blog inilah terhasil begitu banyak peristiwa-peristiwa manis yang cukup menyenangkan, membahagiakan lagi mendamaikan. Melalui blog ini juga saya menerima kunjungan, panggilan suara dan SMS. Menerima kedatangan dari rakan Face Book malah saya sendiri pergi berkunjung ke tempat rakan Face Book. Ada juga yang bermula dengan Emel dan akhirnya bertemu di Lanchang. Kunjungan, panggilan telefon, panggilan Video, Face Book, Emel dan SMS bukan sahaja diterima dari Semenanjung Malaysia bahkan termasuk Sabah dan Sarawak juga dari  Indonesia. Tidak terasa penatnya apabila bercerita perihal gaharu meskipun panggilan diterima di tengah malam atau kunjungan di hujung minggu. Hinggakan sudah jadi suatu kebiasaan di petang sabtu temujanji di Lanchang, saya bertolak dari Kuantan dengan 2 jam perjalanan. Nampak agak memenatkan tetapi saya cukup gembira andai dapat menggembirakan sahabat yang datang berkunjung.

Sebelumnya saya agak sibuk dengan beberapa perkara yang perlu diselesaikan hingga hampir tiada tenaga untuk menulis sesuatu di laman blog ini.

Saya sungguh terharu apabila menerima maklumbalas dari pengguna Inokulan Gaharu Biotech yang tanpa diminta mengirim gambar menerusi emel dan Face Book hasil inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.  Sehingga ada di kalangan mereka menawarkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya ada yang ingin melihat sendiri hasil Inokulan Gaharu Biotech. Bukan sahaja di semenanjung Malaysia bahkan di Sabah, Sarawak dan Indonesia.

Sangat banyak permintaan untuk mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech yang saya terima dari negara Indonesia, Thailand juga dari Papua New Guinea. Permintaan yang tidak dapat saya penuhi tanpa melalui agen yang dilantik oleh pihak syarikat.

Justeru itu, saya menawarkan kepada syarikat-syarikat yang berminat menjadi Agen bagi mengedarkan Inokulan Gaharu Biotech di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Indonesia, Thailand dan Papua New Guinea. Semua Agen akan menerima sijil agen dari pihak syarikat saya. 

Apabila tawaran Agen diterima, semua pembelian Inokulan Gaharu Biotech hanya boleh dilakukan melalui Agen yang di lantik. Pembelian secara terus kepada saya seperti sebelumnya hanya tinggal kenangan manis. Semua pembelian MESTI  melalui agen yang dilantik.

Maka pada hari ini tanggal 27.03.2012 saya menawarkan kepada syarikat yang berninat untuk menjadi Agen Inokulan Gaharu Biotech yang telah diuji dan terbukti menghasilkan gaharu bergred A selepas 2 tahun di suntik.

Rebutlah peluang ketika ada kerana selepas ini pesanan minimum bagi menjadi Agen Inokulan Gaharu Biotech adalah 200 liter dan seterusnya meningkat kepada pesanan minimum 500 liter.


Tawaran ini adalah untuk menjadi agen IGB anda hanya perlu membuat pesanan minimum 100 liter sahaja dan ditawarkan diskaun sebanyak 20%.  - 40 %.

Hubungi saya segera di talian +6012 3790215 atau inbox di Face Book atau terus emel kepada saya. 
Saya akan emelkan tawaran harga Agen Inokulan Gaharu Biotech kepada anda.

Untuk MAKLUMAN, harga Inokulan Gaharu Biotech sekarang dinaikkan ke RM250 seliter. Tahniah kepada semua pembeli IGB sebelum ini yang telah membuat pilihan yang sangat bijak.

Tuesday, 7 February 2012

Hasil Inokulasi 10 Bulan Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech


Andai teras hitam beraroma gaharu yang di cari-cari. Mungkin di sini destinasinya. 
Teras gaharu berwarna kehitaman selepas 10 bulan Inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Sungguh harum semerbak apabila dibakar.




Spesis            :   Aquilaria Agallocha (spesis tempatan)
Ukurlilit          :  17 Inci
Usia inokulasi :  10 bulan
Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech

06.02.2012 saya gagahkan untuk melihat hasil teras selepas 10 bulan inokulasi. Agak kepenatan pada awalnya. Pokok karas ditakik sedikit untuk melihat kesan tindakbalas selepas 10 bulan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Setelah berpuashati dengan warna, kepekatan, ketebalan dan bau pada kesan takikan. Sah inilah pokok yang bakal ditumbangkan untuk ke sekian kalinya. Nampaknya tahun 2012 adalah tahun menumbangkan pokok gaharu. Tahun 2013 adalah bakal menjadi tahun menuai hasil gaharu. Insya Allah...


Posing dulu sebelum pokok gaharu ditumbangkan. Rupanya sudah 10 bulan botol tergantung disitu. Moga-moga tiada air hujan yang masuk. Air hujan yang masuk memungkinkan teras gaharu sedikit mereput.



