Kami membantu anda:- + Membekalkan anak pokok karas yang paling baik dan terpilih. + Menginokulasi pokok karas yang ditanam pada kadar sangat munasabah. + Menunjuk ajar teknik menyuntik pokok gaharu anda. + Membekalkan IGB Inoculum Premium pada harga kasih sayang + Membeli dan menjual teras gaharu. + Khidmat Nasihat dan Perundingan Gaharu. + Rakan niaga gaharu anda.
Kenapa Jutawan Gaharu
Friday, 5 September 2014
Hasil Injek IGB selepas 11 minggu
Thursday, 21 August 2014
Teknik Gorek untuk pokok karas berusia 1 tahun ke atas.
Sunday, 20 July 2014
Tawaran harga promosi Ramadhan
Wednesday, 16 July 2014
Seminar Kebangsaan Dan Pameran Gaharu 2012
Tawaran Menjadi Pengedar Inokulan Gaharu Biotech (IGB)
Wednesday, 4 June 2014
Tim injek IGB di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Sunday, 18 May 2014
Hasil inokulasi IGB911 selepas 3 bulan - Aquilaria Malaccensis
Monday, 7 April 2014
Musim Pokok Karas Berbunga
Wednesday, 2 April 2014
Hasil Inokulasi IGB Selepas 10 bulan Inokulasi - Aquilaria Subintegra
Thursday, 20 March 2014
Bintik-Bintik Minyak Jelas Kelihatan Pada Hasil Teras IGB711 Berusia 10 Bulan
Teknik Injek IGB - Aquilaria Malaccensis
Cara-caranya:-
Wednesday, 19 March 2014
Teras IGB711 selepas 10 bulan
Monday, 17 March 2014
Inokulasi Menggunakan IGB711 di Lenggeng, Negeri Sembilan
Saturday, 15 March 2014
Teknik Injek IGB - A. Subintegra dan Crassna
Inokulasi menggunakan IGB ketika musim kemarau
Thursday, 27 February 2014
Teras Gaharu Terhasil hingga Ke Tunggul
Tuesday, 25 February 2014
Cara Mengetahui Adanya Resin Gaharu
Monday, 25 November 2013
Hasil inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech (IGB 711) selama 1tahun 4 bulan
Wednesday, 20 November 2013
Inokulan Gaharu Biotech 911
Monday, 29 April 2013
Pokok Karas Sakit keluarkan Gaharu, Manusia Sakit Keluar Apa...
Tanpa sedar rupanya saya mengambil masa lebih 4 bulan untuk berkongsi sesuatu dalam laman blog ini. Satu jangka masa yang agak lama. 1/3 tahun lamanya. Kekangan broadband yang cukup lemah untuk mengemaskini laman blog. Juga kekangan kesihatan yang memaksa saya berehat panjang.
Cukup terharu apabila saya menerima panggilan telefon, SMS juga pesanan Facebook yang merisik berita kenapa sangat lama tidak mengemaskini laman blog ini. Saya katakan kekangan kesihatan yang cukup memaksa dari meneruskan berkongsi sesuatu mengenai gaharu. Hampir tiada tenaga.
Cukup terharu apabila dihadiahkan makanan kesihatan oleh sahabat-sahabat gaharu dengn di iringi doa semoga cepat sembuh. Memberikan apa yang ada pada mereka walhal mereka sendiri juga memerlukannya. Memberikan pelbagai petua kesihatan yang sehingga kini saya amalkan.
Ada kalanya saya terpaksa merangkak keluar dari pintu rumah. Menahan lelah yang semakin menjerih hanya semata mata tidak mahu menghampakan janji sahabat gaharu yang datang dari jauh beratus-ratus kilometer.
Hampir tiada daya hingga terpaksa menolak temujanji dengan sahabat gaharu.
Hampir tiada daya untuk membalas SMS. Hanya terbaring di pembaringan.
Hampir tiada daya untuk membalas pertanyaan dari Facebook.
Hampir tiada daya untuk menjawab panggilan telefon. Saya tidak mahu suara kesakitan saya didengar oleh sahabat gaharu.
Namun saya masih menerima tempahan Inokulan Gaharu Biotech meskipun pada masa itu saya berada di wad.
Namun saya masih mengambil tempahan Inokulan Gaharu Biotech meskipun beberapa minit lagi saya akan diusung ke Dewan Bedah.
Tatkala itulah tempahan Inokulan Gaharu Biotech saya agak lewat dihantar. Saya katakan saya berada di wad pada waktu itu dan penghantaran adalah sedikit lewat. Sungguh saya tidak mahu menghampakan sahabat-sahabat gaharu.
