Semoga ada manfaatnya...
Kami membantu anda:- + Membekalkan anak pokok karas yang paling baik dan terpilih. + Menginokulasi pokok karas yang ditanam pada kadar sangat munasabah. + Menunjuk ajar teknik menyuntik pokok gaharu anda. + Membekalkan IGB Inoculum Premium pada harga kasih sayang + Membeli dan menjual teras gaharu. + Khidmat Nasihat dan Perundingan Gaharu. + Rakan niaga gaharu anda.
Kenapa Jutawan Gaharu
Friday, 26 October 2012
Awas Air Hujan...
Semoga ada manfaatnya...
Wednesday, 3 October 2012
Kesan Tindak Balas IGB 711 Selepas 5 Bulan Inokulasi.
Tanggal 01.09.2012 adalah hari yang sungguh gembira bagi saya apabila tetamu dari Selangor sudi bertandang ke Lanchang, Pahang untuk melihat sendiri kesan inokukasi menggunakan IGB 711. Beliau datang bersama seorang anak lelakinya serta isteri.
Saya bergegas pulang dari Kuantan dan tiba seperti dijanjikan. Saya sungguh kagum dengan beliau yang tiba lebih 1 jam awal dari waktu yang dijanjikan. Ketibaan awal beliau sekeluarga membawa kepada rekod baru dalam sejarah pecutan saya di jalanraya. Saya bukanlah pemandu laju.
Beliau adalah orang lama dalam gaharu dan telah banyak pengalaman dalam suntikan gaharu. Beliau datang dengan membawa beberapa keping gambar suntikan vaksin yang gagal setelah lebih 2 tahun menunggu.
Inilah kesan tindakbalas yang dapat saya tunjukkan pada beliau. Pokok karas berukurlilit 12 inci menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711. Jika sebelumnya saya menunjukkan hasil dari pokok yang lebih besar tetapi pada kali ini saya tunjukkan pokok yang lebih kecil pula.
Semoga ada manfaatnya.
Friday, 31 August 2012
Hasil menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711 (IGB 711) - 5 bulan
Alhamdulillah berkesempatan saya memuat naik gambar hasil inokulasi menggunakan IGB 711. Ini adalah gambar antara ratusan pohon gaharu yang telah saya suntik yang puratanya melebihi sepemeluk dewasa. Bahkan ada yang melebihi 2 pemeluk dewasa. Pohon gaharu yang tumbuh melata di kebun getah. Dan ada ratusan pohon gaharu lagi sedang menunggu untuk disuntik.
Inilah ketebalan gaharu yang terbentuk hanya selepas 5 bulan inokulasi. Ketebalannya akan semakin menebal mengikut tempoh inokulasi.
Gaharu yang tebal lebih digemari pembeli Arab misalnya berbanding gaharu yang nipis. Gaharu yang tebal lebih berat. Bermakna lebih tebal wang anda. Inokulan Gaharu Biotech 711 terbukti berjaya menghasilkan gaharu yang lebih tebal.
Semoga ada manfaatnya.
Tawaran Harga IGB 711 - HARGA RATA
Alhamdulillah. Tawaran Ramadhan telah berakhir dengan jayanya. Banyak tempahan telah selamat di hantar ke Seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak juga Kalimantan Indonesia sepanjang bulan Ramadhan. Dalam kesibukan menjalani ibadah puasa, inokulasi terus dibuat demi ekonomi ummah.
Terima kasih atas semua tempahan yang diterima. Terkadang saya mengambil cuti bagi memenuhi tempahan yang perlu dihantar seberapa segera. Semuanya sebagai tanda penghargaan saya atas sokongan dan dokongan para pelanggan budiman.
Harga yang ditawarkan sempena Ramadhan adalah harga tawaran terendah di tahun 2012.
Saya begitu memahami betapa harga barangan yang semakin melangit tinggi ditambah dengan kos sara hidup yang semakin mendesak menyebabkan kuasa beli semakin menurun. Justeru itu saya menawarkan HARGA RATA bagi seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia. Saya merasakan cukuplah dengan keuntungan yang sedikit saya perolehi asalkan dapat sedikit membantu ekonomi ummah melalui inokulasi pohon gaharu yang dibuat. Semoga pelaburan yang dibuat dengan redhaNya.
