Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Monday, 21 November 2011

Aquilaria subintegra - Inokulasi selepas 4 bulan

Alhamdulillah. Sabtu lepas saya berkesempatan memeriksa kesan gaharu yang terbentuk selepas 4 bulan inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech bagi pokok gaharu spesis subintegra dan crassna.




Inilah hasil inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech selepas 4 bulan inokulasi.


Suntikan dibuat pada 02.07.2011. Klik di sini untuk entri sebelumnya bagi lebih info. Saiz pokok hanya berukurlilit 30 cm iaitu lebih kurang 11 inci  ukurlilit dan berumur 3 tahun. Jumlah inokulan hanyalah 300 ml untuk sepokok.

Gambar di ambil setelah 35 hari inokulasi. Klik di sini  untuk lebih info dari entri sebelumnya.


Inilah hasil gaharu setelah 4 bulan inokulasi bagi pokok gaharu spesis subintegra dan crassna. Warna kehitaman adalah sekata. Warna kecoklatan kelihatan berminyak menandakan gaharu berbau wangi sedang membentuk. Pada pengamatan saya, teras gaharu telah terhasil setinggi 4 kaki. Gaharu yang terhasil adalah mampat dan tidak mereput di tengah tengah. Insya Allah. Apabila cukup 6 bulan akan saya tebang untuk melihat hasilnya sekaligus membuktikan gaharu mampat terhasil dan tidak mereput di tengah tengah. Doakan kejayaan Inokulan gaharu Biotech.

Semoga ada manfaatnya dan dapat dimanfaatkan bersama.

Sunday, 6 November 2011

Gaharu Selepas 5 Bulan Inokulasi

Alhamdulillah. Akhirnya berkesempatan saya menyambung entri mengenai hasil gaharu selepas 5 bulan suntikan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Pokok gaharu hanya berukurlilit 11 inci dan masih belum cukup matang untuk menghasilkan gaharu yang bermutu. Boleh klik   di sini   untuk lebih info.

Sungguhpun begitu teras yang terhasil di bahagian akar sangat menarik untuk dikongsi. Warna kehitaman semakin pekat dan menarik. Ukurlilit batang pokok dibahagian akar adalah 13 inci sahaja.




Baharu hari ini sempat separuh di cuci untuk mengeluarkan terasnya setelah lebih 2 bulan di tebang.


Teras gaharu kehitaman dan warna yang semakin menarik.


Sekadar untuk dikongsi bersama. Urat gaharu yang terhasil agak menggembirakan saya untuk pokok gaharu berukurlilit 11 inci.


Ditengah tengah teras ada tanda kehitaman. Bermakna ianya semakin merebak dan menghitam apabila cukup tempohnya. Seeloknya ditunggu sehingga 2 tahun untuk hasil teras yang membanggakan.


Warna kehitaman di bahagian akar. Adakah ia akan merebak hingga ke akar dalam masa 2 tahun? Itulah cabarannya... Cadangan saya... bagi menghasilkan teras gaharu yang lebih baik seeloknya suntikan dibuat pada pokok gaharu berukurlilit 20 inci ke atas terutamanya pokok gaharu spesis tempatan. Pokok gaharu yang matang menghasilkan teras gaharu yang lebih baik dan bermutu tinggi.

Tuesday, 18 October 2011

Promosi Inokulan Gaharu Biotech



Alhamdulillah. Tawaran sehingga 15.10.2011 telah tamat. Inilah bulan paling sibuk saya menyiapkan tempahan dari utara semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak. Penghantaran terbanyak adalah ke Sarawak. Ratusan liter Inokulan Gaharu Biotech telah selamat sampai. Alhamdulillah. Terima kasih atas tempahan yang dibuat oleh pelabur gaharu.

Seperti dijanjikan saya menawarkan harga Inokulan Gaharu Biotech pada harga RM200 seliter. Bagi menghargai kesungguhan penggiat gaharu mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech pada tempoh promosi, tawaran harga Inokulan Gaharu Biotech adalah RM 200 seliter.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech, silalah hubungi atau SMS saya ditalian dibawah. Stok Inokulan Gaharu Biotech bagi bulan ini semakin berkurangan meskipun saya telah menambahkan stoknya 3 kali ganda berbanding sebelumnya. Saya tidak menjangkakan sambutan sedemikian hebat sehingga memaksa saya menyiapkan tempahan sehingga jam 12.30 malam hampir setiap hari sepanjang tempoh tawaran.

Terima kasih semua.

Pelaburan bijak pelaburan gaharu.

Semoga dapat dimanfaatkan bersama.

Hasil Teknik Lubang Udara - 1.5 bulan



Alhamdulillah. Dengan izin dan rahmatNya dapat saya menyambung entri mengenai hasil teknik lubang udara. Teknik ini hanya menebuk lubang yang kecil tanpa diisi inokulan. Menggerudi mendatar atau sedikit menegak ke atas. Bertujuan supaya air hujan tidak bertakung di dalam lubang. Hanya perlukan udara untuk memenuhi lubang bagi membantu mikrob Inokulan Gaharu Biotech terus hidup dan menyerang tempat yang lemah.

