Alhamdulillah. Dengan izin dan rahmatNya dapat saya menyambung entri mengenai hasil teknik lubang udara. Teknik ini hanya menebuk lubang yang kecil tanpa diisi inokulan. Menggerudi mendatar atau sedikit menegak ke atas. Bertujuan supaya air hujan tidak bertakung di dalam lubang. Hanya perlukan udara untuk memenuhi lubang bagi membantu mikrob Inokulan Gaharu Biotech terus hidup dan menyerang tempat yang lemah.
Pokok gaharu telah disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech bagi menghasilkan teras dalam masa 2 tahun. Kaedah suntikan ini matlamatnya hanya menghasilkan teras. Saya menerima beberapa pertanyaan dari sahabat gaharucandanku dan Facebook adakah Inokulan Gaharu Biotech mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh 4 bulan. Bermakna kayu minyak adalah minatnya. Akhirnya saya memahami maksud keperluan dan kehendak manusia adalah berbeza. Seperti Sajak Palestin Itu Jauh dari Kita yang membawa maksud derita itu juga berbeza maknanya.
Hasil kayu minyak boleh diperolehi dalam masa yang singkat. Dalam 4 bulan misalnya sudah boleh menuai hasil dan menampung pelaburan yang telah dibuat bagi mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech. Lalu hasil tuaian kayu minyak itu dapat digunakan untuk mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech bagi mendapatkan teras untuk pokok gaharu yang lain. Wang hasil jualan kayu minyak dapat dibuat modal pusingan untuk pelaburan gaharu seterusnya.
Memahami keperluan dan kehendak manusia adalah berbeza maka saya usahakan dahulu teknik suntikan lubang udara. Keperluan saya adalah pada terasnya dan kehendak saya adalah kayu minyaknya. Walhal ada kalangan kita yang keperluannya adalah kayu minyak dan teras adalah bonus.
Inilah pokok gaharu yang telah dibuat teknik lubang udara pada bulan ramadhan baru-baru ini. Oleh kerana kerja-kerja suntikan ditangguhkan pada bulan tersebut, saya mengambil kesempatan untuk melakukan teknik lubang udara.
Sekadar membuktikan daun gaharu tidak gugur setelah disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech. Inokulan ini diadun dengan baja organik bagi membantu pokok gaharu terus subur kerana pokok gaharu yang subur menghasilkan gaharu dengan lebih banyak, pantas dan bermutu.
Tunas yang tumbuh menandakan ianya mengalami gangguan hasil dari tindakbalas suntikan Inokulan Gaharu Biotech. Juga memberi gambaran tempoh suntikan. Juga memberi tanda gaharu sedang dihasilkan.
Seperti biasa abang saya menakik dan saya merakam kerja menakik gaharu. Klik klik... Seperti cerita Wonder pets.." Apa yang penting? kerjasama...".
Inlah hasilnya. Teknik lubang udara tanpa disuntik Inokulan didalamnya telah menbentuk gaharu. Alhamdulillah.
Kulit disiat untuk menyerlahkan hasil teknik lubang udara.
Gambar difokuskan lebih dekat untuk gambaran yang lebih jelas.
Jarak lubang yang digerudi adalah 4 inci. Nampaknya kena buat jarak 2 inci supaya lebih cepat bersambung.
Kulit disiat lagi. Semuanya untuk dikongsi bersama.
Inilah gambarannya jika disiat sekeliling pokok gaharu. Gaharu telah menyerlahkan diri hingga ke bahagian luar . Ini adalah hasil setelah 1.5 bulan dibuat teknik lubang udara. Bermakna jika kena tekniknya gaharu terhasil dari teras hingga keseluruhan batang pokok. Mungkinkah??? Insya Allah. Tiada yang mustahil bagi Allah.
Apa yang boleh diperbaiki dari teknik di atas adalah lubang digerudi dengan mata gerudi yang kecil sahaja pada jarak 2 inci ke atas dan ke kanan.
Akhirnya bagi memenuhi keperluan kayu minyak saya mencadangkan 13 alternatif:-
1. Pokok disuntik dengan Inokulan Gaharu Bioteh tanpa disiat kulit luar dan ditambah teknik berikut::-
1.1 Teknik lubang udara sahaja
1.2 Takikan parang sahaja.
1.3 Gabungan teknik lubang udara dan takikan parang serentak.
2. Pokok disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech dan kulit luar disiat sebahagian ditambah dengan teknik berikut:-
2.1 Teknik lubang udara sahaja
2.2 Takikan parang sahaja.
2.3 gabungan teknik lubang udara dan teknik parang serentak.
3. Pokok disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech tanpa disiat kulit luar dan ditambah teknik berikut::
3.1 Teknik lubang udara sahaja dan disapu inokulan.
3.2 Takikan parang sahaja dan disapu inokulan.
3.3 Gabungan teknik lubang udara dan teknik takikan parang dan disapu dengan inokulan.
4. Pokok disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech dan disiat kulit luar dan ditambah teknik berikut:-
4.1 Teknik lubang udara sahaja dan disapu inokulan.
4.2 Takikan parang sahaja dan disapu inokulan.
4.3 Gabungan teknik lubang udara dan teknik takikan parang dan disapu dengan inokulan.
5. Pokok tidak disuntik dan hanya melakukan teknik lubang udara dan takikan parang lalu disapu bahagian luar dengan Inokulan Gaharu Biotech.
Perghhh... banyaknya alternatif. Ada sesiapa boleh bantu saya...
Insya Allah saya usahakan entri teknik sebaik mungkin untuk hasilkan kayu minyak.
Semoga ada manfaatnya.