Bagi terus memenuhi permintaan terhadap Inokulan Gaharu Biotech, saya menawarkan tawaran harga berikut:-
Harga biasa RM350.00
Harga promosi adalah RM250.00 seliter.
1- 2 liter @ RM250.00 perliter
3 - 5 liter. @ RM230.00 perliter
6 - 9 liter @ RM220.00 perliter
10 - 21 liter @ RM210.00 perliter
22 - 49 liter @ RM180.00 perliter
50 - 99 liter @ RM150.00 perliter
100 liter ke atas @ RM120.00 perliter
Dapatkan segera IGB 711.
Tuesday, 31 July 2012
Tawaran Hebat Sempena Ramadhan Al Mubarak - IGB 711
Gambar di atas adalah hasil 5 bulan inokulasi menggunakan IGB 711.
Tawaran Ramadhan menjelma lagi. Alhamdulillah... Saya menerima banyak tempahan IGB 711 di bulan ramadhan ini dari Semenanjung Malaysia hingga ke Indonesia. Semuanya mendapat harga istimewa sempena bulan Ramadhan meskipun saya belum war-warkan lagi.
Harga Semenanjung Malaysia:
Harga biasa RM350.00
Harga promosi RM250.00
Harga istimewa Ramadhan hanya RM180.00 untuk 1 liter.
Harga Sabah, Sarawak dan Brunei:
Harga biasa RM370.00
Harga promosi RM270.00
Harga istimewa Ramadhan hanya RM200 untuk 1 liter.
Harga untuk seluruh Indonesia:
Harga biasa RM400.00
Harga promosi RM300.00
Harga istimewa Ramadhan hanya RM230.00 untuk 1 liter.
Minimum order adalah 3 liter untuk pasaran Indonesia bagi menampung sedikit biaya kirim. Biasanya mengambil masa 7 hari untuk sampai. Pihak syarikat memiliki MSDS (Material Safety Data Sheet) untuk penghantaran melalui udara.
Dapatkan segera sebelum kehabisan. Tawaran tamat sehingga 19.08.2012.
Pembayaran boleh dibuat melalui Akaun Maybank atau Western Union.
Hubungi saya segera di:-
+60123790215
Facebook.. Inokulan Gaharu Biotech
Aplikasi Whatapps +60137120215.
Emel.. jamar764@yahoo.com
Tuesday, 10 July 2012
Harapkan semut, semut makan gaharu.
Beberapa tahun sebelumnya kedengaran khabar bahawa semut membawa petanda gembira kepada pengimpi gaharu. Dengan penuh yakin dan dalam senyum menguntum kita terus membiarkan semut bermaharajalela di dalam pokok gaharu. Dengan keyakinan gaharu bermutu bakal terhasil dengan bantuan semut hingga keluar istilah gaharu sarang semut dsb.
Jutaan ekor semut telah menghuni pokok ini melebihi 2 tahun. Dari pangkal pokok hingga melepasi 20 kaki tinggi kelihatan semut dengan tangkasnya mundar mandir mempertahankan koloninya.
Pokok ini telah disuntik melebihi 1.5 tahun. Pada awalnya disangkakan dengan dibantu jutaan semut bakal menghasilkan teras gaharu bermutu dengan banyak.
Rupanya... Ohhh... Tidakkkk...
Benarlah kata penggiat gaharu dari Kuala Lipis beberapa tahun yang lepas. SEMUT MEMAKAN GAHARU.. Memang haru.
Mungkin semut memakan bibit-bibit resin yang terhasil dari inokulasi. Mungkin juga bakteria dari inokulan terbunuh dek semut.
Hati-hati jika ingin menginokulasi pokok gaharu bersemut. Jika dulu mati semut kerana gula, sekarang mati semut kerana gaharu.
Harapkan semut, semut makan gaharu.
Jika mendung sediakan payung sebelum hujan. Jika pokok bersemut sediakan tuala pengelap air mata. Sungguh terharu....
Semoga ada manfaatnya...
Wednesday, 4 July 2012
Adakah anai-anai membantu penghasilan gaharu..
Penghujung tahun 2010, saya dihubungi penggiat gaharu dari Kuala Lipis. Beliau memberitahu bahawa berhati-hati dengan anai-anai kerana ia memakan gaharu.
Terbukti benar kata-katanya. Kesan kerakusan anai-anai hingga ke akar. Berlubang hitam. Tiada gaharu.