Pokok gaharu telah disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech bagi menghasilkan teras dalam masa 2 tahun. Kaedah suntikan ini matlamatnya hanya menghasilkan teras. Saya menerima beberapa pertanyaan dari sahabat gaharucandanku dan Facebook adakah Inokulan Gaharu Biotech mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh 4 bulan. Bermakna kayu minyak adalah minatnya. Akhirnya saya memahami maksud keperluan dan kehendak manusia adalah berbeza. Seperti Sajak Palestin Itu Jauh dari Kita yang membawa maksud derita itu juga berbeza maknanya.

Hasil kayu minyak boleh diperolehi dalam masa yang singkat. Dalam 4 bulan misalnya sudah boleh menuai hasil dan menampung pelaburan yang telah dibuat bagi mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech. Lalu hasil tuaian kayu minyak itu dapat digunakan untuk mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech bagi mendapatkan teras untuk pokok gaharu yang lain. Wang hasil jualan kayu minyak dapat dibuat modal pusingan untuk pelaburan gaharu seterusnya.

Memahami keperluan dan kehendak manusia adalah berbeza maka saya usahakan dahulu teknik suntikan lubang udara. Keperluan saya adalah pada terasnya dan kehendak saya adalah kayu minyaknya. Walhal ada kalangan kita yang keperluannya adalah kayu minyak dan teras adalah bonus.



Inilah pokok gaharu yang telah dibuat teknik lubang udara pada bulan ramadhan baru-baru ini. Oleh kerana kerja-kerja suntikan ditangguhkan pada bulan tersebut, saya mengambil kesempatan untuk melakukan teknik lubang udara.


Sekadar membuktikan daun gaharu tidak gugur setelah disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech. Inokulan ini diadun dengan baja organik bagi membantu pokok gaharu terus subur kerana pokok gaharu yang subur menghasilkan gaharu dengan lebih banyak, pantas dan bermutu.



Tunas yang tumbuh menandakan ianya mengalami gangguan hasil dari tindakbalas suntikan Inokulan Gaharu Biotech. Juga memberi gambaran tempoh suntikan.  Juga memberi tanda gaharu sedang dihasilkan.



Seperti biasa abang saya menakik dan saya merakam kerja menakik gaharu. Klik klik...  Seperti cerita Wonder pets.." Apa yang penting?  kerjasama...".


Inlah hasilnya. Teknik lubang udara tanpa disuntik Inokulan didalamnya telah menbentuk gaharu. Alhamdulillah.


Kulit disiat untuk menyerlahkan hasil teknik lubang udara.


Gambar difokuskan lebih dekat untuk gambaran yang lebih jelas.


Jarak lubang yang digerudi adalah 4 inci. Nampaknya kena buat jarak 2 inci supaya lebih cepat bersambung.


Kulit disiat lagi. Semuanya untuk dikongsi bersama.




Inilah gambarannya jika disiat sekeliling pokok gaharu. Gaharu telah menyerlahkan diri hingga ke bahagian luar . Ini adalah hasil setelah 1.5 bulan dibuat teknik lubang udara. Bermakna jika kena tekniknya gaharu terhasil dari teras hingga keseluruhan batang pokok. Mungkinkah???  Insya Allah.  Tiada yang mustahil bagi Allah.

Apa yang boleh diperbaiki dari teknik di atas adalah lubang digerudi dengan mata gerudi yang kecil sahaja pada jarak 2 inci ke atas dan ke kanan.

Akhirnya bagi memenuhi keperluan kayu minyak saya mencadangkan 13 alternatif:-

1. Pokok disuntik dengan Inokulan Gaharu Bioteh tanpa disiat kulit luar dan ditambah teknik berikut::-

1.1  Teknik lubang udara sahaja
1.2  Takikan parang sahaja.
1.3  Gabungan teknik lubang udara dan takikan parang serentak.

2. Pokok disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech dan kulit luar disiat sebahagian ditambah dengan teknik berikut:-

2.1 Teknik lubang udara sahaja
2.2 Takikan parang sahaja.
2.3 gabungan teknik lubang udara dan teknik parang serentak.

3.  Pokok disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech  tanpa disiat kulit luar dan ditambah teknik berikut::

3.1  Teknik lubang udara sahaja dan disapu inokulan.
3.2  Takikan parang sahaja dan disapu inokulan.
3.3  Gabungan teknik lubang udara dan teknik takikan parang dan disapu dengan inokulan.

4.  Pokok disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech dan disiat kulit luar dan ditambah teknik berikut:-

4.1  Teknik lubang udara sahaja dan disapu inokulan.
4.2  Takikan parang sahaja dan disapu inokulan.
4.3  Gabungan teknik lubang udara dan teknik takikan parang dan disapu dengan inokulan.

5. Pokok tidak disuntik dan hanya melakukan teknik lubang udara dan takikan parang lalu disapu bahagian luar dengan Inokulan Gaharu Biotech.

Perghhh...  banyaknya alternatif. Ada sesiapa boleh bantu saya...

Insya Allah saya usahakan entri teknik sebaik mungkin untuk hasilkan kayu minyak.

Semoga ada manfaatnya.

Monday, 17 October 2011

Sajak Palestin Itu Jauh Dari KIta


Agak lama untuk saya mendapatkan penukil sajak ini. Pada mulanya saya terdengar dari radio IKIM dalam perjalanan ke tempat kerja. Sajak yang menyentuh hati saya betapa istilah derita itu sungguh berbeza dari kita. Bacalah Sajak Palestin Itu Jauh Dari kita..

