Profesional. Itulah Tim Injek IGB.
Agak lama Saya tidak berkesempatan mengemaskini laman blog ini. Tanpa sedar rupanya sudah mencecah usia 6 tahun blog ini bertahan. Hampir 200 000 pageview yang diterima. Agak gembira saya melihat trafik yang agak sibuk bagi sebuah laman blog yang bercerita mengenai gaharu.
Hampir setiap hujung minggu Tim Injek IGB menginokulasi pokok karas. Menjelajah ke seluruh semenanjung Malaysia. Bergerak dari rumah seawal jam 4 pagi dan pulang ke rumah melewati jam 12 tengah malam adalah sesuatu yang biasa bagi Tim Injek IGB. Maklumlah untuk sampai ke utara, selatan, timur dan barat semenanjung Malaysia memerlukan masa bukan sejam dua.
Sungguhpun begitu saya rasa sangat gembira dengan kerja yang saya buat. Membantu pengusaha gaharu menyelesaikan masalah inokulasi pada harga yang sangat berbaloi. Berjumpa dan menjalinkan persahabatan itu lah yang sangat menggembirakan saya. Setiap hari sahabat sahabat gaharu semakin bertambah.
Pertemuan demi pertemuan yang diaturkan dengan teratur membawa banyak sahabat gaharu yang pertama kali bertemu terus menjadi sahabat yang sangat baik sehingga kini. Sangat banyak perkongsian dalam industri gaharu yang dapat dikongsikan bersama. Apabila Tim IGB berpeluang menjelajah ke seluruh semenanjung Malaysia khasnya, terbuka luas pandangan ladang ladang karas yang telah lama diusahakan. Jika dijumlahkan mencecah jutaan pokok.
Minggu ini sehingga hujung April 2015, Tim Injek IGB akan berehat dari membuat kerja kerja inokulasi. Semua tempahan untuk khidmat inokulasi telah ditangguhkan. Pada tarikh 02.05.15 dan 03.05.15 Tim Injek IGB akan memulakan tugas pertama selepas berehat panjang di Negeri Kedah. Masa semakin suntuk kepada kami . Tim IGB mesti membuat beberapa pertemuan dalam hari yang sama. Sekiranya tidak dibuat begitu pasti banyak tugasan yang semakin tertangguh.
Pada pertemuan di Kedah nanti, ada 3 tugas yang perlu diselesaikan oleh Tim IGB.
+ Tim Injek IGB akan menginjek pokok karas di Sik, Kedah. Usia pokok 7 tahun.
+ Tim IGB akan melawat ladang karas di Sik, Kedah bagi membincangkan usaha menginjek pokok karas berusia 5 tahun.
+ Tim IGB seterusnya akan mengadakan perbincangan untuk menginokulasi pokok karas di Sungai Petani, Kedah. Ada lebih 15 000 pokok yang yang sedia diinjek. Usia pokok lebih 7 tahun.
Profesor Baharuddin Salleh, Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia telah sudi untuk turut berusaha bersama Tim IGB bagi membantu merungkai sebarang permasalahan mengenai industri gaharu. Prof sendiri akan turut serta sebagai Tim Injek IGB untuk membantu menginokulasi pokok karas anda.
Pada 07.03.15 Tim Injek IGB menginokulasi pokok karas di Lenggong, Perak dan 08.03.2015 pula di Kuala Sekangor. Saya paparkan sedikit gambar untuk dikongsi bersama. Tim Injek IGB bersiap untuk Injek seterusnya pada awal Mei 2015. Insya Allah.
Keesokan paginya, banyak IGB yang telah diserap habis.
Tim Injek IGB memeriksa hasil Injek yang dibuat kelmarin. Bagi memastikan tiada kekurangan dalam proses inokulasi. Tim Injek IGB memang profesional.
Semoga ada manfaatnya.