Memulakan kerja menggali tanah di sekeliling pokok dan memutuskan akar pokok menggunakan sebatang penggali. 




Hampir separuh siap.



Alhamdulillah. Pokok karas berjaya ditumbangkan.  Teras terhasil hingga 6 kaki dari tanah. Menggunakan teknik suntikan bawah. Jika mahu lebih tinggi terasnya, suntiklah lebih tinggi.



Pokok karas di potong pada paras 5 kaki untuk memudahkan dimuat dalam kereta. Inilah kesan takikan tersebut. Hilang penat melihat hasilnya. Berbaloi sungguh. Alhamdulillah...


Gambar pertama di ambil setelah dipotong 2 pada paras 5 kaki.



Gambar terakhir sebelum diangkut pulang. Dapatkan segera Inokulan Gaharu Biotech sebelum kehabisan. Apa yang saya boleh saya janjikan adalah hasil kehitaman sama seperti dalam gambar setelah 10 bulan inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Teras adalah lebih besar pada bahagian bawah pokok bergantung teknik suntikan. Haruman sewangi gaharu. Insya Allah.

Semoga ada manfaatnya.

Monday, 6 February 2012

Tawar Tawaran - Inokulan Gaharu Biotech



Alhamdulillah. Berkat doa semua, hasil inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu semakin menggembirakan saya. Terkini saya kemaskinikan teras terhasil setelah 6 bulan inokulasi. Insya Allah minggu hadapan saya tebang sepokok lagi hasil inokulasi yang lebih lama.

Tawaran Inokulan Gaharu Biotech kembali lagi. 

1)  Bagi seluruh Semenanjung Malaysia harga adalah seperti berikut:-

1 liter RM200
9 liter ke atas harga adalah RM180 seliter.
Harga adalah termasuk kos pengangkutan

2) Bagi Sabah dan Sarawak, harga adalah seperti berikut:-

1 liter RM220 seliter
9 liter ke atas harga adalah RM200 seliter.
Harga adalah termasuk kos pengangkutan.

3) Bagi Seluruh Kalimantan, Harga adalah seperti berikut:-

1 liter RM240 seliter.
Minimum order 6 liter
Harga adalah TIDAK termasuk kos pengangkutan dari kuching ke Kalimantan.

Tawaran sah sehingga 29.02.2012 SAHAJA.

Stok semakin berkurangan. Dapatkan segera sebelum kehabisan.

Semoga dapat dimanfaatkan bersama.

Sunday, 5 February 2012

Hasil Inokulasi 6 bulan





Spesis               : Aquilaria Subintegra
Ukurlilit pokok : 11 inci
Usia Pokok      : 3 tahun
Usia Inokulasi  : 6 Bulan

Kelmarin saya sempat memeriksa hasil inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech ke atas Spesis A. Subintegra. Inilah hasilnya dan dengan dibantu tuan Fauzi pemilik pokok, Subintegra tumbang untuk dikeluarkan terasnya. Insya Allah selepas siap dibersihkan saya akan muat naik gambar teras terhasil selepas 7 bulan.

Semoga ada manfaatnya.

Sunday, 29 January 2012

Teras Terhasil Selepas 6 Bulan Inokulasi


Alhamdulillah. Sempat saya kemaskini hasil inokulasi selepas 6 bulan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.


Spesis                 : Aquilaria Malaccensis
Ukurlilir               : 11  inci
Tempoh Suntikan : 6 Bulan
Teras terhasil sehingga 6 kaki. Menggunakan teknik suntikan bawah.



Ukurlilit hanya 11 inci. Gambar pada paras 4 kaki.


Gambar pada pangkal pokok di bahagian akar.


Inilah hasil setelah 6 bulan inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Teras terhasil setinggi 6 kaki dan dipotong sepanjang 4 kaki untuk memudahkan masuk bonet kereta. Belum sempat dicuci teras sepenuhnya. Minggu hadapan dijangka ditebang sepokok lagi yang lebih besar dan lebih lama inokulasinya. Insya Allah.

Semoga ada manfaatnya.

Heboh Heboh - Kursus Gaharu Di Bandar Pusat Jengka, Pahang





Jika beberapa tahun dahulunya, agak sukar untuk mendapatkan maklumat apatah lagi ilmu dalam industri gaharu. Rata-rata menanam gaharu atas sedikit info dan tidak mendapatnya secara tepat dari guru yang tepat.

Jom pakat gi kursus gaharu di Bandar Pusat Jengka Pahang pada 25.02.2012

Maklumat lanjut boleh lawati     http://gaharuinfo.blogspot.com/ 

Tak pergi, Rugi...

Semoga dapat dimanfaatkan bersama.