Palestin itu jauh dari kita
Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
Siapakah kita berbanding mereka?
25 May 06
Muharikah

http://muharikah.wordpress.com/2009/01/12/sajak-lagi-2/#comment-4493


Sungguh teruja. Mungkin pada entri lain saya menulis sajak mengenai gaharu pula.. Terima kasih muharikah..

Semoga ada manfaatnya...

Wednesday, 28 September 2011

Harga Inokulan Gaharu Biotech Murah giler...??? Kenapa ya...




Tahun 2008 saya mula mula mengambil tahu apa itu gaharu. Tahun 2008 saya mula mendapatkan benih gaharu untuk ditanam. Tahun 2008 juga saya melakukan suntikan gaharu menggunakan vaksin berselut kecoklatan yang dikenali sebagai CBG. Harga pada masa itu adalah RM350 seliter. Beribu ringgit dihabiskan untuk suntikan pokok gaharu. Bersama impian akan merubah hidup dari tak cukup wang kepada bebas wang. 

Alhamdulillah itulah perkara yang merubah banyak jalan hidup saya kepada bebas wang. Setelah lebih 12 tahun bekerja di Kuala Lumpur. Keluar rumah gelap, balik rumah pun gelap. Bila hujung minggu berkemas pula balik kampung. Bosan hidup di kota metro. Hari Ahad asyik bercerita pasal jem dalam perjalanan lebuh raya karak hingga ke tol Gombak. Sebelum jam 5 petang mesti sudah berada dalam kenderaan pulang ke KL. Kalau tidak... masak. Jem giler. Mendaki Genting Sempah satu igauan ngeri. Kemalangan sudah terlalu acap kali dilihat di sepanjang lebuhraya Karak. Pantang hujan sedikit, saya saksikan kemalangan demi kemalangan di sepanjang lebuhraya Karak. Biasanya bukan satu atau dua kemalangan. Lebih dari itu dalam waktu yang sama. Bila tiba musim perayaan atau cuti berderet, Jem, jem, jem...itulah ceritanya.. Bergerak mesti awal. Sebelum Gelap atau dalam gelap. Tidak punya banyak masa untuk berfikir mengenai bagaimana menghadapi hari persaraan. Adakah perlu terus bekerja hingga umur 60 Tahun. Kalau bersara awal, adakah pelaburan mencukupi untuk menampung sisa-sia usia. Masa banyak dihabiskan dalam kenderaan. Tertekan dek jem...Bila tiba bulan puasa, kereta hampir tidak bergerak langsung. Berbuka dalam kereta adalah perkara biasa.

Tahun 2007 saya bertukar ke Kuantan, Pahang. Setelah lebih setahun berada di Kuantan, menghirup udara pantai yang segar. Tiada jerebu. Tiada jem. Punya banyak waktu untuk memikirkan pelan persaraan. Alhamdulillah... Syukur kepada Allah

Tahun 2009 tanaman gaharu dikebun ditumpukan. Membersih, membaja, memagar. Menegakkan pokok yang condong,tumbang, patah, mati dibaham babi. No pain no gain. Bukan senang nak senang.

Tahun 2010 saya menyuntik pokok gaharu menggunakan vaksin nano dari Thailand. Katanya pada masa itu, vaksin terbaik. Terhasil hingga ke ranting. Wow. Boleh jadi kaya ni. Saya membelinya menggunakan duit bonus. Harga seliter RM450.00. Beribu ringgit juga dihabiskan. Bonus dah lah setahun sekali. Dapat pula tu dihabiskan untuk suntik pokok gaharu. Tak apa... Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.

Tahun 2010 juga saya mencuba inokulan gaharu tempatan pada harga RM320 seliter. Beribu ringgit duit dilaburkan dengan impian  keuntungan berganda. Malangnya kesemua pelaburan inokulan-inokulan tersebut lebur. Pokok mati dan hitam yang disangkakan gaharu rupanya kayu yang memburuk. Impian bebas hutang, bersara awal umpama mimpi dalam mimpi.

Alhamdulillah pada penghujung tahun 2010 dengan rahmatNya dan izinNya saya berjaya menghasilkan Inokulan. Penemuan Inokulan yang diperbuat dari bahan organik dan tidak merbahaya apatah lagi beracun. Inokulan unik yang diadun bersama baja organik yang membantu pertumbuhan pokok gaharu yang subur bagi menghasilkan gaharu dengan lebih banyak. Inokulan Gaharu Biotech nama diberi.

Tahun 2011 saya menebarkan Inokulan Gaharu Biotech ke seluruh semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak. Saya mula membuat suntikan ke atas pokok gaharu liar di kebun kebun getah di kawasan kampung saya. Membantu orang kita yang kekurangan modal untuk membuat suntikan. Membuat perjanjian kongsi untung. Saya keluarkan tenaga kerja dan teknologi Inokulan untuk membantu pemilik pokok karas. Ratusan pokok sebesar pemeluk telah disuntik. Perkongsian untung yang sebolehnya menguntungkan orang kampung saya. Itupun ada yang meminta sehingga 50:50. Alamakkk... Pokok kalau tidak disuntik tiada gaharu, kalau disimpan lama memburuk begitu sahaja. Akhirnya siapa yang rugi...