Sesunguhnya selama 4 bulan juga terlalu banyak yang saya pelajari. Nikmat bersilaturahim juga nikmat kesihatan.
Waktu itulah saya sedar, pokok karas sakit keluarkan gaharu. Manusia sakit keluarlah mencari penawarnya. Kita ada tanggungjawab yang perlu dipikul. Tanpa kesihatan bagaimana kita mahu memikulnya.
Insya Allah saya terus gagahkan diri untuk terus mengisi sesuatu dalam laman blog ini. Semoga ada manfaatnya.
Sempat bergambar dengan anak bongsu beberapa minit sebelum ke bilik bedah. |
Friday, 14 December 2012
Seminar Kebangsaan Dan Pameran Gaharu 2012
Alhamdulillah. Tanggal 18 Disember 2012 hingga 20 Disember 2012 akan di adakan Seminar Kebangsaan dan Pameran Gaharu 2012 di Bukit Jalil. Dengan izinNya saya dijangka membentangkan kertas kerja 'Kaedah Inokulasi dan Pengolahan Teras'. Insya Allah.
Di sinilah berkumpulnya pakar-pakar gaharu dari seluruh Malaysia membentangkan kertas kerja berkenaan industri gaharu. Cukup hebat.
Setahu saya, tahun 2010 Seminar Kebangsaan Dan Pameran Gaharu ini telah diadakan di Universiti Putra Malaysia. Bermakna 2 tahun yang lepas.
Ayuh... Bersama sama kita ke Seminar Kebangsaan dan Pameran Gaharu 2012. Jangan lepaskan peluang yang ada.
Jumpa saya di sana. Insya Allah.
Semoga ada manfaatnya.
Friday, 7 December 2012
Menjelang Seminar Kebangsaan Dan Pameran Gaharu 2012.
Kunjungan En. Ismail Muhammad dari Universiti Putra Malaysia dan Cik Aminah Saad yang cukup sinonim dengan laman blog beliau
gaharuinfo.blogspot.com. sememangnya ditunggu-tunggu. Jam 11.20 pagi, seperti dijanjikan saya menjemput pakar gaharu ini di tol Lanchang, Pahang
Kami langsung ke tapak projek dan melihat sendiri hasil tindakbalas pokok gaharu terhadap Inokulan Gaharu Biotech.
Sebatang pokok gaharu berukurlilit 11 inci yang telah 1 tahun disuntik menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711 dicabut hingga ke akar untuk di pamerkan pada pembentangan kertas kerja di Seminar Kebangsaan Dan Pameran Gaharu 2012 bertajuk ' Kaedah Inokulasi dan Pengolahan Teras'. Teras terhasil setinggi 7 kaki dengan hanya 2 lubang suntikan.
Teras gaharu belum dicuci sepenuhnya. Insya Allah saya tunjukkannya di Seminar nanti.
Semoga ada manfaatnya.
Thursday, 6 December 2012
Suntikan Gaharu Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech - 3.5 bulan
Alhamdulillah pada 01 Disember 2012 semasa kunjungan En. Ismail Muhammad dan Cik Aminah Saad dari Universiti Putra Malaysia ke tempat suntikan IGB, sempat saya merakamkan gambar hasil inokulasi berusia 3.5 bulan.
Suntikan pokok gaharu ini menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711 (IGB 711). Saya menerima beberapa pertanyaan dari penggiat gaharu samada hasil sebegini sudah boleh dituai untuk mendapatkan minyak gaharu.
Pada pandangan saya seeloknya pokok gaharu ditunggu sekurangnya 6 bulan untuk mendapatkan minyak gaharu bermutu.
Jika dilihat tindakbalas pokok terhadap Inokulan Gaharu Biotech adalah sedikit berbeza mengikut umur pokok gaharu.
Gambar di atas adalah pokok gaharu berukurlilit lebih 30 inci dan gambar dibawah adalah berukurlilit 11 inci. Itulah uniknya pokok gaharu. Setiap pokok adalah tersendiri uniknya. Hatta komposisi kimianya juga tidak sama bagi setiap minyak gaharu yang dihasilkan meskipun menggunakan inokulan yang sama. Itulah antara perkara yang sempat saya pelajari dari kunjungan sahabat gaharu dari UPM ini. Maha Suci Allah.
Semoga ada manfaatnya.
Wednesday, 5 December 2012
Kenali Buah Gaharu Spesis Aquilaria Malaccensis
Beberapa bulan lepas saya menerima pertanyaan oleh seorang kenalan facebook dari negara Indonesia. Beliau cukup tertarik untuk membuat pelaburan dalam industri gaharu.