Tuesday, 24 January 2012

Kesan Inokulasi 6 Bulan

Agak penat semalamnya. Mengambil kesempatan cuti Tahun Baru Cina, saya usahakan mengambil contoh dahan gaharu setelah 6 bulan inokulasi.


Inilah gambar yang sempat diambil. Kelihatan teras kecoklatan. Belum sempat keluarkan terasnya sebab ada urusan segera di Kuantan. Insya Allah saya muatnaik gambar terasnya. Dahan hanya sepanjang 2 kaki.

Semoga ada manfaatnya.

Sunday, 15 January 2012

Apakah spesis gaharu terbaik...

Saya menerima pertanyaan dari sahabat gaharu dari Indonesia apakah spesis gaharu terbaik. Agak lama untuk saya menjawabnya lantaran kesibukan tugas yang perlu dibereskan di akhir tahun 2011 ditambah dengan musim tengkujuh yang melanda bandar Kuantan. Sejuk sungguh. Hingga beberapa post yang saya rencanakan sebelumnya agak membeku. Hujan sudah semakin reda dan mentari menerjahkan sinarnya disebalik kumpulan awan yang tebal menghitam.

Pada awal penanaman gaharu yang saya usahakan secara ladang di tahun 2008. Saat tercari-cari maklumat mengenai gaharu. Langsung tiada buku mengenai gaharu di kedai-kedai buku bernama di Kuantan. Saya menyusuri jalan mencari kedai buku, bertanya sahabat dan pemilik kedai, dimana mungkin saya perolehi buku mengenai gaharu. Jawapannya hampa. Tiada sebuah buku pun ditemui yang dapat membantu saya mendapatkan maklumat tepat mengenai gaharu. Maklumat hanya diperolehi dalam internet. Forum-forum yang membincangkan mengenai gaharu dan beberapa laman blog yang mencatatkan maklumat berkaitan gaharu. Juga dari penjual benih gaharu yang turut banyak mendapatkan maklumat dari internet.

Maklumat yang diperolehi dari internet mengenai gaharu amat tidak memuaskan hati. Dari situlah saya mencuba untuk memberikan maklumat mengenai gaharu secara bergambar hasil dari sedikit pemerhatian dan pengalaman saya sendiri yang tidak seberapa ini. Lalu Alhamdulillah terhasil laman gaharucandanku.blogspot.com. Semoga ianya dapat memberikan sedikit manfaat.

Saya tertarik pada kata-kata seorang penceramah di radio IKIM suatu ketika dulu. "Seorang itu tidak dilahirkan dengan kebodohan tetapi dengan kebijaksanaan yang berbeza." Kata yang memandu saya apabila mencari sesuatu yang TERBAIK.

Sebelumnya, spesis Aquilaria subintegra dikatakan menjadi ranking terbaik gaharu. Maklumat di internet menyatakan begitu. Ramai dikalangan kita yang menanam spesis tersebut. Pokok gaharu yang ditanam secara ladang. Keghairahan untuk menjadi jutawan, tanpa sedar maka terhasil lambakan ladang gaharu spesis subintegra di Malaysia. Dari umur tanaman beberapa hari hinggalah melebihi 3 tahun. Sungguhpun begitu, ada kalangan penanam gaharu yang sungguh bijak menanam spesis Aquilaria Malaccensis yang saat ini usia tanaman melebihi 7 tahun.  


Aquilaria Subintegra

Saya merasakan spesis Subintegra ditanam secara ladang dan dicanangkan sebagai spesis terbaik mempunyai beberapa sebab. Faktor 'Hanya Ada' bibit gaharu itu sendiri adalah antaranya. Bibit spesis Subintegra dan Crassna adalah amat mudah diperolehi dan dijual pada harga yang murah. Disogok pula bahawa negara Kemboja dan Thailand telah jauh mendahului kita dari segi teknologi gaharu. Ramai yang telah percaya subintegra adalah yang terbaik. Kalau hanya bibit subintegra dan crassna yang ada dalam stok penjual bibit, masakan dikatanya pula bibit gaharu miliknya kurang berkualiti dan bukan yang terbaik.

Faktor teknologi inokulan juga memainkan peranannya. Pastinya pembeli bibit gaharu akan bertanya apa kesudahannya selepas ditanam. Inokulan apakah yang terbukti berjaya menghasilkan gaharu. Pokok gaharu tanpa inokulan pasti mengundang igauan ngeri kepada penanamnya. Beberapa tahun kebelakang, teknologi inokulan dari Thailand dikatakan adalah yang terbaik. Pembeli bibit gaharu spesis Subintegra dan Crassna di janjikan bahawa teknologi inokulan dari Thailand ini akan menyelesaikan masalah suntikan bagi menghasilkan gaharu yang menjanjikan pendapatan lumayan. Malangnya janji tesebut hilang disaat umur tanaman mencecah 3-4 tahun. Saat inokulan dari Thailand yang dijanjikan untuk disuntik entah ke mana. Business Card yang dihulurkan tatkala membeli bibit gaharu, sudah tiada dalam perkhidmatan apabila dihubungi. Syarikat yang menawarkan perkhidmatan selepas jualan tersebut tiada lagi kelibatnya dalam internet.