Tahun 2011 saya menawarkan sehingga RM150.00 seliter. Harga yang sungguh tidak masuk akal. "Harga giler". Kata seorang sahabat saya pada pertemuan baru-baru ini. Harga giler bukan bermakna inokulan yang dihasilkan itu rendah mutunya. Inokulan Gaharu Biotech telah di uji dan terbukti. Menggunakan bahan organik dan tidak beracun. Harga inokulan Bio lain setakat ini adalah RM350.00  ke RM450.00 seliter. 

Tahun 2011 juga saya menjejak kesan inokulasi yang saya buat pada tahun 2008 hingga 2010. Ku sangka hitam hitam teras gaharu, bila dibakar tiada beza kayu api baunya. Pelaburan ribuan ringgit hangus begitu sahaja. Wang bonus yang dilabur pun hangusss. Bonus kalau tak cukup tahunnya jangan haraplah nak dapat.

Saya tidak dapat menjanjikan harga ini akan terus kekal pada harga serendah ini. Beberapa syarikat menyatakan minat untuk memasarkan Inokulan Gaharu Biotech ini. Peniaga yang bijak tidak akan melepaskan peluang mendapatkan keuntungan. Insya Allah dalam sebulan dua ini harga inokulan akan dinaikkan sehingga RM250.00. Harga yang ditawarkan sekarang adalah RM180 seliter dan bagi pembelian melebihi 6 liter harganya adalah RN150 seliter.. murah giler bagi  produk yang bermutu seperti Inokulan Gaharu Biotech. 

Saya telah mengalami pengalaman menyuntik pokok gaharu menggunakan wang simpanan, duit gaji yang tidak seberapa bakinya, duit bonus yang terpaksa ditunggu hingga setahun hatta pinjaman peribadi yang bertahun ansurannya. Saya memahami betapa peritnya mengumpul wang untuk membeli inokulan pada harga yang mahal. Belum dikira peralatan membuat suntikan  atau upah inokulasi. Saya pernah memimpikan pelaburan ke atas inokulan gaharu akan merubah nasib saya sekeluarga.

Justeru itulah, saya menawarkan harga Inokulan Gaharu Biotech pada harga murah giler...Harga yang tidak masuk akal untuk produk bermutu seperti Inokulan Gaharu Biotech ini. Saya telah melalui keperitan melabur wang untuk inokulan dan hangusss. SEBOLEHNYA saya usahakan supaya perkara tersebut tidak berlaku kepada anda semua.

Bersegeralah mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech kerana stok sedia ada semakin berkurangan. Hubungi atau sms saya.

Pelaburan Bijak Pelaburan Gaharu.

Semoga ada manfaatnya.

Wednesday, 21 September 2011

Gaharu terhasil dari teknik lubang udara - 2 bulan

Alhamdulillah... Akhirnya sempat juga saya mengemaskini gaharu terhasil dengan menggunakan teknik lubang udara. Pada awalnya saya menamakan teknik ini sebagai teknik lubang ulat. Rasanya teknik lubang udara adalah lebih sesuai diberi nama. Inokulan Gaharu Biotech merupakan mikrob yang membantu menghasilkan teras gaharu. Ianya merupakan sejenis hidupan dan memerlukan udara untuk terus aktif menganggu sistem dalaman pokok gaharu. Hasil tindakbalas pokok gaharu melawan serangan mikrob inilah maka teras gaharu mula membentuk. 



Lubang udara digerudi menggunakan mata gerudi yang kecil sahaja. Bagi memastikan hanya lubang udara yang terbentuk dan tidak dimasuki air, ianya digerudi sedikit menaik ke atas. Lubang yang digerudi ini tidak disuntik inokulan. Pokok gaharu ini telah disuntik Inokulan Gaharu Biotech 4 bulan yang lepas dan kemudiannya dibuat teknik lubang udara.


Setelah 2 bulan dibuat teknik lubang udara. Inilah hasilnya. Kesan jangkitan mula ketara.  Lubang udara ini tidak disuntik dengan Inokulan. Kesan suntikan 6 bulan sebelumnya menunjukkan mikrob masih aktif dan menyerang bahagian yang luka hasil dari teknik gerudi lubang udara.




Kulit disiat untuk melihat kesan jangkitan dengan lebih jelas. Hanya digerudi dengan mata gerudi yang kecil sahaja tanpa disuntik dengan inokulan. Tidak perlukan buluh atau paku. Hanya buat lubang udara sahaja sudah menghasilkan gaharu pada tempat tersebut. Bayangkan jika diolah dengan turutan lubang udara yang tertentu dan lebih banyak disekeliling pokok pastinya gaharu yang terhasil lebih banyak dan hampir menyamai gaharu yang terjadi secara alami. Insya Allah.