Langkah pertama adalah kenalpasti spesis terbaik untuk di tanam. Spesis yang bukan sahaja tahan dan lasak serta sesuai dengan cuaca setempat. Bahkan juga spesis ysng dicari-cari oleh pembeli kerana baunya yang harum unik.
Bagi mengelakkan ditipu oleh penjual gaharu, beliau meminta saya mengirimkan gambar buah Aquilaria Malaccensis. Pada waktu itu saya tidak dapat mengirimkan gambar tersebut kerana tiada dalam simpanan. Maklumlah, pokok gaharu hanya berbuah setahun sekali dan tidak semua pokok matang mengeluarkan buah.
Tanggal 01 Disember 2012, En Ismail Muhammad dari Universiti Putra Malaysia telah sudi bertandang ke Lanchang, Pahang bersama Cik Aminah Saad yang cukup terkenal dengan laman blognya http://gaharuinfo.blogspot.com.
Pada pertemuan tersebut, sempat beliau menunjukkan buah gaharu spesis Aquilaria Malaccensis. Berbentuk bulat dan besarnya dibuat perbandingan dengan duit syiling.
Semoga ada manfaatnya.
Wednesday, 28 November 2012
Suntikan Gaharu Malaccencis Di Sabah
Alhamdulillah pada 26 November 2012 yang lalu Tuan Ahmad dari Kota Kinabalu Sabah mengirimkan gambar inokulasi pokok gaharu menggunakan Inokulan Gaharu Biotech melalui emel kepada saya.
Melihat pada gambar tersebut saya dapat rasakan betapa kesungguhan beliau menyuntik pokok gaharu menggunakan Inokulan Gaharu Biotech meskipun kami tidak pernah bertemu muka apatah lagi untuk saya menunjukkan teknik suntikan secara praktikal. Teknik suntikan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech dapat dilakukan oleh beliau dengan begitu cantik sekali meskipun hanya belajar dalam talian sahaja.
Beberapa kali beliau menghubungi saya melalui telefon dan emel dari Sabah untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai teknik inokulasi dan akhirnya tanpa diduga mengirimkan gambar pokok gaharu yang telah diinokulasi kepada saya dengan begitu sempurna sekali.
Ada beberapa tips menarik untuk dikongsi.
Pokok gaharu ini disuntik pada 17 November 2012. Suntikan dibuat pada 'otot' pokok gaharu. Di tempat yang berbonggol pada batang pokok gaharu. Jika diperhatikan bahagian yang berbonggol itu adalah selari dengan urat yang dibawahnya iaitu akar pokok gaharu. Maksudnya ialah lubang yang digerudi pada bonggol atau 'otot' tersebut merupakan urat akar.
Kelebihannya adakah inokulan yang disuntik dapat terus diserap naik setinggi 25 kaki dari tempat suntikan.
Insya Allah jika ada kesempatan saya akan memuat naik kesan serapan setinggi 25 kaki dari tempat suntikan selepas 2 tahun inokulasi.
Kelebihan ke 2 adalah ianya memudahkan kerja menakik untuk melihat kesan suntikan selepas 1 bulan. Cukup dengan menakik sedalam 1/2 inci sahaja, kesan tindakbalas Inokulan Gaharu Biotech sudah dapat dilihat. Berbanding jika disuntik di bahagian pokok yang berlekuk, takikan terpaksa dibuat dengan lebih dalam.
Kesan kehitaman dan berbau wangi mula terhasil tatkala dibakar. Insya Allah.
Sekiranya ada warga Sabah yang berminat untuk menyuntik pokok gaharu bolehlah menghubungi beliau.
Semoga ada manfaatnya.
Saturday, 24 November 2012
How To Calculate The Inoculant Needed
Kebelakangan ini saya menerima beberapa pertanyaan dari Thailand, Myammar dan Papua berkenaan formula jumlah Inokulan Gaharu Biotech yang diperlukan untuk sebatang pokok gaharu. Jumlah inokulan yang diperlukan adalah berbeza mengikut saiz, tinggi, jumlah cabang dan dahan terutamanya bagi pokok gaharu yang besar.
Bagi memenuhi permintaan tersebut saya usahakan formula asas pengiraan Inokulan Gaharu Biotech dalam versi bahasa inggeris.
Semoga ada manfaatnya.
Monday, 19 November 2012
Suntikan Gaharu - Aquilaria Malaccensis
Alhamdulillah pada 04.11.2012 selesai sudah team suntikan IGB melangsaikan tugas menyuntik pokok gaharu di sebuah kampung dalam daerah Temerloh, pahang.
Pokok gaharu kepunyaan En Yusof disuntik menggunakan tangga sehingga pada paras ketinggian 15 kaki. Pokok gaharu yang bercabang 2 selesai disuntik dalam masa 20 minit.