Akhir-akhir ini, inokulan dari negara jiran tersebut tidak lagi diyakini apatah lagi dipercaya. Inokulan yang dikatakan berjaya ditempat asalnya tetapi gagal di negara kita Malaysia. Alasan faktor cuaca, suhu, tanah, kelembapan dan sebagainya sungguh tidak dapat saya terima. Pokok dari spesis yang sama yang ditanam di Malaysia setelah disuntik menggunakan inokulan yang sama tetapi gagal memberikan hasil yang sama dan alasan tersebut diberikan bagi menyembunyikan sesuatu.

Muta'akhir ini saya ditemukan dengan beberapa penggiat gaharu dari Kelantan yang menyatakan bahawa penggiat gaharu dari Kelantan sendiri sudah hilang kenyakinan terhadap inokulan gaharu dari Thailand dan mencari inokulan alternatif yang lain. Kelantan dikatakan mempunyai pokok gaharu liar terbanyak di Malaysia dan mereka telah terlebih dahulu melalui pengalaman menyuntik gaharu dari tempat lainnya atas kelebihan berhampiran dengan negara Thailand. Andai mereka telah hilang keyakinan terhadap inokulan dari Thailand, saya berpendapat kita perlu menambil pelajaran dari fenomena ini.

Bibit gaharu spesis Subintegra dan Crassna terbukti gagah hidup di ladang. Kedapatan juga yang tumbang jika hilang pantauan. Malaccensis pula perlukan sedikit teduhan dan kurang galak jika ditanam diladang. Itu adalah keistimewaan tersendiri.

Saya percaya hukum penawaran dan permintaan akan terpakai beberapa tahun akan datang. Apabila berlaku lambakan gaharu spesis Subintegra dan Crassna. Pada masa itu gaharu spesis Malaccensis akan meniti dari bibir ke bibir. Dalam 2 tahun akan datang pemilik gaharu spesis Subintergra dan Crassna masih memperolehi hasil lumayan atas harga yang mahal sebelum lambakan bermula. Pendahulu pasti bersorak girang. Orang yang menanam secara diam dan di beri kata sinis beberapa tahun lepas akan mula mengukir senyum.

Percayalah bahawa gaharu mahal atas sebab sukarnya ditemui. Spesis Malaccensis semakin pupus sedikit demi sedikit. Usaha menanam semula secara ladang kurang menyerlah. Ditambah dengan Inokulan Gaharu Biotech yang terbukti menghasilkan teras gaharu ke atas pokok malaccensis mula tersebar. Ketika itulah penanam Malaccensis dan penyuntik gaharu liar di Malaysia mula berkotek.

Aquilaria Malaccensis

Melaka pernah menjadi pusat hasil dagangan gaharu di rantau ini. Pedagang datang dari jauh semata-mata untuk mendapatkan gaharu bernilai tinggi yang pastinya adalah Malaccensis. Ingatlah, perkataan MALACCENSIS itu adalah berasal dari perkataan MALACCA (Melaka). Insya Allah, Malaccensis akan menjadi buruan kembali. Sejarah akan berulang.

Ditambah pula dengan adanya Teknologi Inokulan Gaharu Biotech yang telah diuji dan terbukti menghasilkan gaharu bagi spesis Malaccensis. Spesis gaharu TERBAIK. Inokulan yang diolah menggunakan bahan yang halal dan diperbuat dari bahan organik. Spesis gaharu terbaik memerlukan teknologi inokulan yang TERBAIK. 

Beralihlah ke Inokulan Gaharu Biotech. Tak cuba, RUGI BESAR...

Insya Allah saya usahakan post mengenai Kenali Inokulasi Yang Gagal.

Semoga ada manfaatnya.

Monday, 2 January 2012

2011 telah berlalu 2012 kini menjelma

Tanggal 28 November 2011, Tuan Said dari Perak telah sudi bertandang ke Lanchang untuk melihat sendiri kesan Inokulan Gaharu Biotech. Agak gusar saya pada awalnya, bimbang nanti tidak dapat menyempurnakan hajat Tuan Said yang datang dari jauh. Maklumlah musim tengkujuh sedang bermula. Air sungai naik tanpa diduga. Perjalanan ke tempat projek gaharu mesti melalui jalan ditepi sungai yang biasanya ampuh bila hujan di hulu. Alhamdulillah kami selamat tiba ke tempat dihajati. Terpaksa berjalan kaki lantaran jalan terlalu becak untuk dilalui kereta. Ketenangan Tuan Said bersama adik beradik dan iparnyanya sungguh mengkagumkan saya. Cukup muafakat bagi mencapai matlamat. Sangkaan saya mungkin inilah kunjungan penutup tirai 2011 dengan 2 liter Inokulan Gaharu Biotech dibawa pulang untuk percubaan memandangkan hujan turun bagai dicurah curah.