Apa yang dapat dikongsi disini adalah mikrob dari Inokulan Gaharu Biotech terus hidup dan sangat aktif menyerang pokok gaharu meskipun setelah 6 bulan berada didalam pokok gaharu. Hal ini sangat penting kerana sekiranya mikrob tidak aktif atau mati selepas disuntik, penghasilan gaharu juga akan berhenti. Pokok gaharu berhenti menghasilkan resin gaharu apabila tiada lagi gangguan. Gaharu akan terus terhasil selagi ada gangguan oleh mikrob. Bermakna semakin lama mikrob mengganggu sistem dalaman pokok gaharu, semakin banyak resin gaharu membentuk. Ditambah pula Inokulan Gaharu Biotech turut diisi dengan baja organik yang membantu pokok terus sihat bagi menghasilkan gaharu dengan lebih banyak dan berkualiti. Pokok yang sihat menghasilkan gaharu yang lebih banyak.

Semoga ada manfaatnya.

Tuesday, 20 September 2011

Harga Istimewa RM180.00 Seliter





Syawal hampir menghilang. Demam UPSR sudah kebah. Debaran PMR, SPM semakin laju. Beberapa bulan kemudiannya ibu ayah sibuk mencari-cari peluang anak-anak untuk menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh, Universiti, kolej dan sebagainya. Semuanya memerlukan duit. Kos untuk anak-anak menyambung pelajaran terus meningkat. Kos sewa rumah, belanja makan harian anak-anak. Cukup ke RM10.00 sehari?  Sebulan macamana? Kos buku dan alat tulis. Kos pelbagai seperti tambang balik kampung, bil telefon. Kos luar jangka seperti pakaian seragam, laptop, komputer. Kos yang sangat pelik bagi zaman ibu ayah belajar dahulu tetapi ianya merupakan kos biasa pada masa kini. Oooohhh.... KOS, KOS, KOS... Entah apa-apa kos lagi. Semuanya memerlukan duit. Dan pastinya semakin meningkat setiap tahun..

Gaharu menjanjikan pendapatan berjuta. Samada percaya atau tidak itulah realitinya. Bagi mencari jalan menyelesaikan kos pendidikan yang semakin meningkat, pelbagai cara dan gaya dibuat untuk mengatasinya. Antara caranya adalah pelaburan gaharu.

Melaburlah dalam gaharu. Andai ada pohon gaharu yang matang sepokok dua di kebun-kebun getah misalnya, suntiklah. Jika tidak disuntik mana nak dapat gaharunya. Suntiklah pokok gaharu anda dengan inokulan yang telah terbukti berkesan menghasilkan gaharu bermutu dengan pantas. Paling penting ianya pada harga yang sangat ekonomi. Pelaburan pada inokulan yang terbukti berkesan pada harga sungguh ekonomi menjanjikan pulangan yang cukup berbaloi.

Inokulan Gaharu Biotech di rumus menggunakan bahan-bahan organik yang selamat digunakan. Ianya terbukti berkesan menghasilkan gaharu dan paling pentingnya diperbuat dari bahan yang suci lagi halal. Inokulan ini adalah sangat lembut pada tangan, tidak membawa mudharat kepada kulit atau pokok-pokok lain sekitarnya. Hatta jika terkena mata sekalipun ianya langsung tidak memedihkan mata. Begitulah uniknya Inokulan Gaharu Biotech, tidak mampu mengalirkan airmata tetapi terbukti berkesan mengalirkan resin gaharu.

Uniknya Inokulan Gaharu Biotech, diolah menggunakan teknik dan petua tertentu. Teknologi Bio atau Biotech digunakan bagi membiakkan mikrob tertentu yang bertindak membantu pokok gaharu mengeluarkan reisn gaharu. Ramuan Inokulan Gaharu Biotech diadun dengan teliti bagi menjamin kualitinya dan dikacau mengikut pusingan tawaf iaitu pusingan lawan jam yang terbukti mempunyai aura-aura tertentu.

Penggunaan bahan yang selamat dan tidak beracun merupakan perkara penting dalam menghasilkan Inokulan Gaharu Biotech. Ramuan organik yang sememangnya selamat dan tidak memberi kesan mudarat kepada pokok lainnya mahupun penyuntiknya.

Istimewanya Inokulan Gaharu Biotech, ianya diadun dengan baja organik yang membantu pokok gaharu terus hidup subur. Itulah antara sebabnya mengapa daun pokok gaharu terus menghijau dan tidak menguning meskipun dalam masa yang sama menghasilkan teras gaharu. Pokok gaharu yang sihat menghasilkan teras gaharu dengan lebih banyak dan bermutu. Bermakna pokok gaharu tidak disakiti.

Inokulan Gaharu Biotech bertindak mengganggu sistem dalaman pokok gaharu dan tidak menyakitkan pokok dalam usaha menghasilkan teras gaharu. Gangguan dalaman menyebabkan pokok gaharu bertindak melawannya dengan mengeluarkan resin gaharu yang banyak. Pokok gaharu yang sihat pastinya memberi tindakbalas yang lebih baik dengan mengeluarkan resin gaharu yang lebih banyak berbanding dengan pokok gaharu yang sakit. Pokok gaharu yang sakit hanya mengeluarkan resin yang sedikit kerana keupayaan melawan semakin berkurangan akibat kesakitannya. Kerana itulah pokok yang sihat menghasilkan teras gaharu dengan lebih banyak. Disinilah istimewanya Inokulan Gaharu Biotech yang dirumus begitu istimewa dengan ditambah baja organik didalamnya.