Tips: hapuskanlah anai-anai sebelum diminta hapuskanlah airmata mu.
Monday, 2 July 2012
Promosi Ramadhan - IGB 711
Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. Itulah yang di hitung-hitung harinya. Kegembiraan menanti kedatangan Ramadhan kian terasa.
Promosi menjelang Ramadhan kembali lagi.
Harga Biasa RM
Harga PROMOSI MENJELANG RAMADHAN untuk 1 liter adalah:
RM250.00 bagi Semenanjung Malaysia.
RM270.00 bagi Sabah dan Sarawak.
RM290.00 bagi Brunei, Indonesia dan Thailand.
Promosi berakhir sehingga 19.08.2012. Dapatkan segera sebelum terlambat.
Ya Allah.. Hamba bermohon pada Mu, pertemukanlah hamba Mu ini dengan Ramadhan tahun ini.
Tuesday, 26 June 2012
Mengatasi pokok gaharu tumbang.
Pokok gaharu spesis Subintegra terkenal dengan mudah tumbangnya. Ianya dikatakan berpunca dari sifat akarnya, dibiak menggunakan tissue culture yang akhirnya gagal memegang tanah dengan kukuh untuk mengelakkan dari condong dan akhirnya tumbang.
Mungkin kaedah ini dapat sedikit membantu. Gambar diambil semasa percutian saya di Bangkok pada jun 2012.
Semoga ada manfaatnya.
Inokulasi pokok subintegra - 4 tahun
Spesis Subintegra
Umur pokok 4 tahun
Kos suntikan perpokok RM65.00
Alhamdulillah sempat saya memuat naik gambar inokulasi yang telah saya buat di Muar Johor bulan April 2012.
Syarikat juga memberikan khidmat suntikan pokok gaharu pada harga amat berpatutan.
Hubungi saya segera untuk perbincangan lanjut.
Monday, 25 June 2012
Anak Pokok Candan Untuk Dijual
Spesis Aquilaria Hirta.
Tinggi 1.5 - 2 kaki.
Harga RM20.00 Sepokok.
Harga boleh runding. Tempahan melebihi 100 pokok dapat diskaun hebat.
Dapatkan segera sebelum kehabisan.
Thursday, 14 June 2012
Inokulasi menggunakan IGB 711 - Îœalaccensis
Pokok karas boleh mula disuntik apabila berumur 3 tahun dan ukurlilit melebihi 10 inci. Ukurlilit dikira pada paras 4 kaki dari tanah.
Tips..
Buatkan lubang kecil pada botol untuk pengaliran udara. Memudahkan diserap oleh pokok.
Semoga ada manfaatnya...
Wednesday, 13 June 2012
Bagaimana mengira jumlah inokulan yang diperlukan.
Manual pengiraan yang lebih terperici akan diberikan semasa pembelian IGB 711.
Hasil Inokulasi 1.5 bulan menggunakan IGB 711
Alhamdulillah... Dengan teknologi yang semakin mengkagumkan sempat saya memuatnaik gambar2 hasil menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711.
Inilah hasil menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711 hanya selepas 1.5 bulan sahaja.
Dikesempatan lain saya kemaskinikan hasil bagi tempuh yang lebih lama.
Semoga ada manfaatnya.
Monday, 4 June 2012
Makluman
Pada 06.06.2012 hingga 09.06.2012 saya akan ke Phnom Penh dan Bangkok.. Talian telefon saya akan ditutup bagi tempoh tersebut. Saya dapat dihubungi semula pada 10.06.2012.
Terimak kasih.
Tuesday, 27 March 2012
Tawaran Agen Inokulan Gaharu Biotech
Alhamdulillah berkesempatan juga saya mengemaskini blog gaharucandanku ini. Dengan blog inilah terhasil begitu banyak peristiwa-peristiwa manis yang cukup menyenangkan, membahagiakan lagi mendamaikan. Melalui blog ini juga saya menerima kunjungan, panggilan suara dan SMS. Menerima kedatangan dari rakan Face Book malah saya sendiri pergi berkunjung ke tempat rakan Face Book. Ada juga yang bermula dengan Emel dan akhirnya bertemu di Lanchang. Kunjungan, panggilan telefon, panggilan Video, Face Book, Emel dan SMS bukan sahaja diterima dari Semenanjung Malaysia bahkan termasuk Sabah dan Sarawak juga dari Indonesia. Tidak terasa penatnya apabila bercerita perihal gaharu meskipun panggilan diterima di tengah malam atau kunjungan di hujung minggu. Hinggakan sudah jadi suatu kebiasaan di petang sabtu temujanji di Lanchang, saya bertolak dari Kuantan dengan 2 jam perjalanan. Nampak agak memenatkan tetapi saya cukup gembira andai dapat menggembirakan sahabat yang datang berkunjung.