Tanggal 17 Disember 2011, Tuan Othman dari Terengganu pula menyatakan hasrat untuk bertemu mata. Musim tengkujuh belum menunjukkan tanda reda. Kegusaran saya kembali lagi. Gusar andai tidak dapat memenuhi hajat saudara gaharu yang datang dari jauh penuh misi. Datang bersama bapa dan anak lelakinya yang masih kecil. Dalam usia muda telah mula mengenali gaharu. Cukup kental wawasannya. Alhamdulillah, misi tercapai. Saya membawanya ke tempat projek yang kedua yang kalis banjir. 3 liter Inokulan Gaharu Biotech diserahkan kepada Tuan Othman. Saya menyangkakan Tuan Othman adalah penutup tirai 2011.

Tanggal 25 Disember 2011 saya menerima panggilan dari Bapak Djoko yang menyatakan hasratnya untuk  singgah di Lanchang dan melihat sendiri hasil inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech sekembalinya dari urusan di Abu Dhabi. Saya meluahkan persetujuan saya.

Tanggal 29 Disember 2011 saya memandu dari Kuantan ke Lanchang untuk memenuhi janji saya dengan Bapak Djoko. Cuti telah diambil sebelumnya dan jam 11.00 pagi saya selamat sampai di Lanchang untuk menyambut kedatangan Bapak Djoko. Alhamdulillah jam 12.00 tengahari Bapak Djoko ditemani isterinya selamat tiba di Lanchang. Gementar dan berdebar saya saat bertemu dengan bapak Djoko. Ada ilmu hebat  yang dimiliki Bapak Djoko yang tidak saya punya. Sungguh merendah diri dan cukup halus tutur katanya.

Saya menunjukkan kepadanya hasil inokulasi dan lantaran terlalu asyik berbicara hingga saya terlupa untuk merakamkan gambar. Hanya gambar ini yang sempat dirakam. Gambar inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech selepas 7 bulan.




Alhamdulillah jam 2.00 petang Bapak Djoko mengorak langkah kembali ke hotel di Kuala Lumpur untuk meneruskan perjalanan  ke tempat tinggalnya di Kalimantan, Indonesia. Tanggal 30.12.2011 Bapak Djoko menghantar SMS kepada saya menyatakan 7 Liter Inokulan Gaharu Biotech yang dibawa telah lolos dan Alhamdulillah beliau telah selamat tiba di Kalimantan, Indonesia. Rupanya inilah kunjungan penutup tirai 2011. Tirai 2011 dilabuh dan tirai 2012 diangkat.

Saturday, 17 December 2011

Bagaimana Inokulan Gaharu Biotech bertindak

Hujan turun dengan begitu lebat sekali beberapa hari kebelakangan ini. Kedengaran di sana-sini banjir termasuk di Kuantan. Beberapa bulan yang lepas, saya menerima pertanyaan dari seorang penggiat gaharu. Katanya adakah hasil teras menggunakan Inokulan Gaharu Biotech setanding dengan teras gaharu terhasil secara alami di hutan. Saya pendamkan dahulu soalan itu kerana untuk menjawabnya saya perlu kemukakan beberapa hujah dan bukti. Keesokan harinya baharu saya dapat memberikan jawapannya. 

Alhamdulillah dengan rahmatNya dan izinNya, jawapan demi jawapan saya ketemui dan berkesempatan  juga saya berkongsi jawapan itu dalam entri ini setelah agak lama tidak menulis sesuatu.

Umum mengetahui, hasil kajian bijak pandai mengatakan bahawa gaharu terjadi akibat serangan kulat atau mikrob yang menyerang bahagian pokok karas yang lemah seperti akibat patah atau perbuatan binatang buas dan seumpamanya. Kulat atau mikrob menyerang pokok karas melalui luka dan pokok karas bertindak melawan dan akhirnya gaharu yang harum wangi terbentuk. Sungguhpun begitu, gaharu yang terhasil dari tindakbalas ini adalah dalam jumlah yang sangat sedikit berbanding saiz pokok karas. Ibarat hujan yang lebat tetapi hanya sedikit yang bertakung di tanah.

Bercerita mengenai banjir, banjir yang sangat besar telah berlaku pada zaman nabi Nuh a.s. Seperti yang dikisahkan dalam Al Quran betapa air yang Allah turunkan dari langit disertai dengan air yang keluar dari perut bumi sehingga berlakulah banjir besar atas ketetapanNya.