Pada kesempatan ini saya menawarkan Inokulan Gaharu Biotech pada harga berikut:

1 liter   = RM180.00
6 liter   ke atas pada harga RM150.00 seliter

Bayaran boleh dibuat melalui akaun maybank saya yang akan saya sms apabila diperlukan. Tuan-Tuan juga  di alu-alukan berkunjung ke tempat saya di Lanchang, Pahang bagi melihat sendiri hasil teras gaharu yang membentuk setelah menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.

Kos penghantaran adalah PERCUMA bagi tujuan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Tawaran ini hanya sah sehingga 15.10.2011 dan terhad kepada selagi stok masih ada.  Harga biasa adalah RM350.00 seliter.

Pelaburan Bijak Pelaburan Gaharu. Hubungi atau sms saya segera.

Semoga ada manfaatnya.


Monday, 5 September 2011

Promosi Promosi Promosi ... hanya RM180.00 seliter


Promosi Ramadhan telah berakhir. Terima kasih kepada semua penggiat gaharu yang telah membuat belian. Alhamdulillah kesemua tempahan telah selamat diterima termasuk di Sabah dan sarawak.

Pada kesempatan ini saya menawarkan Inokulan Gaharu Biotech pada harga promosi RM180.00 seliter. Kos penghantaran adalah dikekalkan percuma seperti promosi sebelumnya. Tawaran ini hanya bermula pada 15.09.2011 hingga 15.10.2011 tertakluk kepada selagi stok masih ada. Harga pengenalan sebelumnya adalah RM 200. Harga biasa adalah pada RM350. 

Ambillah peluang sementara berkesempatan. Hubungi saya segera untuk mendapatkan tawaran yang lebih hebat.

Semoga ada manfaatnya.

Gaharu mampat terhasil selepas 5 bulan inokulasi

5 Syawal 2011 jam 3.00 petang, saya tiga beradik, bapa saudara bersama seorang pakar runding imej dengan senyum girang bersiap untuk menebang pokok gaharu selepas 5 bulan inokulasi. Bukan imej saya hendak di runding tetapi imej Inokulan Gaharu Biotech. Melibatkan pembungkusan, pelabelan, logo, brosur dan macam macam lagi. Nama pun pakar runding. Tuan Zam namanya. Sama-sama kita nantikan imej Inokulan Gaharu Biotech yang pasti gah seperti hasil inokulasinya. Insya Allah. Perbincangan pada malam Ramadhan yang lalu dalam senyum menghayunkan langkah ke tapak projek inokulasi.


Spesis Aquilaria Agallocha.
Tingi 25 kaki.
Ukurlilit hanya 11 inci.
Tarikh inokulasi 17.04.2011.



Pokok gaharu yang bersaiz kecil adalah dikategorikan sebagai sangat sukar untuk menghasilkan teras gaharu. Pokok berukurlilit 11 inci boleh dikategorikan sebagai pokok pra matang. Andainya Inokulan yang digunakan mampu melepasi tahap sukar ini bermakna inokulan tersebut boleh termasuk dalam kategori antara inokulan yang terhebat. Pokok gaharu yang lebih besar pastinya menghasilkan teras gaharu yang kebih baik berbanding pokok gaharu pra matang ini.

Pokok gaharu di takik sedikit untuk melihat kesan inokulasi dari luar.



3 september 2011, saya membuat keputusan untuk membongkar hingga ke akar. Bermakna 5 bulan inokulasi mengunakan Inokulan Gaharu Biotech. Buummm... Lihatlah kulit pokok masih segar dan daun pokok gaharu masih segar bugar menghijau. Tiada tanda warna daun kekuningan. Pokok tidak memperlihatkan tanda sakit. Bermakna teras adalah mampat dan gaharu terhasil adalah pada tahap terbaik. Pokok gaharu yang sihat menghasilkan teras gaharu yang bagus lagi cantik.


Pokok gaharu di kerat untuk melihat teras gaharu. Menggunakan parang supaya lebih cantik dan licin hasil potongan kayunya. Kayu akan berbulu jika dipotong dengan gergaji. Tidak cantik untuk dipertontonkan.


Alhamdulillah..gembira sungguh saya melihat hasil gaharu yang cantik dan mampat. Tidak memburuk atau mereput di tengah-tengah. Gaharu terhasil pasti lebih berat dan mahal. Insya Allah.


Pada pertemuan saya dengan Tuan Jais dari Benta, Pahang sebelumnya beliau ada menyatakan kegusarannya. Khuatir mereput di tengah-tengah seperti inokulan lainnya. Tetapi tidak dengan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.




"Lihatlah pandanglah..tiru macam saya..."  itulah antara bait-bait lagu dari Allahyarham Saloma.


Pada pengiraan kasar saya, gaharu yang terhasil adalah +- 40% dari keseluruhan batang pokok. Lumayan...


Seperti biasa, gambar diambil dengan lebih dekat lagi. Kelihatan lingkaran hitam telah menandakan kawasannya. Teras kecoklatan akan semakin menghitam dan menebal mengikut masa.


Ini pokok gaharu spesis yang sama tetapi lebih besar. Pokok yang matang pastinya memberikan teras yang lebih tebal dan lebih cepat menghasilkan teras kehitaman. Ini pada usia inokulasi 4.5 bulan. Bagaimanakah agaknya teras didalamnya.  Hanya tinggal setahun setengah untuk di tebang dan melihat hasilnya.