Tuesday, 7 February 2012
Hasil Inokulasi 10 Bulan Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech
Spesis : Aquilaria Agallocha (spesis tempatan)
Ukurlilit : 17 Inci
Usia inokulasi : 10 bulan
Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech
Hampir separuh siap.
Gambar pertama di ambil setelah dipotong 2 pada paras 5 kaki.
Monday, 6 February 2012
Tawar Tawaran - Inokulan Gaharu Biotech
1) Bagi seluruh Semenanjung Malaysia harga adalah seperti berikut:-
1 liter RM220 seliter
9 liter ke atas harga adalah RM200 seliter.
Harga adalah termasuk kos pengangkutan.
3) Bagi Seluruh Kalimantan, Harga adalah seperti berikut:-
1 liter RM240 seliter.
Minimum order 6 liter
Harga adalah TIDAK termasuk kos pengangkutan dari kuching ke Kalimantan.
Stok semakin berkurangan. Dapatkan segera sebelum kehabisan.
Semoga dapat dimanfaatkan bersama.
Sunday, 5 February 2012
Hasil Inokulasi 6 bulan
Spesis : Aquilaria Subintegra
Ukurlilit pokok : 11 inci
Usia Pokok : 3 tahun
Usia Inokulasi : 6 Bulan
Sunday, 29 January 2012
Teras Terhasil Selepas 6 Bulan Inokulasi
Alhamdulillah. Sempat saya kemaskini hasil inokulasi selepas 6 bulan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.
Spesis : Aquilaria Malaccensis
Ukurlilir : 11 inci
Tempoh Suntikan : 6 Bulan
Teras terhasil sehingga 6 kaki. Menggunakan teknik suntikan bawah.
Ukurlilit hanya 11 inci. Gambar pada paras 4 kaki.
Gambar pada pangkal pokok di bahagian akar.
Semoga ada manfaatnya.
Heboh Heboh - Kursus Gaharu Di Bandar Pusat Jengka, Pahang
Jika beberapa tahun dahulunya, agak sukar untuk mendapatkan maklumat apatah lagi ilmu dalam industri gaharu. Rata-rata menanam gaharu atas sedikit info dan tidak mendapatnya secara tepat dari guru yang tepat.
Jom pakat gi kursus gaharu di Bandar Pusat Jengka Pahang pada 25.02.2012
Maklumat lanjut boleh lawati http://gaharuinfo.blogspot.com/
Tak pergi, Rugi...
Semoga dapat dimanfaatkan bersama.
Tuesday, 24 January 2012
Kesan Inokulasi 6 Bulan
Sunday, 15 January 2012
Apakah spesis gaharu terbaik...
Aquilaria Subintegra |
Aquilaria Malaccensis |
Monday, 2 January 2012
2011 telah berlalu 2012 kini menjelma
Saturday, 17 December 2011
Bagaimana Inokulan Gaharu Biotech bertindak
Monday, 21 November 2011
Tawaran Istimewa Sempena Tahun Baru Hijrah 1433
Tawar tawaran Inokulan Gaharu Biotech kembali lagi. Harga 1 liter adalah RM200.00. Inokulan Gaharu Biotech sedia untuk dikirim ke tempat anda melalui perkhidmatan kurier ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Sempena Awal muharam yang bakal tiba hanya beberapa hari lagi saya menawarkan Inokulan Gaharu Biotech pada harga berikut:
1 botol = 1 liter
1 Liter = RM200.00
Dengan setiap belian 5 liter saya tawarkan liter ke 6 pada harga RM80.00
Bermakna 6 liter pada harga RM1080.00
Jimat RM120.00 jika membuat tempahan sebanyak 6 liter.
Tawaran sah sehingga 01.01.2012
Hubungi saya segera untuk mendapatkan tawaran yang lebih hebat.
Semoga dapat dimanfaatkan bersama.