"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang mencurah-curah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air -mata air (di sana sini), lalu bertemulah air-air itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan (Surah Al-Qamar; 11-12)




Pada 28.11.2011 pada ketika musim tengkujuh sedang bermula, saya cuba mengintai jejak mikrob Inokulan Gaharu Biotech setelah 8.5 bulan disuntik.  Gambar diatas adalah hasil gaharu yang terbentuk setelah 8.5 bulan di suntik. Rupanya apabila hujan turun dengan lebatnya, air turut memenuhi perut pokok karas.


Dahan dipotong pada paras 8 kaki dari tanah. Bermakna pada usia suntikan 8.5 bulan, mikrob dari Inokulan Gaharu Biotech telah mula menjalar melebihi paras 8 kaki. Dahan pertama yang separuh mati adalah petanda awal pokok karas sedang diserang hebat oleh mikrob Inokulan Gaharu Biotech. Dahan tidak mati secara keseluruhan, tetapi hampir mati secara perlahan lahan. Sungguhpun begitu dapat dilihat pokok karas masih tetap subur membawa makna bahawa pokok yang sihat subur akan menghasilkan gahraru dengan lebih banyak dan bermutu.


Teras gaharu mula terbentuk. Ianya seolah gaharu yang terhasil secara alami. Tiada tanda kesan suntikan pada keliling dahan tersebut. Suntikan hanya dibuat pada pangkal pokok  karas sahaja. Apabila dibakar, harum wangi bau gaharu. Dapat dilihat, dahan pertama mati separuh sebagai petanda pokok karas sedang melawan sekuatnya lantas menghasilkan gaharu. Saya teringat pada kata seorang penggiat gaharu dari Kuala Lipis yang mengatakan betapa pokok gaharu yang hampir mati setelah lebih 2 tahun disuntik menjana wang ratusan ribu ringgit. Nampaknya itulah cabaran Inokulan Gaharu Biotech. Memberi kesakitan pada tahap optima kepada pokok karas tetapi pokok karas tetap subur melepasi tahun pertama dan hampir mati secara perlahan lahan apabila melepasi usia suntikan 2 tahun dan pulangangnya adalah gaharu harum wangi.



Keesokan paginya apabila saya memeriksa dahan tersebut, kelihatan jelas kulat warna keputihan telah membentuk.




Gambar difokuskan lagi untuk lebih jelas. Kulat yang telah lama menjalar disegenap urat pokok karas menunjukkan bentuknya.



Kulat dapat dilihat pada garisan urat pokok karas. Bermakna mikrob Inokulan Gaharu Biotech telah menjalar dan menyerang keseluruhan pokok karas. Saya yakin serangan mikrob Inokulan Gaharu Biotech dari dalam perut pokok karas akan menghasilkan resin gaharu yang banyak seperti banjir. Insya Allah.

Semoga ada manfaatnya.

Monday, 21 November 2011

Tawaran Istimewa Sempena Tahun Baru Hijrah 1433




Tawar tawaran Inokulan Gaharu Biotech kembali lagi. Harga 1 liter adalah RM200.00. Inokulan Gaharu Biotech sedia untuk dikirim ke tempat anda melalui perkhidmatan kurier ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Sempena Awal muharam yang bakal tiba hanya beberapa hari lagi saya menawarkan Inokulan Gaharu Biotech pada harga berikut:
1 botol  =  1 liter

1 Liter  =  RM200.00

Dengan setiap belian 5 liter saya tawarkan  liter  ke 6 pada harga RM80.00

Bermakna 6 liter pada harga RM1080.00
Jimat RM120.00 jika membuat tempahan sebanyak 6 liter.

Tawaran sah sehingga 01.01.2012

Hubungi saya segera untuk mendapatkan tawaran yang lebih hebat.


Semoga dapat dimanfaatkan bersama.

Aquilaria subintegra - Inokulasi selepas 4 bulan

Alhamdulillah. Sabtu lepas saya berkesempatan memeriksa kesan gaharu yang terbentuk selepas 4 bulan inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech bagi pokok gaharu spesis subintegra dan crassna.




Inilah hasil inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech selepas 4 bulan inokulasi.


Suntikan dibuat pada 02.07.2011. Klik di sini untuk entri sebelumnya bagi lebih info. Saiz pokok hanya berukurlilit 30 cm iaitu lebih kurang 11 inci  ukurlilit dan berumur 3 tahun. Jumlah inokulan hanyalah 300 ml untuk sepokok.

Gambar di ambil setelah 35 hari inokulasi. Klik di sini  untuk lebih info dari entri sebelumnya.


Inilah hasil gaharu setelah 4 bulan inokulasi bagi pokok gaharu spesis subintegra dan crassna. Warna kehitaman adalah sekata. Warna kecoklatan kelihatan berminyak menandakan gaharu berbau wangi sedang membentuk. Pada pengamatan saya, teras gaharu telah terhasil setinggi 4 kaki. Gaharu yang terhasil adalah mampat dan tidak mereput di tengah tengah. Insya Allah. Apabila cukup 6 bulan akan saya tebang untuk melihat hasilnya sekaligus membuktikan gaharu mampat terhasil dan tidak mereput di tengah tengah. Doakan kejayaan Inokulan gaharu Biotech.