Anda lihat anda percaya. Bertindaklah sekarang. Jangan tunggu sampai esok.. "Apakan daya..masa tak akan kembali..hancur musnahlah semuanya..."  antara bait-bait indah dari Allahyarham P.Ramlee yang sering berkumandang di bulan syawal.

Andainya kita gagal merancang, sebenarnya kita merancang untuk gagal. Rancanglah sebaiknya dan laksanakan...

Semoga ada manfatnya

Sunday, 21 August 2011

Hasil Dari Inokulan Gaharu Biotech 5.5 bulan


Pada 04.02.2011 pokok karas seperti gambar dibawah telah disuntik. Spesis Aquilaria Agallocha. Sengaja saya siat sedikit kulitnya untuk melihat kesan serapan Inokulan Gaharu Biotech.


4 lubang digerudi menggunakan teknik suntikan bawah ditambah dengan teknik spiral. Ada yang mengistilahkannya sebagai memusing menganan kerana ia di gerudi mengeliling pokok mengikut arah kanan.



Gambar diambil setelah 16 hari suntikan.. Kesan serapan Inokulan Gaharu Biotech ketara kelihatan.

Gambar diambil dari posisi bawah untuk melihat teras bakal terhasil secara jelasnya seperti gambar di atas. Ini juga pada usia 16 hari inokulasi.


Pokok ditakik untuk melihat kesan serapan pada seawal 16 hari inokulasi. Kesan kehitaman di tengah menandakan Inokulan Gaharu Biotech sedang melakukan kerja terbaiknya.


Gambar diambil pada 10.07.2011. Inilah hasil setelah 5.5 bulan inokulasi. Warna teras semakin menarik dan seperti kata sahabat gaharu saya di Sungai Lembing, apabila dibakar "berbau lega."

Beberapa perkara yang boleh dikongsi dari gambar di atas ialah:

1. Jangan terlalu awal menakik pokok karas untuk melihat kesannya kerana ia akan menganggu proses penghasilan resin gaharu.

2. Jumlah lubang gerudi seeloknya dalam bilangan ganjil iaitu 3, 5, 7, 9 lubang gerudi dibuat mengikut saiz pokok.

3. Teras gaharu bagi spesis Aquilaria Agallocha adalah agak kedalam berbanding spesis Aquilaria malaccensis yang hanya sedikit takikan sahaja sudah menyerlahkan gaharu. Teknik suntikan lubang udara adakah dicadangkan untuk menghasilkan gaharu secara optimum.

Mungkin ada yang menanyakan kenapa saya terlalu asyik menakik batang pokok dan tidak hanya di lubang gerudi sahaja. Sebenarnya matkamat saya adakah untuk menghasilkan teras gaharu bagi keseluruhan batang pokok dan tidak hanya di sekeliling lubang gerudi sahaja.



Wah..Warna kuning emas..

Semoga ada manfaatnya.

Saturday, 20 August 2011

Hasil Inokulan Gaharu Biotech - 59 hari

Pada kesempatan ini saya merakamkan kunjungan sahabat saya ke Lanchang untuk melihat sendiri bagaimana rupa pokok karas, teknik suntikan dan hasil teras dengan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech.


Suntikan menggunakan teknik suntikan bawah dibuat pada 25.05.2011. Spesis Aquilaria Malaccensis.


Inilah hasil setelah 1 bulan inokulasi.


Gambar di atas adalah pada usia inokulasi hanya 59 hari. Gambar dirakam pada 11.08.2011. Dalam bulan Ramadhan saya gagahkan diri untuk tidak menghampakan kunjungan sahabat gaharu dari Benta, Pahang untuk melihat sendiri teras terhasil dengan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Pokok karas ditakik untuk melihat teras yang terhasil. " kaya" itulah kata spontan yang terngiang ditelinga saya sebaik melihat teras gaharu yang terhasil. Bau wangi gaharu semerbak setelah dibakar. Saya hanya tertawa kecil kepenatan. 

Akhirnya pada petang itu, 44 liter Inokulan Gaharu Biotech bertukar tangan. Semoga Tuan Jais terus gigih mendidik anak bangsa tanpa lelah menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Semoga ada manfaatnya.

Sunday, 14 August 2011

Gaharu Terhasil Setelah 4 bulan Inokulasi

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah s.w.t. dengan rezeki yang dilimpahkan kepada hambaNya. Promosi Ramadhan semakin hampir berakhir. Unit tawaran semakin berkurang. Hanya timggal beberapa puluh liter sahaja lagi untuk ditawarkan kepada penggiat gaharu pada harga promosi Ramadhan iaitu RM150.00 sahaja berbanding harga sebelumnya RM200.00. 

Bagi menghormati dan menghargai penggiat gaharu yang datang dari jauh menggagahkan diri untuk datang ke Lanchang bagi mendapatkan sendiri Inokulan Gaharu Biotech. Juga puluhan liter yang telah dipos ke Utara Tanahair, Pantai Timur hinggalah ke Sabah dan Sarawak. Puasa bukanlah halangan kepada penggiat gaharu. Saya hanya menawarkan harga RM 150.00 seliter sehingga 31.08.2011 atau sehingga habis stok tawaran yang ada. Mengikut mana yang terdahulu. Stok tawaran hanya tinggal beberapa puluh liter sahaja lagi.

