Hujan turun dengan begitu lebat sekali beberapa hari kebelakangan ini. Kedengaran di sana-sini banjir termasuk di Kuantan. Beberapa bulan yang lepas, saya menerima pertanyaan dari seorang penggiat gaharu. Katanya adakah hasil teras menggunakan Inokulan Gaharu Biotech setanding dengan teras gaharu terhasil secara alami di hutan. Saya pendamkan dahulu soalan itu kerana untuk menjawabnya saya perlu kemukakan beberapa hujah dan bukti. Keesokan harinya baharu saya dapat memberikan jawapannya.
Alhamdulillah dengan rahmatNya dan izinNya, jawapan demi jawapan saya ketemui dan berkesempatan juga saya berkongsi jawapan itu dalam entri ini setelah agak lama tidak menulis sesuatu.
Umum mengetahui, hasil kajian bijak pandai mengatakan bahawa gaharu terjadi akibat serangan kulat atau mikrob yang menyerang bahagian pokok karas yang lemah seperti akibat patah atau perbuatan binatang buas dan seumpamanya. Kulat atau mikrob menyerang pokok karas melalui luka dan pokok karas bertindak melawan dan akhirnya gaharu yang harum wangi terbentuk. Sungguhpun begitu, gaharu yang terhasil dari tindakbalas ini adalah dalam jumlah yang sangat sedikit berbanding saiz pokok karas. Ibarat hujan yang lebat tetapi hanya sedikit yang bertakung di tanah.
Bercerita mengenai banjir, banjir yang sangat besar telah berlaku pada zaman nabi Nuh a.s. Seperti yang dikisahkan dalam Al Quran betapa air yang Allah turunkan dari langit disertai dengan air yang keluar dari perut bumi sehingga berlakulah banjir besar atas ketetapanNya.
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang mencurah-curah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air -mata air (di sana sini), lalu bertemulah air-air itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan (Surah Al-Qamar; 11-12)
Pada 28.11.2011 pada ketika musim tengkujuh sedang bermula, saya cuba mengintai jejak mikrob Inokulan Gaharu Biotech setelah 8.5 bulan disuntik. Gambar diatas adalah hasil gaharu yang terbentuk setelah 8.5 bulan di suntik. Rupanya apabila hujan turun dengan lebatnya, air turut memenuhi perut pokok karas.
Dahan dipotong pada paras 8 kaki dari tanah. Bermakna pada usia suntikan 8.5 bulan, mikrob dari Inokulan Gaharu Biotech telah mula menjalar melebihi paras 8 kaki. Dahan pertama yang separuh mati adalah petanda awal pokok karas sedang diserang hebat oleh mikrob Inokulan Gaharu Biotech. Dahan tidak mati secara keseluruhan, tetapi hampir mati secara perlahan lahan. Sungguhpun begitu dapat dilihat pokok karas masih tetap subur membawa makna bahawa pokok yang sihat subur akan menghasilkan gahraru dengan lebih banyak dan bermutu.
Teras gaharu mula terbentuk. Ianya seolah gaharu yang terhasil secara alami. Tiada tanda kesan suntikan pada keliling dahan tersebut. Suntikan hanya dibuat pada pangkal pokok karas sahaja. Apabila dibakar, harum wangi bau gaharu. Dapat dilihat, dahan pertama mati separuh sebagai petanda pokok karas sedang melawan sekuatnya lantas menghasilkan gaharu. Saya teringat pada kata seorang penggiat gaharu dari Kuala Lipis yang mengatakan betapa pokok gaharu yang hampir mati setelah lebih 2 tahun disuntik menjana wang ratusan ribu ringgit. Nampaknya itulah cabaran Inokulan Gaharu Biotech. Memberi kesakitan pada tahap optima kepada pokok karas tetapi pokok karas tetap subur melepasi tahun pertama dan hampir mati secara perlahan lahan apabila melepasi usia suntikan 2 tahun dan pulangangnya adalah gaharu harum wangi.
Keesokan paginya apabila saya memeriksa dahan tersebut, kelihatan jelas kulat warna keputihan telah membentuk.
Gambar difokuskan lagi untuk lebih jelas. Kulat yang telah lama menjalar disegenap urat pokok karas menunjukkan bentuknya.
Kulat dapat dilihat pada garisan urat pokok karas. Bermakna mikrob Inokulan Gaharu Biotech telah menjalar dan menyerang keseluruhan pokok karas. Saya yakin serangan mikrob Inokulan Gaharu Biotech dari dalam perut pokok karas akan menghasilkan resin gaharu yang banyak seperti banjir. Insya Allah.
Semoga ada manfaatnya.