Semoga ada manfaatnya dan dapat dimanfaatkan bersama.

Sunday, 6 November 2011

Gaharu Selepas 5 Bulan Inokulasi

Alhamdulillah. Akhirnya berkesempatan saya menyambung entri mengenai hasil gaharu selepas 5 bulan suntikan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Pokok gaharu hanya berukurlilit 11 inci dan masih belum cukup matang untuk menghasilkan gaharu yang bermutu. Boleh klik   di sini   untuk lebih info.

Sungguhpun begitu teras yang terhasil di bahagian akar sangat menarik untuk dikongsi. Warna kehitaman semakin pekat dan menarik. Ukurlilit batang pokok dibahagian akar adalah 13 inci sahaja.




Baharu hari ini sempat separuh di cuci untuk mengeluarkan terasnya setelah lebih 2 bulan di tebang.


Teras gaharu kehitaman dan warna yang semakin menarik.


Sekadar untuk dikongsi bersama. Urat gaharu yang terhasil agak menggembirakan saya untuk pokok gaharu berukurlilit 11 inci.


Ditengah tengah teras ada tanda kehitaman. Bermakna ianya semakin merebak dan menghitam apabila cukup tempohnya. Seeloknya ditunggu sehingga 2 tahun untuk hasil teras yang membanggakan.


Warna kehitaman di bahagian akar. Adakah ia akan merebak hingga ke akar dalam masa 2 tahun? Itulah cabarannya... Cadangan saya... bagi menghasilkan teras gaharu yang lebih baik seeloknya suntikan dibuat pada pokok gaharu berukurlilit 20 inci ke atas terutamanya pokok gaharu spesis tempatan. Pokok gaharu yang matang menghasilkan teras gaharu yang lebih baik dan bermutu tinggi.

Tuesday, 18 October 2011

Promosi Inokulan Gaharu Biotech



Alhamdulillah. Tawaran sehingga 15.10.2011 telah tamat. Inilah bulan paling sibuk saya menyiapkan tempahan dari utara semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak. Penghantaran terbanyak adalah ke Sarawak. Ratusan liter Inokulan Gaharu Biotech telah selamat sampai. Alhamdulillah. Terima kasih atas tempahan yang dibuat oleh pelabur gaharu.

Seperti dijanjikan saya menawarkan harga Inokulan Gaharu Biotech pada harga RM200 seliter. Bagi menghargai kesungguhan penggiat gaharu mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech pada tempoh promosi, tawaran harga Inokulan Gaharu Biotech adalah RM 200 seliter.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech, silalah hubungi atau SMS saya ditalian dibawah. Stok Inokulan Gaharu Biotech bagi bulan ini semakin berkurangan meskipun saya telah menambahkan stoknya 3 kali ganda berbanding sebelumnya. Saya tidak menjangkakan sambutan sedemikian hebat sehingga memaksa saya menyiapkan tempahan sehingga jam 12.30 malam hampir setiap hari sepanjang tempoh tawaran.

Terima kasih semua.

Pelaburan bijak pelaburan gaharu.

Semoga dapat dimanfaatkan bersama.

Hasil Teknik Lubang Udara - 1.5 bulan



Alhamdulillah. Dengan izin dan rahmatNya dapat saya menyambung entri mengenai hasil teknik lubang udara. Teknik ini hanya menebuk lubang yang kecil tanpa diisi inokulan. Menggerudi mendatar atau sedikit menegak ke atas. Bertujuan supaya air hujan tidak bertakung di dalam lubang. Hanya perlukan udara untuk memenuhi lubang bagi membantu mikrob Inokulan Gaharu Biotech terus hidup dan menyerang tempat yang lemah.

Pokok gaharu telah disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech bagi menghasilkan teras dalam masa 2 tahun. Kaedah suntikan ini matlamatnya hanya menghasilkan teras. Saya menerima beberapa pertanyaan dari sahabat gaharucandanku dan Facebook adakah Inokulan Gaharu Biotech mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh 4 bulan. Bermakna kayu minyak adalah minatnya. Akhirnya saya memahami maksud keperluan dan kehendak manusia adalah berbeza. Seperti Sajak Palestin Itu Jauh dari Kita yang membawa maksud derita itu juga berbeza maknanya.

Hasil kayu minyak boleh diperolehi dalam masa yang singkat. Dalam 4 bulan misalnya sudah boleh menuai hasil dan menampung pelaburan yang telah dibuat bagi mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech. Lalu hasil tuaian kayu minyak itu dapat digunakan untuk mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech bagi mendapatkan teras untuk pokok gaharu yang lain. Wang hasil jualan kayu minyak dapat dibuat modal pusingan untuk pelaburan gaharu seterusnya.