Saya merakamkan ucapan terima kasih saya kepada semua penggiat gaharu yang telah mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech sepanjang bulan ramadhan ini dan berdoa semoga apa yang dihajatkan akan tercapai.


Inilah gaharu yang terhasil dengan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech setelah 4 bulan inokulasi. Hasil seni takikan dari Tuan Harun dan 2 orang anak buahnya.

Nantikan saya kemaskinikan hasil gaharu menggunakan Inokulan Gaharu Biotech setelah 5 bulan inokulasi ke atas pokok karas lain pada posting akan datang .

Semoga ada manfaatnya.

Thursday, 11 August 2011

Aquilaria Subintegra - Inokulasi selepas 35 hari

Alhamdulillah berkesempatan juga saya paparkan kesan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech ke atas pokok karas Spesis Subintegra dan Crassna. Sememangnya pokok karas yang kecil sangat sukar untuk memberikan tindakbalas yang memberangsangkan ke atas Inokulan atau inducer. Biasa terjadi inokulan atau inducer  yang disuntik tidak memberi kesan langsung ke atas pokok karas. Hatta disuntik sebanyak 2 kali pun masih tidak memberikan kesan. Yang pasti hanya membazirkan wang untuk membeli Inokulan sahaja dengan hasill yang tiada langsung.

Menariknya dengan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech dengan izin dan rahmatNya berjaya memberikan tindakbalas yang sangat positif walhal pokok karas spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna ini hanya berusia 3 tahun dan berukurlilit hanya 30 cm. Sekiranya pokok karas yang sebegini kecil mampu memberikan tindakbalas yang sangat positif, bermakna pokok karas spesis Aqilaria Subintegra dan Crassna yang lebih besar pasti memberikan hasil gaharu yang lebih banyak, pantas dan bermutu.



Inilah hasil inokulasi seawal 35 hari. Berukurlilit hanya 30 cm dan berusia 3 tahun. Disuntik pada 02.07.2011 dan gambar di ambil pada 06.08.2011.

Semoga ada manfaatnya.

Saturday, 6 August 2011

Inokulasi ke atas Aquilaria Subintegra

Saya bertemu dengan Tuan Abd Ghani di Lanchang, tempat inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech pada 03.04.2011. Tuan Abd Ghani datang dari Bandar Baru Sungai Buloh bersama 2 orang anak lelaki remajanya. Sememangnya saya kagum dengan beliau dan mengambil masa yang agak lama untuk merakamkan pertemuan beliau disini.  Persoalan yang dilontarkan kepada saya tidak dapat saya jawab sebaiknya sehinggalah hari kelmarin. Alhamdulillah pada hari ini saya mempunyai jawapan yang menggembirakan bagi soalannya. Tuan Abd Ghani sebelumnya ada menanyakan adakah Inokulan Gaharu Biotech mampu memberikan hasil teras bermutu ke atas pokok karas spesis Aquilaria Subintegra.

Syukur kepada Allah dengan izin dan rahmatNya pada 02.07.2011 saya telah bertemu dengan seorang sahabat yang telah mengusahakan tanaman gaharu spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna secara ladang di Sungai Lembing, Pahang. Usia pokok adalah 3 tahun. Pada tarikh tersebut saya telah menyuntik pokok karas beliau yang diusahakan bersama bapa saudaranya. 

Menariknya, pokok karas spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna yang diusahakan beliau bersama ini adalah berukurlilit 30 cm. Saya katakan menarik kerana pada pengalaman saya pokok karas yang berukurlilit sedemikian adalah agak sukar untuk menghasilkan teras gaharu. Sukar kerana batang pokoknya yang agak kecil menyukarkan untuk digerudi. Begitu juga dengan daya serapan Inokulan Gaharu Biotech. Pokok yang kecil berbeza daya serapannya berbanding dengan pokok gaharu yang lebih besar. Sukar kerana fizikal kayu spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna adalah berbeza dengan fizikal kayu Aquilaria Malaccensis dan Aquilaria Agallocha yang saya suntik ratusan pokok sebelumnya. Fizikal kayu spesis Aquilaria Malaccensis dan Aquilaria Agallocha adalah lebih lempung berbanding Aquilaria Subintegra dan Crassna yang lebih berkayu.

Pemerhatian saya sekembalinya kami dari ladang karas beliau pada pada pagi tadi mengilhamkan teknik suntikan yang berbeza perlu digunakan ke atas pokok spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna. Nantikan saya kemaskinikan teknik suntikan yang berbeza untuk spesis tersebut.





Inilah pokok karas spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna yang beukurlilit 30 cm dan berusia 3 tahun. Disuntik pada 02.07.2011. Insya Allah saya kemaskinikan kesan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech pada usia inokulasi 35 hari.

Persoalan yang sama juga dari YM Tengku Abdul Halim dari Kulai, Johor bakal terjawab. Saya sungguh gembira kerana persoalannya juga telah saya temui jawapan gembira pada hari ini. Beliau sungguh gigih dan berpandangan jauh dalam memajukan ekonomi muslim melayu. Banyak ilmu yang dikongsikan bersama saya pada pertemuan saya beberapa kali dengan beliau di Lanchang, Pahang.

Semoga ada manfaatnya.