Menggunakan formula pengiraan tertentu memudahkan penggunaan inokulan secara tepat dan tidak berlebihan. Bermakna penggunaan inokulan gaharu biotech secara optima dan tidak membazir.
Pihak syarikat juga menyediakan khidmat suntikan pokok gaharu pada harga amat berpatutan.
Semoga ada manfaatnya.
Friday, 26 October 2012
Awas Air Hujan...
Semoga ada manfaatnya...
Wednesday, 3 October 2012
Kesan Tindak Balas IGB 711 Selepas 5 Bulan Inokulasi.
Tanggal 01.09.2012 adalah hari yang sungguh gembira bagi saya apabila tetamu dari Selangor sudi bertandang ke Lanchang, Pahang untuk melihat sendiri kesan inokukasi menggunakan IGB 711. Beliau datang bersama seorang anak lelakinya serta isteri.
Saya bergegas pulang dari Kuantan dan tiba seperti dijanjikan. Saya sungguh kagum dengan beliau yang tiba lebih 1 jam awal dari waktu yang dijanjikan. Ketibaan awal beliau sekeluarga membawa kepada rekod baru dalam sejarah pecutan saya di jalanraya. Saya bukanlah pemandu laju.
Beliau adalah orang lama dalam gaharu dan telah banyak pengalaman dalam suntikan gaharu. Beliau datang dengan membawa beberapa keping gambar suntikan vaksin yang gagal setelah lebih 2 tahun menunggu.
Inilah kesan tindakbalas yang dapat saya tunjukkan pada beliau. Pokok karas berukurlilit 12 inci menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711. Jika sebelumnya saya menunjukkan hasil dari pokok yang lebih besar tetapi pada kali ini saya tunjukkan pokok yang lebih kecil pula.
Semoga ada manfaatnya.
Friday, 31 August 2012
Hasil menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711 (IGB 711) - 5 bulan
Alhamdulillah berkesempatan saya memuat naik gambar hasil inokulasi menggunakan IGB 711. Ini adalah gambar antara ratusan pohon gaharu yang telah saya suntik yang puratanya melebihi sepemeluk dewasa. Bahkan ada yang melebihi 2 pemeluk dewasa. Pohon gaharu yang tumbuh melata di kebun getah. Dan ada ratusan pohon gaharu lagi sedang menunggu untuk disuntik.
Inilah ketebalan gaharu yang terbentuk hanya selepas 5 bulan inokulasi. Ketebalannya akan semakin menebal mengikut tempoh inokulasi.
Gaharu yang tebal lebih digemari pembeli Arab misalnya berbanding gaharu yang nipis. Gaharu yang tebal lebih berat. Bermakna lebih tebal wang anda. Inokulan Gaharu Biotech 711 terbukti berjaya menghasilkan gaharu yang lebih tebal.
Semoga ada manfaatnya.
Tawaran Harga IGB 711 - HARGA RATA
Alhamdulillah. Tawaran Ramadhan telah berakhir dengan jayanya. Banyak tempahan telah selamat di hantar ke Seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak juga Kalimantan Indonesia sepanjang bulan Ramadhan. Dalam kesibukan menjalani ibadah puasa, inokulasi terus dibuat demi ekonomi ummah.
Terima kasih atas semua tempahan yang diterima. Terkadang saya mengambil cuti bagi memenuhi tempahan yang perlu dihantar seberapa segera. Semuanya sebagai tanda penghargaan saya atas sokongan dan dokongan para pelanggan budiman.
Harga yang ditawarkan sempena Ramadhan adalah harga tawaran terendah di tahun 2012.
Saya begitu memahami betapa harga barangan yang semakin melangit tinggi ditambah dengan kos sara hidup yang semakin mendesak menyebabkan kuasa beli semakin menurun. Justeru itu saya menawarkan HARGA RATA bagi seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia. Saya merasakan cukuplah dengan keuntungan yang sedikit saya perolehi asalkan dapat sedikit membantu ekonomi ummah melalui inokulasi pohon gaharu yang dibuat. Semoga pelaburan yang dibuat dengan redhaNya.
Bagi terus memenuhi permintaan terhadap Inokulan Gaharu Biotech, saya menawarkan tawaran harga berikut:-
Harga biasa RM350.00
Harga promosi adalah RM250.00 seliter.
1- 2 liter @ RM250.00 perliter
3 - 5 liter. @ RM230.00 perliter
6 - 9 liter @ RM220.00 perliter
10 - 21 liter @ RM210.00 perliter
22 - 49 liter @ RM180.00 perliter
50 - 99 liter @ RM150.00 perliter
100 liter ke atas @ RM120.00 perliter
Dapatkan segera IGB 711.