Memahami keperluan dan kehendak manusia adalah berbeza maka saya usahakan dahulu teknik suntikan lubang udara. Keperluan saya adalah pada terasnya dan kehendak saya adalah kayu minyaknya. Walhal ada kalangan kita yang keperluannya adalah kayu minyak dan teras adalah bonus.



Inilah pokok gaharu yang telah dibuat teknik lubang udara pada bulan ramadhan baru-baru ini. Oleh kerana kerja-kerja suntikan ditangguhkan pada bulan tersebut, saya mengambil kesempatan untuk melakukan teknik lubang udara.


Sekadar membuktikan daun gaharu tidak gugur setelah disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech. Inokulan ini diadun dengan baja organik bagi membantu pokok gaharu terus subur kerana pokok gaharu yang subur menghasilkan gaharu dengan lebih banyak, pantas dan bermutu.



Tunas yang tumbuh menandakan ianya mengalami gangguan hasil dari tindakbalas suntikan Inokulan Gaharu Biotech. Juga memberi gambaran tempoh suntikan.  Juga memberi tanda gaharu sedang dihasilkan.



Seperti biasa abang saya menakik dan saya merakam kerja menakik gaharu. Klik klik...  Seperti cerita Wonder pets.." Apa yang penting?  kerjasama...".


Inlah hasilnya. Teknik lubang udara tanpa disuntik Inokulan didalamnya telah menbentuk gaharu. Alhamdulillah.


Kulit disiat untuk menyerlahkan hasil teknik lubang udara.


Gambar difokuskan lebih dekat untuk gambaran yang lebih jelas.


Jarak lubang yang digerudi adalah 4 inci. Nampaknya kena buat jarak 2 inci supaya lebih cepat bersambung.


Kulit disiat lagi. Semuanya untuk dikongsi bersama.




Inilah gambarannya jika disiat sekeliling pokok gaharu. Gaharu telah menyerlahkan diri hingga ke bahagian luar . Ini adalah hasil setelah 1.5 bulan dibuat teknik lubang udara. Bermakna jika kena tekniknya gaharu terhasil dari teras hingga keseluruhan batang pokok. Mungkinkah???  Insya Allah.  Tiada yang mustahil bagi Allah.

Apa yang boleh diperbaiki dari teknik di atas adalah lubang digerudi dengan mata gerudi yang kecil sahaja pada jarak 2 inci ke atas dan ke kanan.

Akhirnya bagi memenuhi keperluan kayu minyak saya mencadangkan 13 alternatif:-

1. Pokok disuntik dengan Inokulan Gaharu Bioteh tanpa disiat kulit luar dan ditambah teknik berikut::-

1.1  Teknik lubang udara sahaja
1.2  Takikan parang sahaja.
1.3  Gabungan teknik lubang udara dan takikan parang serentak.

2. Pokok disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech dan kulit luar disiat sebahagian ditambah dengan teknik berikut:-

2.1 Teknik lubang udara sahaja
2.2 Takikan parang sahaja.
2.3 gabungan teknik lubang udara dan teknik parang serentak.

3.  Pokok disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech  tanpa disiat kulit luar dan ditambah teknik berikut::

3.1  Teknik lubang udara sahaja dan disapu inokulan.
3.2  Takikan parang sahaja dan disapu inokulan.
3.3  Gabungan teknik lubang udara dan teknik takikan parang dan disapu dengan inokulan.

4.  Pokok disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech dan disiat kulit luar dan ditambah teknik berikut:-

4.1  Teknik lubang udara sahaja dan disapu inokulan.
4.2  Takikan parang sahaja dan disapu inokulan.
4.3  Gabungan teknik lubang udara dan teknik takikan parang dan disapu dengan inokulan.

5. Pokok tidak disuntik dan hanya melakukan teknik lubang udara dan takikan parang lalu disapu bahagian luar dengan Inokulan Gaharu Biotech.

Perghhh...  banyaknya alternatif. Ada sesiapa boleh bantu saya...

Insya Allah saya usahakan entri teknik sebaik mungkin untuk hasilkan kayu minyak.

Semoga ada manfaatnya.

Monday, 17 October 2011

Sajak Palestin Itu Jauh Dari KIta


Agak lama untuk saya mendapatkan penukil sajak ini. Pada mulanya saya terdengar dari radio IKIM dalam perjalanan ke tempat kerja. Sajak yang menyentuh hati saya betapa istilah derita itu sungguh berbeza dari kita. Bacalah Sajak Palestin Itu Jauh Dari kita..

Palestin itu jauh dari kita
Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
Siapakah kita berbanding mereka?
25 May 06
Muharikah

http://muharikah.wordpress.com/2009/01/12/sajak-lagi-2/#comment-4493


Sungguh teruja. Mungkin pada entri lain saya menulis sajak mengenai gaharu pula.. Terima kasih muharikah..

Semoga ada manfaatnya...