Alhamdulillah. Dengan izin dan rahmatNya berkesempatan juga saya mengemaskini kesan teknik suntikan bawah menggunakan teknologi Inokulan Gaharu Biotech. Teknologi Inokulan Gaharu Biotech adalah penemuan satu teknologi menggunakan mikrob yang terpilih dan dibiakkan mengikut kaedah bioteknologi dan ditambah dengan arahan-arahan tertentu untuk menyerang pokok karas bagi menghasilkan resin gaharu dengan pantas, banyak dan bergred tinggi hingga ke gred super. Matlamatnya adalah untuk menghasilkan gaharu yang bermutu sebaik gaharu alami. Iaitu gaharu bergred super yang terhasil dari tindakbalas secara alami di habitat asalnya. Secara alaminya ia terhasil akibat luka-luka tertentu yang diakibatkan oleh binatang atau panahan petir atau patah yang akhirnya dijangkiti microb tertentu sehingga menghasilkan gaharu bergred super. Disinilah letak pentingnya microb dalam membantu menhasilkan resin bergred super. Saya penuh berkeyakinan bahawa dengan menggunakan mikrob tertentu dan dibiakkan dengan kaedah tertentu dan disuntik ke dalam pokok karas dengan teknik suntikan tertentu akan berjaya menghasil gaharu bergred super sepertimana terhasilnya gaharu bergred super secara alami.
Gambar di atas adalah kesan tebukan lubang oleh ulat. Lubang tersebut tidak di isi sebarang inokulan. Inokulasi telah dibuat menggunakan teknik suntikan bawah. Inokulan Gaharu Biotech telah disuntik pada pokok karas ini kira-kira 3 bulan yang lepas.
Kesan tebukan ulat tersebut ditakik untuk melihat sejauh manakah merebaknya serangan Inokulan Gaharu Biotech.
Lihatlah kesan serangan Inokulan Gaharu Biotech. Hanya dengan satu lubang kecil sahaja telah menghasilkan gaharu sepanjang sejengkal iaitu 7 inci panjang. Apa yang dapat saya pelajari dari pengalaman ini adalah penemuan teknik lubang ulat (sebelumnya saya namakan lubang udara). Sekiranya diolah dengan baik jarak dan teknik tebukan menggunakan mata bor yang kecil iaitu hanya sebesar lubang tebukan ulat , saya berkeyakinan penuh ianya akan menghasilkan teras gaharu yang begred tinggi, padat dan banyak bahkan hingga keseluruhan batang, akar dan ranting. Insya Allah. Nantikan saya kemaskinikan teknik lubang ulat dengan jarak tebukan tertentu pada posting akan datang.
Ada yang bertanya kepada saya bagaimana dengan hanya menebuk lubang kecil tanpa disuntik inokulan pada lubang tersebut akan menghasilkan gaharu sepanjang sejengkal. Ajaibnya. Mudah sahaja jawapannya. Dengan menggunakan teknik suntikan bawah, microb dari Inokulan Gaharu Biotech merebak dari akar hingga ke ranting. Bermakna keseluruhan pokok diresapi oleh microb. Inokulan Gaharu Biotech adalah menggunakan microb iaitu sejenis hidupan. Hidupan memerlukan udara untuk terus hidup gagah. Microb yang ada dalam Inokulan Gaharu Biotech dengan arahan-arahan tertentu akan menyerang dengan ganas tempat yang luka dahulu. Ditambah dengan adanya lubang udara yang membantu microb ini terus hidup dan meyerang tanpa henti lantas terhasil gaharu yag bergred tinggi.
Apabila saya mengatakan microb yang ada di dalam Inokulan Gaharu Biotech diberi arahan-arahan tertentu untuk menyerang dengan ganas untuk menghasilkan gaharu yang begred tinggi dengan pantas dan banyak, sesungguhnya saya bermaksud begitu. Insya Allah dalam posting seterusnya akan saya rungkaikan sebaiknya.
Semoga ada manfaatnya.